Thursday, June 7, 2012

Tolonglah PM Najib...

... Bersihkanlah Nama Malaysia

Lama-lama mendengar isu ini, aku jadi malu sebagai rakyat Malaysia. Apa tidaknya, PM adalah ketua negara. Ia melambangkan sifat rakyat Malaysia di mata dunia. Kalau ia lemah-lembut, begitulah sifat rakyat Malaysia. Kalau dia pemurah, begitulah sifat rakyat Malaysia. Sekarang dia dituduh terlibat dalam isu rasuah pembelian Scorpene dan kematian Altantuya Sharibuu, kenapa dia tidak mahu membersihkan namanya dan nama rakyat Malaysia yang majoritinya telah memilihnya menjadi PM Malaysia? Apakah rakyat Malaysia juga bersifat perasuah dan pembunuh? Na'uzubillahi min zalik.

Tolonglah PM Najib, kami semua kasihkan rakyat Malaysia dan Perdana Menterinya. Kami kasihan kamu yang tentunya terbawa-bawa dalam tidur akibat malapetaka itu. Bersihkanlah namamu dan nama rakyat Malaysia keseluruhannya. Apabila nama kita semua telah bersih, sudah tentu PRU13 dapat dihadapi dengan lebih selesa dan barangkali dapat menjana kemenangan yang lebih besar. Mungkin negeri-negeri di bawah PR yang 5+1 itu dapat ditawan sebahagiannya atau kesemuanya.

Semakin lama kes ini semakin membarah. Satu persatu negara mensensasikan berita itu. Mungkin ia hanya sebagai bahan pelaris berita. Maklumlah akhbar ni sifatnya adalah keuntungan. Tapi, walau apapun, kesannya adalah kepada kita semua sebagai sebuah negara. Oleh itu, tolonglah PM Najib. Kami mendokong kamu untuk membersihkan namamu dan nama Malaysia.

Di bawah disertakan berita dari Akhbar The Phnom Penh Post dan alih bahasanya oleh Blog Milo Suam. Moga ia akan menjadi iktibar kepada kita semua yang cintakan Malaysia sebagai negara makmur dan kaya.

(The Phnom Penh Post)

Submarine deal resurfaces to haunt Malaysia’s top man

A decision made in Paris last month means that one of this region’s most sensational episodes is going to resurface with a vengeance.

It began a dozen years ago when Malaysia’s Prime Minister Najib Razak held the defence portfolio and ordered two Scorpene submarines from the French shipbuilder, DCNS, for about US$400 million each.

The deal was brokered by Razak Baginda, who ran the Malaysian Strategic Research Institute, which was funded by Najib and designed to further his political career.

In the interest of full disclosure, let me reveal that I met Razak regularly during my posting in Kuala Lumpur in the 1990s and continue to see him each time I visit Malaysia.

When he became pointman for the Scorpene purchase, however, I had left KL and did not see him again until we met in Venice, Italy, at the 2002 ASEAN-Europe conference.

Razak attended only briefly and when I asked why he was rushing off, he said he was needed in Paris for an important defence deal.

Later, it was revealed in the Malaysian parliament that the “commission” for the sub contract was 114 million euros, or about $160 million at the time.

The money was paid into the KL bank account of Perimekar, a company set up by Razak just before the contract was signed and which had no track record of handling defence procurements.

It is alleged that the $160 million was split between Razak, Najib and other figures in the United Malays National Organisation, the dominant party in Malaysia’s ruling National Front coalition.

Based on this allegation, the French police raided the offices of DCNS and seized a stack of documents indicating the payment of massive bribes.

And last month, after examining the documents, Judge Roger Le Loire ordered a criminal investigation to be launched.

It will almost certainly involve filing subpoenas for both Razak and Prime Minister Najib to appear in court.

Before considering that dramatic prospect, however, we must recall that when negotiating the contract, something amazing happened to Razak.
He fell in love.

Now although Razak, a family man with a high-profile public image, had long emulated the philandering reputation of his mentor Najib, this latest affair was completely different.

He fell hook, line and sinker for the woman – a stunningly beautiful Mongolian model named Altantuya “Tuya” Shaaribuu.

Soon after meeting her in Hong Kong, Razak took her off to tour Europe in his red Ferrari, wining and dining at all the best spots and finally ending up in Paris where they met Najib.

Multilingual Tuya, as well as being drop-dead gorgeous, was also smart and quickly learned about the huge bribe for the sub deal and doubtless envisaged a handsome cut for herself.

But succumbing to “fatal attraction syndrome”, she clung relentlessly to Razak, and he, fearing that her indiscretions might bring him down, tried to end the affair.

She would not have it, and in desperation, he spoke to Najib and the police were called in to keep her away.

Two aggressive Special Branch officers took their assignment literally and kidnapped her.

Then they raped her, shot her in the head and blew up her body with C4 explosives from Najib’s defence ministry – and for good measure, erased her entry into Malaysia from immigration records.

In effect, she vanished.

But thanks to continued pressure from her well-connected family and the Mongolian Embassy, the crime was eventually uncovered and those involved arrested – all except Najib, of course.

After a long, lurid and electrifying trial, the two cops were sentenced to death and Razak was acquitted. Now, however, with the launch of Judge Le Loire’s investigation in Paris, it appears he could soon be back in court.

And PM Najib may not escape so easily either, since the issue will be raised in parliament next week and will impact the coming general election.

If so, Tuya’s gruesome death will not have been in vain.

Translation: (Pinjam Milo Suam)

Urus niaga kapal selam menghantui pemimpin utama Malaysia
Keputusan yang telah dibuat di Paris bulan lalu bermakna bahawa episod paling sensasi di rantau ini akan timbul kembali bersama dendam.

Ianya bermula 12 tahun lalu semasa Perdana Menteri Malaysia memegang portfolio pertahanan dan telah memesan dua buah Kapal Selam Scorpene dari pembuat kapal selam Perancis, DCNS berharga US$400 setiap satu.

Pembelian melalui orang tengah Razak Baginda, yang menerajui Institut Kajian Strategi Malaysia, yang dibiayai oleh Najib dan direka untuk memperluaskan kerjaya politiknya.

Sebagai pendedahan penuh, biar saya dedahkan bahawa saya selalu bertemu dengan Razak semasa bertugas di Kuala Lumpur sekitar tahun 1990 an dan sering bertemu beliau setiap kali ke Malaysia.

Bagaimanapun, ketika beliau dipilih untuk pembelian Scorpene, saya telah meninggalkan Kuala Lumpur dan tidak lagi berjumpa dengannya sehinggalah kami berjumpa semula di Venice, Italy sewaktu persidangan ASEAN-EROPAH 2002.

Razak hanya hadir sebentar, dan bila saya bertanya kepadanya mengapa begitu tergesa-gesa, katanya dia diperlukan di Paris untuk satu rundingan penting pertahanan.

Kemudian diketahui di parlimen Malaysia bahawa komisyen terhadap sub kontrak itu adalah 114 euro juta, atau sekitar $160 juta pada waktu itu.

Wang itu telah dibayar ke dalam sebuah akaun bank di Kuala Lumpur milik Perimekar, sebuah syarikat yang baru sahaja ditubuhkan oleh Razak sebelum kontrak tersebut ditandatangani dan ia langsung tidak memiliki rekod menguruskan perolehan pertahanan sebelum ini.

Adalah didakwa $160 juta telah dibahagi-bahagikan di antara Razak, Najib dan tokoh-tokoh lain di dalam United Malays National Organization, Umno sebuah parti yang dominan di dalam gabungan parti pemerintah Malaysia.

Berdasarkan dakwaan ini, polis Perancis telah menggeledah pejabat-pejabat DNS dan merampas longgokan dokumen-dokumen menunjukkan pembayaran rasuah yang sangat besar.

Dan bulan lalu, selepas memeriksa dokumen-dokumen tersebut, hakim Roger Le Loire telah mengarahkan satu siasatan jenayah dilakukan.

Kebarangkalian tinggi ia akan melibatkan subpoenas (memanggil sebagai saksi) kedua-dua Razak dan Perdana Menteri Najib untuk hadir ke mahkamah.

Bagaimanapun, sebelum menumpukan kepada isu yang dramatik itu kita harus ingat bahawa ketika rundingan dibuat terhadap kontrak tersebut, sesuatu yang luar biasa berlaku kepada Razak.

Dia telah jatuh cinta.

Meskipun Razak seorang yang mementingkan keluarga dengan imej umum yang berprofil tinggi dan sudah lama mencontohi mentornya Najib yang suka merayu wanita, hubungan kali ini jelas sekali berbeza.

Dia sudah tersangkut dan terpesona terhadap wanita itu - seorang model Monggolia yang begitu mempersonakan bernama Altantuya "Tuya" Shaaribuu.

Tidak lama selepas bertemunya di Hong Kong, Razak membawanya menjelajah ke eropah menaikki ferrari merahnya, makan dan minum (wine) di kesemua tempat-tempat menarik dan ia berakhir di Paris di mana mereka bertemu Najib.

Altantuya yang cantik manis dan memahami banyak bahasa ini juga cukup bijak dan cepat belajar tentang rasuah besar tehadap rundingan kapal selam. Dia dikatakan meminta bahagian untuk dirinya.

Namun dia tidak henti-henti mengugut Razak, manakala Razak yang bimbang perbuatan itu akan menjatuhkannya, cuba untuk menamatkan hubungan mereka.

Dia tidak akan dapat bahagiannya, dan dalam keadaan terdesak, Razak telah memberitahu Najib dan polis telah dipanggil untuk menyahkannya.

Dua pegawai Cawangan Khas telah melakukan tugas itu dan menculiknya.

Mereka merogolnya, menembak kepalanya dan meletupkan badannya dengan bom C4 yang diperolehi dari kementerian pertahanan Najib - sebagai langkah keselamatan, mereka telah memadam data kemasukan Altantuya ke Malaysia daripada rekod-rekod imegresen.

Hasilnya, Altantuya lenyap.

Namun terima kasih kepada tekanan yang berterusan daripada keluarga dan kedutaan Mongolia, jenayah tersebut akhirnya didedahkan dan mereka yang terlibat telah ditangkap - kesemuanya tentu sekali kecuali Najib.

Selepas perbicaraan panjang yang begitu mendebarkan, dua orang polis telah dihukum mati manakala Razak dibebaskan. Bagaimanapun dengan siasatan yang dilancarkan oleh hakim Le Loire di Paris, nampaknya dia akan dipanggil kembali ke mahkamah.

Dan PM Najib juga takkan terlepas begitu mudah, kerana isu ini akan dibangkitkan di parlimen minggu hadapan dan akan memberi kesan kepada pilihanraya umum yang akan datang.

Maka kematian Tuya yang begitu mengerikan tidak akan sia-sia.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...