BH Online
2012/06/06
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan bahawa rakaman visual perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu akan disiarkan kepada umum selepas Panel Penasihat Bebas selesai meneliti terlebih dahulu keseluruhan rakaman yang diserahkan kepada mereka sebelum ini.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi, dalam satu kenyataan, berkata Panel Penasihat Bebas wajar diberikan ruang dan masa secukupnya bagi membuat penilaian ke atas setiap rakaman tersebut.
Katanya, langkah kementerian menunjukkan rakaman yang diperoleh daripada pelbagai pihak itu bertujuan membolehkan orang ramai mendapat perspektif sebenar tentang kejadian dalam perhimpunan itu.
Pada 9 Mei lalu, kerajaan mengumumkan penubuhan Panel Penasihat Bebas yang diketuai bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bagi menjalankan siasatan serta mendapatkan butir terperinci mengenai rusuhan pada perhimpunan tersebut. - BERNAMA
Komen Ibnul Munzir:
Tak perlulah nak bersusah payah tunjuk pembohongan yang sudah diketahui rakyat. 300,000 yang hadir tu dah tahu apa sebenar yang berlaku. Kalau seorang memberitahu 10 orang, dah 3 juta orang yang tahu. Kalau 3 juta ni menyampaikan pula kepada keluarga mereka katakan 10 orang lagi, dah 30 juta yang tahu. Jumlah ini dah melebihi jumlah rakyat Malaysia.Saya adalah golongan profesional yang pergi atas sebab bersedia nak membantu mangsa. Rakan-rakan saya yang tak bersalah diserang dengan gas macam anjing yang tak berguna. Sedangkan kami adalah golongan non-partisan yang mahukan Malaysia lebih baik. Mereka berkumpul bukan mahu menumbangkan kerajaan. Kenapa mereka dituduh mahu menumbangkan kerajaan.
Kami tahu siapa yang yang mencetuskan keganasan seterusnya yang melakukan aksi ganas. Mereka bukan dari kalangan kami. Mereka orang yang 'bertanda' yang dipercayai aksi ganas mereka telah dirancang semuanya.
Oleh itu, berhentilah menggunakan media rakyat (TV1 dan TV2) untuk membodohkan rakyat. Mereka yang selama ini telahpun dizalimi (rakyat) akan mendoakan kerajaan akan bertukar selepas PRU13. Doa golongan ini adalah doa yang makbul, insyaAllah. Sesungguhnya janji Allah untuk menukar-ganti kerajaan di dunia adalah benar. Selamatkanlah diri kalian dari siksa api yang menunggu di Akhirat.
No comments:
Post a Comment