tag:blogger.com,1999:blog-23938914911098887032024-03-14T14:43:04.287+08:00Ibnul MunzirMenulis Adalah IbadatIbnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.comBlogger149125tag:blogger.com,1999:blog-2393891491109888703.post-3149425866015826782015-06-21T17:18:00.001+08:002015-06-21T17:18:56.435+08:00PARTI ISLAM BARU?(Ibnul Munzir)
Dari sudut hukum - kewujudan Parti Islam di tempat yang sama bagi menyaingi parti Islam yang ada adalah HARAM. Ia akan memecah belahkan kesatuan umah. Perpecahan adalah dilarang dalam Islam. Hujah? Cari sendiri... anda boleh bertanya ulama' atau boleh google saja.
Dari sudut sejarah - perpecahan akan merugikan umat Islam dan cita-cita Islam. Bacalah seawal Perang Jamal dan Perang Siffin.. diikuti oleh rentetan sejarah selepas itu sehingga kejatuhan kerajaan Uthmaniyah dan jatuhnya Palestin kepada tangan kuffar.
Dari sudut politik - memecahkan undi. Siapa akan untung? Tentulah parti penyandang iaitu UMNO-BN. Legasi kebobrokan dan kerosakan yang dibuat oleh parti itu akan semakin panjang hayatnya...
Siapa yang meyokong penubuhan parti baru ini... anda jawablah di akhirat. Tak kira siapa anda...
Ibnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2393891491109888703.post-39680823130171165282015-06-20T12:23:00.001+08:002015-06-20T12:23:33.338+08:00KENAPA PR HAMPIR BERJAYA DIKUBURKANIbnul Munzir
Puncanya kerana tanpa sedar para pendokong PR terus menerus menjadikan akhbar-akhbar di bawah sebagai rujukan:
1. The Malaysian Insider
2. Malaysiakini
Siapakah pemilik kedua-dua akhbar tersebut? Sila kaji...
Alangkah mudahnya pihak musuh menanam persepsi dengan melontarkan fitnah dan pelbagai dakwaan. Kekuatan PR yang telah disokong oleh majoriti rakyat (baca 52% rakyat mengundi PR pada PRU13) hampir pasti akan menumbangkan UMNO-BN pada PRU14 dengan isu yang semakin menyebabkan rakyat menolaknya... 1MDB, Tabung Haji, FGVH, hutang kerajaan dan 1001 isu lagi... semua itu hampir pasti akan menelungkupkan UMNO-BN.
Dr. Mahathir yang menyedari akan hal ini bermati-matian cuba menyelamatkan UMNO dengan menggesa agar Najib letak jawatan... namun usaha itu nampak masih tidak berhasil...
Namun usaha dalaman yang terancang ialah bagi memecahkan PR dari dalam... ya... inilah satu-satunya cara yang dapat menghalang kemaraan PR ke Putrajaya... bagaimana? Menanam persepsi para penyokong PR dengan menjadikan akhbar-akhbar online popular itu sumber rujukan. Nah!! anda akan lihat selagi kedua-dua akhbar ini tidak ditinggalkan... sukar untuk UMNO-BN ditumbangkan...
Ibnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2393891491109888703.post-77513127168212481432013-04-27T17:23:00.003+08:002013-04-27T17:24:13.393+08:00Undi PR bermakna menentang kerajaan dan pengkhianat?(Ibnul Munzir)
Saya ingat kepercayaan dan pemikiran seperti ini sudah tiada. Rupa-rupanya ia masih ada dan berakar di kalangan umat Melayu bangsaku. Ironinya mereka yang masih berpegang kuat dengan kepercayaan karut dan mazhab sesat ini adalah di kalangan golongan pertengahan dan terpelajar.
Apa kena mengena mengundi dengan menentang kerajaan? Ia dua entiti yang berbeza. Kerajaan dengan erti yang mudah ialah wilayah sesebuah pemerintahan. Kalau contoh Malaysia, kerajaan Malaysia ialah wilayah pemerintahan yang dibatasi oleh sempadan geografi Malaysia itu sendiri. Pernahkan pilihanraya dijalankan antara Parti Pakatan Rakyat (PR) dan Parti Kerajaan Malaysia? Tidak pernah. Jadi di mana rasionalnya bila mengundi PAS atau PR itu boleh dikatakan melawan kerajaan? Dalam pilihanraya yang diadakan, parti yang bertanding adalah Pakatan Rakyat (PR) melawan Barisan Nasional (BN). Bukan PR melawan Kerajaan Malaysia!
Apabila sesebuah kerajaan seperti Malaysia ini membubarkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), itu bererti pentadbir kerajaan sudah tidak ada lagi. Gelaran YB tidak ada lagi sebab semua jawatan politik seperti PM, TPM, Menteri Besar, Menteri-Menteri dan lain-lain akan terlucut dengan sendiri. Pilihanraya perlu diadakan untuk melantik kerajaan baru. sebenarnya bukan melantik kerajaan, tetapi melantik PENTADBIR kerajaan. Pengundian perlu dijalankan dalam tempoh 60 hari.
Kesalahan kita dalam memahami konteks ini ialah apabila lebih 50 tahun dimomokkan apabila BN menang pilihanraya, maka kerajaan yang ditubuhkan itu adalah Kerajaan BN. Bila telah sebati dengan pendapat ini, maka sebab itulah pemimpin-pemimpin BN yang berakal pendek itu menyangka bahawa duit kerajaan Malaysia itu adalah miliknya. Mereka boleh mengagihkan sesuka hatinya. Mereka boleh menggunakan segala jentera dan kemudahan kerajaan seperti miliknya.
Begitu juga apabila PR menang pilihanraya. Kerajaan ini tetap Kerajaan Malaysia. Bukan Kerajaan PR. PR hanya diamanahkan mentadbir. Pegawai-pegawai kerajaan adalah pegawai kerajaan Malaysia, bukan kerajaan PR.
Kekeliruan seperti ini adalah merosakkan kerana dengan pendapat seperti ini akan menyebabkan
penyelewengan, rasuah, kezaliman, salah guna kuasa oleh pemimpin-pemimpin kerajaan
dibiarkan sedangkan ianya jelas dengan bukti-bukti. Kenapa dibiarkan? Kerana nak mengundi parti lain takut dikatakan menentang kerajaan. Akhirnya jadilah seperti apa yang telah terjadi. Ingat! Membiarkan pemimpin kerajaan melakukan kejahatan juga sebuah kejahatan kerana cepat ataupun lambat ia akan rosaklah negara dan generasi akan datang.
Justeru itu wahai bangsaku Melayu dan para pegawai kerajaan.... bebaskan minda anda dari ajaran sesat itu kerana anda berkhidmat dengan kerajaan Malaysia, bukan kerajaan BN. Oleh itu, tunaikan hak dan kewajipan anda untuk memilih parti yang akan membebaskan Malaysia dari kerosakan dan membawa negara kita ini ke arah kesejahteraan dan kemakmuran. Ibnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2393891491109888703.post-41602126695353133052013-04-25T11:52:00.000+08:002013-04-25T11:58:50.255+08:00Jawapan kepada candu pembohongan UMNO-BN(Ibnul Munzir)
Kempen PRU13 semakin hangat. Kempen yang dilihat sangat berat sebelah. Sekurang-kurangnya 2 jam setiap malam ketika waktu puncak (prime time) penggunaan media TV, UMNO-BN menggunakan habis-habisan media milik kerajaan untuk memfitnah dan memburuk-burukkan parti lawan (Pakatan Rakyat). Suatu tindakan yang zalim (yang pasti akan dipersoal oleh Allah SWT di akhirat nanti) kerana media elektronik itu seharusnya boleh digunakan oleh semua parti. Namun itulah yang digunakan oleh UMNO-BN sejak memerintah negara ini lebih 50 tahun. Tanpa rasa bersalah!
Rakyat terus dikhayalkan dengan candu UMNO-BN.
Candu BN yang terus masuk dan bersarang di lubuk hati masyarakat Melayu , antaranya:
1. Hanya UMNO-BN yang boleh memerintah.
Suatu kenyataan yang tidak berfakta. Dan paling menggerunkan ialah boleh merosakkan aqidah.
Firman Allah SWT, (yang bermaksud): "Wahai Tuhan yang memiliki segala kekuasaan. Engkau berikan kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau atas tiap-tiap sesuatu adalah Maha Kuasa. (Ali-Imran:26)
Tiada kerajaan yang kekal. Kerajaan Nabi Sulaiman yang begitu hebat tidak kekal, kerajaan Fir'aun juga tidak kekal. Kerajaan Islam pimpinan Rasulullah SAW yang seterusnya disambung oleh sahabat-sahabat khulafa' Ar Rasyidin tidak kekal, kerajaan Umar b. Abdul Aziz yang cukup adil dan makmur juga tidak kekal. Jadi bagaimana UMNO-BN boleh mengatakan hanya mereka yang boleh memerintah?
Senarai panjang yang pernah disebutkan di sini juga membuktikan bahawa UMNO-BN sebenarnya bukan pandai memerintah, tetapi pandai merompak wang kerajaan dan membinasakan ekonomi Malaysia.
2. Mengundi Pakatan Rakyat akan menyebabkan DAP menjadi Perdana Menteri dan akan membawa masuk rakyat cina dari Singapura dan Negeri China.
Fakta bohong ini sangat tidak berasas. Bagaimana mungkin ini berlaku sedangkan penegasan DAP dalam Pakatan Rakyat bahawa mereka tidak akan menjadi PM. Begitu juga dengan Perlembagaan Malaysia yang menjamin keistimewaan bangsa Melayu serta peranan YDP Agong dalam perlantikan PM.
Sejarah di Perak selepas PRU12 tahun 2008 telah membuktikan komitmen DAP dan peranan Sultan bagi perlantikan MB. Meskipun hanya mempunyai 6 kerusi DUN, PAS telah diperkenankan oleh Sultan Perak untuk menjadi MB Perak dengan tiada sebarang kekecohan daripada DAP.
3. Negara akan huru-hara jika Pakatan Rakyat memerintah.
Alasan apa yang menyebabkan huru-hara? Kerana DAP tidak bersetuju dengan perlaksanaan Hukum Hudud? Sekali lagi UMNO-BN sudah tertinggal zaman. DAP tidak mungkin akan menolak Hukum Hudud kerana mereka tidak terlibat dengan hukum tersebut kerana Hukum Hudud hanyalah melibatkan orang Islam yang menjadi penjenayah. Terbukti setelah diberikan penerangan yang sewajarnya, mereka tidak pernah menolak. Rupa-rupanya yang menolak Hukum Hudud adalah UMNO sendiri! Wana'uzubillah....
Banyak lagi persoalan yang menjadi candu kepada rakyat marhaen yang perlu dikupas dan dijawab. Sempena
PRU 13 ini, PAS telah membuat inisiatif mengadakan video khas " ANDA TANYA TOK GURU JAWAB" bagi memberikan penjelasan yang jujur dan benar persoalan yang sering dimainkan sebagai isu dan fitnah oleh UMNO-BN. Berikut adalah linknya :-
1. PR menang, DAP PM? http://youtu.be/TKBQMAXNbnw
2. PAS keldai DAP? http://youtu.be/9uV1lT_vhPA
3. Isu hudud di kelantan & kedah http://youtu.be/6wg1-tlzzC8
4. Tolak UMNO tapi bersama DAP? http://youtu.be/haa19uzyiuE
5. Isu tabung Memali http://youtu.be/2xEgyAIlBpc
6. Negara bankrap kalau PR menang? http://youtu.be/90wYClPzQ84
7. Isu sembahyang 2 masjid http://youtu.be/Pizwthl5SzE
8. Isu kafirkan orang UMNO 1983 http://youtu.be/9zbpHMjnTc8
9. Batalkan projek BN terengganu? http://youtu.be/gYsCfNQqbY4
10. Peranan tok guru di Marang http://youtu.be/qpkco6N4N0o
11. Tol dalam pemberian tanah http://youtu.be/m-60wxCzyws
12. Dasar hiburan & siaran TV http://youtu.be/lYHCvzBi7d4
13. Islam PAS for all? http://youtu.be/rYa5wKm00tM
14. Hanya BN mampu memerintah? http://youtu.be/U5szyW6c4Vw
15. Ekonomi & kesejahteraan PR http://youtu.be/4ZkoMoIJ-Js
16. Hudud di Terengganu http://youtu.be/DgMw-EHSwNc
17. Kilang arak Selangor http://youtu.be/spzP_eFLeL8
18. Judi Genting Highland http://youtu.be/spzP_eFLeL8
19. Projek membazir Terengganu http://youtu.be/IHfbdSTm0yk
20. Projek bermasalah dan membazir di Terengganu? http://www.youtube.com/watch?v=IHfbdSTm0yk
21. Isu media seperti Utusan Malaysia, tv1, tv2 dan tv3, http://www.youtube.com/watch?v=gwSulHa613k
22. Isu 5 buah kontraktor bumiputra projek LPT yang dinafikan UMNO http://www.youtube.com/watch?v=nVprduaO2CE
23. Isu pegambilan balik 60 ribu lot tanah oleh kerajaan http://www.youtube.com/watch?v=iycFOvwVN84
24. Perancangan hospital perubatan percuma http://www.youtube.com/watch?v=GcOUzmvekx8
25. Plan segera dalam masa 30 hari kerajaan PAS. http://www.youtube.com/watch?v=j7eVPpuDyPk
26. Adakah BR1M akan dilakukan oleh kerajaan PR? http://www.youtube.com/watch?v=yepPFIoQbgQ
27. Penubuhkan tribunal bagi rakyat yang dizalimi BN membuat aduan? http://www.youtube.com/watch?v=bXZ-G_0q8VM
28. Adakah PAS Dan PR akan mengenakan Tol di LPT? http://www.youtube.com/watch?v=FCdvGgc-ZJo
29. Penentuan siapa PM? http://www.youtube.com/watch?v=jder6IDX4jM
30. Khidmat JKKK akan ditamatkan serta? http://www.youtube.com/watch?v=Cvarl1pz7UQ
31. Apakah hukum megundi? http://www.youtube.com/watch?v=oGwsAXCrpZU
32. Apakah hukum cerita keburukan calon semasa kempen? http://www.youtube.com/watch?v=F3wsovUzNeE
33. Isu bersumpah megundi BN ketika terima bantuan? http://www.youtube.com/watch?v=vuCYQWjFU0U
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Ibnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2393891491109888703.post-30004843655655346042013-04-24T12:17:00.000+08:002013-04-24T12:17:00.562+08:00Hari-hari ku dengar duit negara hilang! Kali ini Najib yang bawa lari?(Ibnul Munzir)
Berita mengenai sejumlah RM7 billion dilarikan DS Najib ke akaun sulit di Pulau Cayman, bahagian Barat Kepulauan Caribean, sangat mengejutkan dan memalukan. Maklumat ini terkandung di dalam Laporan Tahunan 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan diulas di
dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge, yang turut
sama mempersoalkan kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara
memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir
pantai seperti Cayman Island.
Saya bukan pengulas ekonomi, tetapi saya ingin melihat dari sudut kewajaranwang sebanyak itu dimasukkan ke dalam akaun sulit yang tidak tahu ke mana akan dibelanjakannya.
Apakah perlunya sesuatu transaksi dan urusniaga itu dirahsiakan? Sedangkan semua urusan kerajaan adalah amanah yang perlu diketahui umum. Samada ia berjaya atau ia gagal, ia adalah hak umum. Malah kerajaan Malaysia sendiri adalah milik rakyat malaysia.
Sesuatu urusniaga yang dirahsiakan pasti mengandungi unsur-unsur yang tidak baik atau penyelewengan. Jika tidak kenapa harus berahsia?
RM7 billion bukan suatu yang sedikit. Kalau sebuah sekolah berharga RM1 juta, maka ia boleh membina 7000 buah sekolah. Kalau sebuah hospital berharga RM4 juta ia boleh membina 1,750 buah hospital. Kalau lebuhraya sepanjang 1 km berharga RM1.5 juta, ia boleh membina lebuhraya sepanjang 4,666 km iaitu dari Kota Bharu Kelantan ke Kuala Lumpur.
Berapa ramai rakyat Malaysia beroleh manfaat jika wang rakyat itu digunakan pada jalan yang betul. Subhanallah. Hampir setiap hari aku mendengar duit negara hilang hasil pemerintahan UMNO-BN. Ke mana nak dibawanya wang sebegitu banyak? Kubur mana yang nak terima? Tapi kerana kerakusan dan menganggap hidup adalah sekali dan selamanya, maka inilah jadinya.
Ayuh saudaraku... selamatkan Malaysia pada PRU13 yang tidaka berapa hari lagi...
Ini kalilah...
Ibnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2393891491109888703.post-77044470085618457062013-04-23T16:25:00.000+08:002013-04-23T16:27:05.365+08:00Ayuh membina Malaysia Baru dengan doaIbnul Munzir
Kalau mahu dibandingkan antara jentera UMNO-BN dengan PR, maka umpama membandingkan seekor kuman dengan seekor gajah. Kalaulah kemenangan itu berkadar terus dengan kelengkapan dan kehebatan jentera pilihanraya, maka UMNO akan terus berkuasa selama-lamanya. Mujurlah Allah tidak memberikan kemenangan berdasarkan itu semua, tetapi Allah memberikan kemenangan apabila Dia menghendakinya. Inilah keadilan Allah.
Pilihanraya ini umpama peperangan juga. Lihatlah di Badar Al-Kubra. Sirah peperangan yang selalu kita jadikan rujukan. Allah memenangkan tentera Islam pimpinan manusia agung, Rasulullah SAW. Tentera Islam yang jauh lebih sedikit bilangannya, hanya bersenjata pelepah tamar dan senjata yang ala kadar, telah mendapat kemenangan melawan tentera kufar yang begitu lengkap bersenjata dengan bilangan yang lebih ramai. Kenapa? Kerana kemenangan itu bukanlah kerana itu semua. Tetapi kemenangan itu adalah milik Allah. Dia berkuasa memberikan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Kelengkapan dan persediaan itu dituntut untuk kita menyediakannya kerana di situ tersedia pahala yang besar. Allah tidak bertanya kenapa kamu menang/kalah, tetapi Allah bertanya apa yang kamu lakukan untuk menang/kalah. Inilah aqidah murni yang kita pegang.
Dalam peperangan pilihanraya ini ia melibatkan hati-hati manusia. Fizikal boleh dibeli, tetapi hati tak boleh dibeli. Sebab itu, biarlah kita tewas dengan kekuatan jentera UMNO-BN, tetapi kita tidak tewas dengan pergantungan kepada Allah SWT. Usaha kita sememangnya sangat sedikit, tetapi keikhlasan kita mengundang tentera Allah bagi memenangkan kita.
Sekali Allah menyebut "kun" maka majoriti rakyat Malaysia akan memangkah PR dan tumbanglah UMNO-BN. Bagaimana mahukan Allah untuk mentaqdirkan kemenangan itu? Dengan doa kita semua. Setelah kita bertungkus-lumus menyediakan kelengkapan dan persiapan, maka marilah kita semua berdoa kepada Allah, moga usaha kerdil itu menjadi saksi di hadapan Allah bahawa kita telah berusaha bagi menumbangkan sebuah kuasa zalim dan angkuh UMNO-BN. Marilah kita berdoa moga Allah membukakan hati-hati kita semua seluruh rakyat Malaysia agar melihat yang benar itu benar, yang salah itu salah dan diberi kekuatan untuk memilih yang benar.
Amin... amin.....
Ini Kalilah...Ibnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2393891491109888703.post-70969367965841863112013-04-22T11:24:00.002+08:002013-04-22T11:24:58.677+08:0022 Calon Bebas akan jadi tukang kempen penaklukan Putrajaya(Ibnul Munzir)
Apabila parti yang memegang tampuk kerajaan sudah berani bertanding untuk calon Bebas, ertinya kerajaan yang dipimpinnya akan tumbang. Kenapa saya berkata demikian? Sebab, mereka adalah pemimpin. Mereka mempunyai penyokong dan mereka mempunyai jentera akar umbi.
Mereka sanggup dikenakan tindakan parti yang selama ini mereka agungkan. Parti yang selama ini menjadi tempat periuk nasi mereka mendapatkan projek dan kekayaan. Ertinya tindakan mereka bukan tindakan yang kecil. Tindakan yang mustahil disebabkan kena beli, disogok oleh parti lawan dan sebagainya.
Kesemua mereka ini melibatkan lebih 15 kerusi DUN dan Parlimen. Mereka akan menjadi pemecah undi. Kesannya, parlimen dan DUN yang yang melibatkan mereka ini akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat (insyaAllah).
Dari segi kerusi, mungkin tidak banyak berbanding keseluruhan kerusi DUN dan Parlimen yang dipertandingkan, tetapi dari segi moral dan kesannya pasti akan menjadi bom nuklear yang akan mencabut nyawa UMNO dan Barisan Nasional. Apatah lagi mereka yang terlibat ialah public figure seperti Datuk Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia dan Datuk Seri Mohd Shariff Omar, bekas Timbalan Menteri Pertanian. Begitu juga dengan Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan bekas ahli-ahli Parlimen yang mempunyai network yang bukan sedikit. Mereka pasti akan ditanya oleh rakan-rakan dan saudara mara. Bila ditanya pasti mereka akan menerangkan, dan inilah virus yang akan membarah dan membunuh UMNO.
Bila mereka bertanding, mereka pasti nak menang. Setidak-tidaknya ingin memastikan wang deposit tidak hangus. Selama 15 hari mereka akan kempen habis-habisan. Segala kebobrokan UMNO akan terbongkar satu-persatu. Kalau dulu hanya parti pembangkang yang mendedahkannya, tapi kali ini para pemimpin mereka sendiri yang mengesahkannya... Rakyat akan mendapat maklumat percuma dari 22 orang tukang kempen ini untuk menamatkan riwayat UMNO yang sombong dan zalim itu.
Itulah harapan rakyat. Itulah doa rakyat yang dizalimi, doa yang tiada hijab. Doa yang pasti akan dimakbulkan oleh Allah samada cepat atau lambat.
Daripada Abdullah bin Abbas r.a.
Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Takutilah doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada hijab di antaranya dengan Allah".
(HR Muttafaq 'Alaih).
Dari Anas bin Malik katanya Nabi SAW bersabda:
"Jauhilah doa orang yang dizalimi walaupun dia seorang kafir, kerana tiada hijab antara doanya dengan Allah."(HR Ahmad - Al Albani menyatakan hadis hasan)Ibnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2393891491109888703.post-7821626851654597712013-04-18T12:03:00.000+08:002013-04-18T12:03:15.815+08:00Cina akan memerintah kerana sokong PAS?(Ibnul Munzir)
Saya merasa gelihati bila digembar-gemburkan bahawa Cina akan memerintah jika PR menang di Terengganu. Justeru untuk mengelakkan kejadian tidak diingini itu, jangan sokong PR.
Dalam konteks Terengganu, PR itu ertinya PAS sebab majoriti calonnya adalah dari PAS. Tidakkah kita gelihati dengan kenyataan ini? Kenyataan yang dilontar oleh orang yang nak memperbodohkan orang Melayu, tapi ternyata ramai Melayu yang memang bodoh (maaf) kerana mempercayainya.
Persoalannya berapa banyak kerusi yang ditandingi oleh Cina dalam PR di Terengganu? Tiada. Kalau tiada, bagaimana untuk memerintah Terengganu? Mustahil!
Jadi, berfikirlah wahai umat Melayu. Bilakah lagi kalian akan menjadi lebih cerdik? Selalu diperbodohkan oleh pemimpin UMNO-BN agar terus menjadi seperti 'haiwan peliharaan' yang bila-bila masa boleh disembelih.
Dalam konteks parlimen pula. Bagaimana Cina mahu memerintah dengan DAP hanya bertanding 50 kerusi? Kalau dicampur dengan wakil Cina dalam PKR hanya 60-70 kerusi. Selebihnya adalah Melayu. Parlimen Malaysia hari ini mempunyai 222 kerusi, ertinya kerusi Melayu adalah 152. Bagaimana kiraan matematik 70 kerusi boleh menewaskan 152 kerusi?
Satu lagi fakta yang wajib diketahui ialah PAS hanya menentang UMNO di kerusi-kerusi Melayu. Kalau PAS menang, Melayu menang, kalau PAS kalah, Melayu juga yang menang. Justeru, sekali lagi ditegaskan, kenyataan bodoh itu tidak perlu ditakuti. Pastinya ia adalah datangnya dari UMNO yang memang bodoh atau cuba memperbodohkan Melayu demi kuasa.
Ibnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2393891491109888703.post-65003646527679373012013-04-17T12:36:00.003+08:002013-04-17T12:38:31.663+08:00Perjuangan yang benar wajib disokong(Ibnul Munzir)
Perjuangan mana yang benar? PAS atau UMNO? PR atau BN?
Untuk memastikan benar atau tidaknya parti politik ni, ia tidak boleh berdasarkan kata-kata. Sebab apa? Sebab lidah itu tidak bertulang. Sebab itu di akhirat nanti lidah tak boleh bercakap. Anggota badan lain yang akan bercakap sebagai saksi apa yang dilakukan oleh manusia. Jadi nak kena tengok apa? Kena tengok apa yang dibuat.
Dari segi membela agama. Siapa yang bela agama? Tentulah mereka yang mengamalkan agama. Bagaimana nak tengok mereka amalkan agama, tengok pakaian? Tidak. Tengok isteri dan anak-anak perempuannya. Mereka yang menjaga agama, pastinya mereka yang ikut arahan agama. Agama suruh pakai tudung, mereka ikut. Agama suruh tutup aurat, mereka ikut. Sebab tutup aurat itu adalah nas Al-Quran, hadis dan ijmak ulamak mewajibkannya. Bila anak isteri pakai tudung dan tutup aurat barulah kita boleh ikut. Tapi ini hanyalah cara screening yang mudah.
Kita tengok apakah screening ini lulus bagi kedua-dua parti UMNO dan PAS. Pimpinan mana yang percayakan agama dan ikut agama. Isteri DS Najib pakai tudung? Tidak! Isteri DS Abdul Hadi Awang pakai tudung dengan sempurna. Nah! apakah harapan kita bila syarat mudah ini sudah gagal diikuti oleh UMNO? Jika arahan agama yang sangat mudah seperti untuk tutup aurat saja sudah gagal diikuti oleh pemimpin UMNO itu, agak-agaknya mereka takut akan hukum Allah atau tidak? Bila tidak takut hukum Allah, apakah yang akan memandu dan mengawal mereka untuk berlaku adil dan baik terhadap rakyatnya? Jika sudah tiada pemandu dan pengawal apakah agaknya perkara besar yang lain tidak dilanggar?
"Alah.... pemimpin negara bukan Islampun boleh berlaku adil?" Kawan saya tak puas hati.
Ambil contoh negara Amerika Syarikat. Mereka dikawal oleh etika. Kepercayaan agama juga memainkan peranan. Penganut agama Kristian juga menyuruh berbuat baik dan meninggalkan yang jahat. Sistem yang diamalkan dalam negaranya yang demokrasi dan media yang bebas juga menjadi pengawal agar keadilan sentiasa diikuti. Sebab itu apabila berlaku skandal seks, berlaku rasuah dan salah guna kuasa, dengan cepat rakyat tahu dan pemimpinnya meletak jawatan.
Tetapi malang bagi UMNO ini, awal-awal sudah melanggar perintah agama, ditambah dengan seluruh sistem tidak dibenarkan bebas. Ini menyebabkan rakyat terus tidak tahu apa yang dilakukan oleh pemimpin negara mereka. Sehingga pemimpin negara Malaysia ini tersenarai antara pemimpin yang paling kaya di Asiapun rakyat boleh terima. Rasuah, penyelewengan, keganasan, penipuan, sumbang mahram dan segala bentuk kejahatan telah berlakupun rakyat tidak tahu. Malaysia sekarang sangat parah. Ekonominya, hutangnya, keselamatannya dan sebaginya... sangat membimbangkan. Tidak percaya kepada agama, kesannya sangat besar dalam sebuah pemerintahan.
Apabila parti sudah gagal mengawal pemimpinnya dari berlaku zalim... pastilah perjuangannya salah. Mereka yang menyokong juga berdosa jika mereka tahu apa yang sebenar tetapi tetap menyokongnya...
Oleh itu, ayuhlah kita tukar kerajaan ini pada PRU13 nanti demi menyelamatkan diri kita sendiri di akhirat, dan negara Malaysia ini dari kemusnahan yang dilakukan oleh pemimpin yang tidak percaya agama...Ibnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2393891491109888703.post-24864895551309130872013-04-16T17:14:00.003+08:002013-04-16T17:15:02.836+08:00Saya sayang Malaysia!(Ibnul Munzir)
Media-media perdana (TV1, TV2, TV3, TV9 dan TV swasta yang lain) terus menerus berkempen dengan kata-kata "saya sayang Malaysia!". Sayang Malaysia seolah-olah sayang kerajaan yang ada sekarang. Iaitu kerajaan Barisan Nasional. Itulah yang cuba digambarkan oleh media-media perdana yang dikuasai oleh UMNO-BN ini.
Klip-klip video yang digambarkan seolah-olah Malaysia kini sudah cukup maju. Dulu susah, sekarang senang. Kalau tidak kerana kerajaan melakukan pembangunan, masakan rakyat boleh menikmati kesenangan seperti pada hari ini. Hanya kerajaan UMNO-BN saja yang pandai melakukan pembangunan. Oleh itu, seharusnya rakyat Malaysia bersyukur dan terus memberikan sokongan kepada kerajaan yang ada. Jika kerajaan PR yang naik, Malaysia akan huru-hara dan kembali susah. Mereka tidak pandai mentadbir kerana sesama komponennya saja sering tidak sehaluan.
Inilah skrip dan peta minda yang sering diasakkan ke dalam pemikiran rakyat Malaysia agar terus memberika sokongan kepada kerajaan UMNO-BN!
Malanglah kalau rakyat Malaysia terutamanya Melayu sudah lupa apa yang dilakukan oleh UMNO semasa memerintah... Lihatlah sebahagian dari senarai panjang kemusnahan yang dilakukan oleh UMNO terhadap harta dan khazanah negara ini...
Semuanya adalah fakta dan sejarah.
1.
Pengeluaran kad pengenalan biru pada Pendatang Tanpa Inzin di Sabah
hingga menyebakkan peribumi Sabah menjadi minority di tanah air sendiri
dan kegiatan pengkianati Negara dan Rakyat Sabah masih diteruskan.
Mahathir, Pak Lah dan Najib PM.
2. kes PKFZ 12.6 billion-Mahathir PM
3. kes Perwaja 2 billion – Mahathir PM
4. kes Bank Bumi 52 billion-Mahathir PM
5. kes Pudu bumbung bocor
7. kes Stadium runtuh - Terengganu
8. kes kapal selam komisyen 500 juta
9. kes biji tin Maminco 300juta
10. kes Bank Negara goreng forex lebih 30 billion –Mahathir PM
11. kes MAS 8 billion – Mahathir PM
12. kes komissen SU30MKM 100juta
12. kes Hospital Shah Alam 480juta
14. kes Hospital Pandan 500juta
15. kes Petro Farm ke Brunei 300 billion
16. kes Muhammad Taib bawa wang tunai 3juta
17. kes MB Sabah hutang Casino 158 juta
18. kes Bernas tak bayar cukai beras siam 60 juta
19. kes 40 juta utk rest house 10 org exco Selangor
20. kes AP 60,000 kos 2.4 billion
21. kes Petronas tolong anak Mahathir MISC 1.7 billion – Mahathir PM
22. kes skandal Petronas tanah ampang 600 juta
23. kes MRR2 bocor 70 juta
24. kes Proton RM1 jual Agosta yg bernilai 300 juta
25. kes Khairi Jamaludin beli saham ECM Libra 9.2 juta
26. kes jabatan Johor-S'pore 1.1 billion
27. kes kos membaiki Proton Perdana di Terengganu 1.17 juta
28. kes bina Pusat Menteri Perdagangan selama 11tahun - 1 billion
29. kes membaiki sekolah RM30,000 jadi RM3,000 - bukit kepong, muar
30. kes highway gomen bayar upah 38500 juta, lebih drpd kos bina!!
31. kes KWSP pakai 15 juta utk beli sykt bernilai 700,000
32. kes mrr2 kos mambaiki 40juta jadi 70juta
33. kes KM Sarawak Taib ambik komissen 32juta
34. kes bumbong makamah KL bocor
35. kes ink SPR 2juta – Pak Lah PM
36. kes pak lah melancong 80 negeri di tempoh 4 tahun
37. kes facebook cuti-cuti mesia 1.8 juta
38. kes Ng yen yen pergi melancong di NZ dgn suaminya RM244,000
39. kes Gerakan 1 billion kontrak tukar pelaburan 350 juta - Motorola
40. kes sekolah runtuh di Terengganu
41. kes Khir Toyo bazir wang gomen, sekeluarga melancong Disney land dgn maid
42. kes buang 1000 bas masih ok, supaya membeli bas baru daripada kroni
43. kes kapal PSCI 24 billion
44. kes G20 blacklist Malaysia sebab mahligai lari tax
45. kes projek pakai mykad utk tambah petrol 70juta
46. kes 7.5 billiona beli kereta perisai yg bernilai 3 billion shj (ikut harga pasaran)
47. kes email 1 malaysia 50sen utk sebuah email – Najib PM
48. kes Melaka Eye on Malaysia 23juta
49. kes Dewan Undangan Negeri Sarawak 300juta
50. kes Bank Islam banking scandal 700juta
51. Kes PETRON-ESSO diambil alih Putera Mahithir guna pintu belakang – Najib PM
52. Kes NFC Shahrizat Lembu 250 juta.- Najib PM
53. Kes mansuhkan hutang Mas Tajudin 589 juta. – Najib PM
54. Kes Mahligai Si Toyol bekas MB Selangor 24 juta – Pak Lah PM
55. Kes ADun Mat Deroz Port Klang Mahligai berjuta. – Pak Lah PM
56. Kes anak 26 tahun menteri wilayah persekutaan Raja Nong Chik dpt kontrak 30juta dari Kementerian Sukan-Najib PM
57.
Kes anak 27 tahun bekas menteri pengajian tinggi Jamaludin Jarjis dpt
kontrak DCA 100 juta lebih membekal brg rosak - Najib PM
58. Kes
pembahagian kuota solar Fotovoltaik kepada anak perempuan bekas Ketua
Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan merupakan tindakan
menyokong amalan monopoli. - Najib PM
59. Kes Hishamudin menipu
kerajaan memeberi kontrak membekal jenerator ke sekolah pendalaman di
Sabah dan Sarawak pada ipar dia pada harga 230 juta pada hal harga
sebenar adalah 35 juta. – Najib PM
60. Monsoon Cup di Terenganu membelanjakan 300 juta tapi tidak mendatangkan manafaat pada rakyat. Pak Lah PM
61. Salahguna duit baitul maal oleh Menteri Di Jabatan PM General ( B) Jamil Khir
62. Penipuan harga dalam pembelian teropong ATM
63. Penipuan harga dalam pembelian mee Maggi untuk ration ATM ( Maggi pun mau tipu jugak)
64. Mengkhianiti Rakyat Selangor bersuhabat dengan Syabas cuba menundukan kuasa dan kehendak Rakyat Selangor dalam isu Air
Masih ada lagi... kalau nak tahu lebih lanjut, anda boleh google sendiri. Ibnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2393891491109888703.post-64504473644760680502013-04-13T12:10:00.001+08:002013-04-13T12:10:16.966+08:00Selamatkan UMNO dengan menewaskannya(Ibnul Munzir)
Duit kerajaan bukan duit UMNO. Itu duit rakyat. Perlu dikembalikan dengan diagihkan kepada rakyat melalui wakil-wakil yang dipilih rakyat, iaitu YB-YB. Tidak kira mereka dari parti mana, mereka adalah wakil rakyat. Wakil parti hanyalah wadah untuk mereka bertanding saja. Bila mereka menang melalui lambang parti itu, selepas menang mereka bukan lagi wakil parti itu, tetapi wakil kepada rakyat seluruhnya. Justeru menjadi kewajipan kepada kerajaan melakukan pembangunan melalui wakil-wakil DUN atau Parlimen yang dimenangi oleh YB-YB tersebut. Mereka yang memerintah hanyalah memikul amanah kerana mereka yang menang dalam pilihanraya yang diadakan.
Tetapi UMNO tidak begitu.... UMNO akan terus mewakili UMNO sebelum atau sesudah pilihanraya. Mereka hanya menggunakan nama sebagai wakil rakyat, tetapi tindak-tanduk sebenarnya mereka adalah wakil UMNO, bukan wakil rakyat. Di mana-mana, di seluruh Malaysia, begitulah kefahaman mereka. Bukan mereka tidak faham, tetapi mereka zalim dan rakus, penuh hasad dengki dan dendam. Itulah kezaliman UMNO sebagai pemerintah. Itulah juga yang ditanam ke dalam minda masyarakat Malaysia. Malangnya hanya Melayu saja yang masih belum keluar dari kepompong dan penjara minda yang diajar oleh UMNO.
Justeru untuk menjadikan Malaysia bebas dan adil dan untuk memajukannya, UMNO-BN perlu ditewaskan dalam PRU ini. InsyaAllah dengan kekalahan UMNO-BN, rakyat Malaysia mendapat pemerintah dari PR yang mengajar cara memerintah yang sebenar, yang adil dan dituntut agama, dan rakyat akan memiliki minda yang bebas dan maju. Negara akan menjadi lebih sejahtera dan berkat. Kezaliman yang dimurkai Allah yang selama ini dilakukan UMNO-BN akan ditamatkan.
Jadi, kita boleh menyelamatkan UMNO-BN dan pemimpinnya dari kemurkaan Allah yang lebih besar adalah dengan cara menamatkan riwayat pemerintahannya. Oleh itu, kita perlu mengundi PR dalam PRU ini. Inilah peluang tebaik...
Ini kalilah...Ibnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2393891491109888703.post-60679362860584332522013-04-13T11:16:00.001+08:002013-04-13T11:17:41.630+08:00UMNO masih menipu kerana Melayu masih berminda subsidi(Ibnul Munzir)
Kenapa saya kata UMNO menipu hanya dengan banner ini?
Pertama:
Sebab banner itu bukan untuk rakyat. Tetapi adalah untuk UMNO mendapatkan undi. Bila undi dah dapat, maka kalaulah benarpun pembinaan 1000 unit rumah itu dibuat, ia bukan dapat percuma, tetapi rakyat tetap kena beli. Siapa yang untung? Kroni UMNO yang untung. Siapa? Pastinya kroni wakil rakyat mereka.
Kedua:
UMNO menipu dengan banner itu kerana kerana selama ini dia tidak ikhlas membela rakyat. Kenapa tidak ikhlas? Bukankah Terengganu ini negeri yang diperintah oleh UMNO-BN? Kenapa pembangunan untuk kepentingan rakyat tidak dibina di kawasan yang wakil rakyatnya ADUN dari parti PAS? Apakah rakyat Wakaf Mempelam bukan rakyat Terengganu? Apakah dengan mengundi PAS itu satu kesalahan? Jika mengundi PAS itu suatu yang salah, kenapa buat pilihanraya? Apa perlunya demokrasi?
Hari ini rakyat memilih PAS kerana yakin dengan PAS yang memperjuangkan hak rakyat. Rakyat tolak UMNO kerana tidak yakin dengan parti itu yang menipu, zalim, tidak telus, rasuah dan pelbagai lagi... namun kadangkala Melayu di pedalaman yang masih dihimpit kemiskinan itu masih mengharapkan subsidi dari kerajaan masih termakan umpan seumpama itu.
Dengan iklan pilihanraya seperti ini, UMNO mendedahkan dirinya bahawa parti itu sememangnya mahu mendapatkan kuasa dari bangsaku yang masih berminda subsidi. Sedangkan apa yang bangsaku Melayu perlu tahu ialah betapa zalimnya UMNO sehingga keluarnya sepanduk seperti itu... Apa yang zalimnya? Zalimnya kerana UMNO tidak memberikan duit kerajaan secara adil untuk pembangunan di negeri yang perintahnya sendiri kepada semua wakil rakyat. Sedangkan semua ADUN itu adalah pilihan rakyat. Bila sudah habis pilihanraya, perintahlah dengan adil. Keputusan telah diperolehi, amanah telah diberikan oleh rakyat, berikanlah hak kepada wakil-wakil rakyat agar mereka dapat menunaikan kewajipan kepada rakyat.
Tetapi UMNO tidak faham semua itu. Mereka juga mahu menjadikan kefahaman rakyat seperti mereka. Mereka menganggap bila menang kerajaan, ertinya wang dan khazanah kerajaan adalah miliknya, bukan milik rakyat. Sebab itu mereka mentadbir sesuka hati... Tidak mengikut peraturan dan amanah agama.
Sebab itu semakin lama UMNO memerintah, harga barang semakin naik, rakyat semakin susah... sedangkan Malaysia adalah negara yang kaya tetapi hanya pemimpin UMNO-BN dan sebahagian kroni saja yang hidup dalam 'kepuk emas'...
Ayuh bangsaku Melayu.... kezaliman UMNO perlu ditamatkan. Bebaskan minda anda demi... Undilah PAS dan PR...
Ini Kalilah...
Ibnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2393891491109888703.post-3542397167999750772013-04-11T07:29:00.001+08:002013-04-11T07:32:36.736+08:00Janji Manifesto: Siapa yang yang membela rakyat?(Ibnul Munzir)
Antara dua manifesto ini, mana satu yang anda pilih? Manifesto mana yang lebih jelas dan tidak berbelit dan bermain kata-kata?
Mereka yang membela rakyat, sudah tentu ikhlas dan tidak takut untuk memberi janji dengan jelas. Contoh di sini, manifesto PR, dalam tempoh 5 tahun, sukai eksais akan terhapus. Target jualan kereta serendah RM25,000 sebuah.
Apa pula janji BN? Tiada yang dapat difahami. Menyemak semula itu bila akan dilakukan? 100 tahun lagi? Apa yang nak disemak? Cukai eksais ke? Cukai jualan ke? Afta ke? Kononnya dulu bila Afta dihapuskan, harga kereta import akan turun. Rakyat menunggu bagaikan menanti durian yang tak gugur. Sanggup menangguhkan belian kereta kerana nak merasa kereta impot. Tapi bila Afta dihapuskan, apa sudah jadi? Kerajaan BN telah menaikkan cukai eksais dan cukai jualan sehingga kereta impot tak pernah turun harga. Janji apa itu? Ya... janji juga. Tapi apa yang dijanji? Menghapuskan Afta. Apakah sudah dihapuskan? Ya sudah. Apakah harga kereta impot turun? Tidak. Sebab apa tak turun, sebab tidak janji menurunkan harga kereta. Inilah contoh permainan kata-kata. Sebab apa BN buat macam ni? Sebab mereka sebenarnya tidak ikhlas menolong rakyat. Mereka hanya menabur janji. Bagi rakyat yang cerdik, mereka akan ingat ini. Ingat juga penipuan-penipuan dan kezaliman yang lain...
Ini kalilah.... ayuh saudara-saudaraku, telah lebih 50 tahun kita ditipu. Bertukar pemimpin BN semakin teruk kita ditipu. Memberi mandat kepada BN, seolah-olah mengizinkan mereka untuk mengaut khazanah negara secara kolar putih bagi kroni-kroni mereka. Kita sama-sama berkempen, tetapi apabila saudara mendengar, membaca, melihat kempen BN, lihat saja. Jangan masukkan ke dalam hati. Itu hanyalah gula-gula untuk terus menipu lagi.... Takkanlah kalian sanggup tertipu lagi?
Undilah PR, selamatkan Malaysia.
Macam-macam ayat dan slogan yang digunakan oleh parti-parti politik untuk menarik sokongan rakyat.
Antara yang menarik perhatian saya pagi ini ialah sebagaimana poster di sebelah yang digunakan oleh BN.
Saya bertanya kepada diri saya, apa yang BN dah lakukan untuk membela rakyat? Mungkin membina jalanraya? Semua negara di dunia ini membina jalanraya. Malah parti komunis China lagi hebat jalanraya yang dibina mereka berbanding Malaysia. Membina bangunan? Semua negara di dunia ini ada membina bangunan. Malah bangunan yang lebih hebat lagi dibina oleh mereka.
Barangkali membina sekolah, masjid, universiti, dan segala bentuk yang bersifat fizikal itu sudah dikira hebat dan cukup untuk dikatakan sebagai membela rakyat? Mungkinkah kita lupa bahawa sejak lebih 50 tahun BN memerintah Malaysia, negara ini semakin mundur dibandingkan negara-negara lain yang hasil buminya lebih sedikit di Asia Tenggara? Mungkinkah kita lupa bahawa kos anak-anak ke universiti begitu tinggi sehingga ramai rakyat yang masih tidak mampu menghantar anak-anak mereka ke menara gading kerana kos yang tinggi itu? Kalau dibandingkan dengan negara Mesir yang pendapatannya sangat sederhana, lebih bergantung kepada industri pelancongan, tetapi mampu memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya, malah kepada rakyat negara luar. Sedangkan Malaysia yang begitu kaya, tetapi perbelanjaan rakyat sendiri untuk belajar di universiti tempatan sehingga menjangkau beratus-ratus ribu!
Mungkinkah rakyat lupa akan kos perubatan yang begitu tinggi terpaksa ditanggung oleh rakyat terutama dalam kes-kes pembedahan seperti tulang, jantung, kanser dan lain-lain. Suratkhabar terpaksa mengiklankan perbelanjaan untuk satu-satu kes untuk mendapatkan derma orang ramai sedangkan semua itu boleh ditanggung oleh kerajaan.
Kini kita masih lagi merasai bebanan akibat kenaikan harga petrol yang melambung seolah-olah kita pengimpot bahan bakar itu sedangkan Malaysia adalah pengekspotnya. Barang-barang melambung naik akibat daripadanya. Kemudian rakyat Malaysia ditekan lagi dengan kenaikan harga elektrik. Akibatnya semua harga barangan menjadi tinggi. Samada barang mentah ataupun barang yang siap diproses. Kiri kanan depan belakang rakyat yang sudah sedia susah ini dihimpit dengan kenaikan harga barang.
Apakah peranan pemimpin kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO-BN? Apabila ditanya oleh wartawan, dengan nada sinis mereka menjawab, kalau nak jimat, naik basikal saja. Tidak perlu guna petrol. Inikah sifat pembela rakyat? Mereka mampu mengambil tindakan untuk menurunkan semuanya... ya! semuanya, tetapi mereka memilih untuk membiarkan rakyat sengsara kerana hasil daripada barangan yang mencanak tinggi ini adalah cukai yang tinggi juga yang akhirnya menjadi milik mereka dan para kroni.
Ingatkah bagaimana mereka menyekat wang royalti minyak ke negeri Terengganu sejak tahun 2001 ketika Terengganu diperintah oleh Pakatan Rakyat? Sedangkan duit itu selama-lamanya sejak digali pada tahun 1979 dahulu adalah milik kerajaan untuk pembangunan negeri Terengganu.
Kemudian hari ini rakyat dikejutkan lagi dengan sekatan duit royalti minyak ke negeri Kelantan. Manakala pendaratan minyak pula sanggup dilencongkan ke Thailand berbanding menghantar minyak ke Kelantan yang jaraknya jauh lebih dekat. Ini semata-mata untuk mengelakkan duit dari sampai ke tangan negeri Kelantan yang berbeza ideologi politik dengan mereka. Sedangkan kerajaan Kelantan yang selama lebih 20 tahun memerintah tidak pernah didapati rasuah.
Apakah ini boleh dianggap sebagai pembela rakyat? Kezaliman yang tidak boleh dimaafkan oleh jutaan rakyat Malaysia. Semuanya menanggung beban. Tidak kira mereka UMNO dan BN atau mereka PAS dan PR atau mereka tidak berparti dan rakyat marhaen.
Siapakah yang selama ini turun naik bertungkus lumus untuk membela rakyat yang mahu dikenakan saman AES? Siapakah yang selama ini berdemonstrasi bagi menuntut pengembalian duit royalti? Mereka adalah para pemimpin PAS dan PR. Sedangkan Terengganu adalah dikuasai oleh BN ketika ini. Tetapi kerana rasa prihatin, maka tuntutan dan demonstrasi tetap diteruskan...
Kalaulah bangsaku tidak melihat lagi bukti jelas siapakah pembela sebenar rakyat ini, maka sekali lagi malanglah negara yang berakyatkan bangsaku yang tidak sedar-sedar lagi...
Ayuh... ini kalilah... mari selamatkan Malaysia. Undilah PR!Ibnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2393891491109888703.post-45821583205410965712013-04-08T12:18:00.002+08:002013-04-08T12:30:44.686+08:00Tasawur Islam itu menjelaskan wajibnya berpolitik(Ibnul Munzir)
Banyak maklumat yang disebarkan bahawa politik itu kotor. Pilihanraya hanya mengikut barat, justeru tidak sesuai untuk negara Islam. Islam cukup dengan beramal yang dipanggil amal Islami iaitu solat berjemaah, puasa, zakat, dan pergi haji ke mekah. Cukup untuk memakmurkan negara.
Agak malang apabila yang menyebarkan fahaman ini bukan sebarangan kumpulan. Ada di kalangan mereka itu terdiri daripada orang yang terpelajar. Ada yang hafiz Al-Quran, ada yang profesional dari sudut kelulusannya. Malah mereka juga mendakwa dari kumpulan Islam. Orang yang tidak memahami tasawur Islam itu ramai yang terpengaruh dan akhirnya mengelakkan diri dari terlibat dengan politik, menjadi pemerhati dalam proses pilihanraya dan tidak mahu mengundi kerana dibimbangi jatuh ke dalam dosa... satu sifat yang kononnya cukup soleh dan berhati-hati.
Betulkah demikian?
Persoalan yang mudah untuk ditanyakan.... kita semua tahu siapa itu Rasulullah SAW. Baginda bukan saja sebagai Nabi dan Rasul, baginda juga menjadi contoh tauladan yang jelas di dalam semua bidang. Baginda adalah ketua negara, baginda adalah ketua turus angkatan tentera yang masuk ke medan perang mendedahkan dirinya kepada terbunuh. Baginda adalah pakar ekonomi yang membina dan memajukan negara, guru yang mursyid, ketua keluarga, ayah dan suami yang penyayang. Kalaulah Islam itu tidak ada kena mengena dengan semua itu, mengapa Rasulullah SAW bersusah payah menjadikan diri baginda contoh?
Inilah masalahnya apabila sudut-sudut siasah dan muamalat ini tidak dilihat sebagai kesyumulan Islam yang dibawa oleh baginda. Kenapa menuduh politik itu kotor sedangkan baginda ketua negara? Bolehkah negara itu diperintah tanpa melibatkan diri dalam politik? Begitu juga sudut-sudut Islam dalam kehidupan yang lain. Semuanya telah ditunjuki oleh baginda Rasulullah SAW sehingga Islam itu kelihatan indah. Islam itu lengkap dan sempurna.
Apabila kita hanya mengambil sebahagian sahaja ajaran Islam, bolehkah umat Islam menjadi umat yang kuat? Apabila kita membiarkan saja pemerintahan berada di tangan puak sekular dan nasionalis, bolehkan Islam menjadi kerajaan? Bila Islam tidak menjadi kerajaan, bolehkah keindahan Islam itu dilaksanakan?
Agaknya mereka mengatakan bahawa politik ini kotor sebab orang politik ini banyak mengata, menuduh, bergaduh, tidak bersatu padu dan sudah tentu ini bukan akhlak Islam dan akan melemahkan Islam. Ya, semua itu memang akan melemahkan. Tetapi apakah sebabnya mereka berselisih pendapat? Satu parti mahu menegakkan Islam dalam pemerintahan dan satu parti lagi mahu menegakkan sistem nasionalis-sekularis. Sememangnya mereka tidak mungkin akan bersatu. Jadi apa penyelesaiannya? Penyelesaiannya sudah tentulah menjatuhkan nasionalis-sekularis itu melalui saluran politik. Kalau dalam zaman Rasulullah SAW, penyelesaiannya ialah dengan peperangan. Sebab itu Rasulullah SAW berperang. Berperang demi menegakkan Islam. Bukankah berperang itu buruk? Lebih buruk dari sekadar mengata dan menuduh. Malah membunuh sebahagian yang lain. Apakah kita mahu mengatakan bahawa Rasulullah SAW itu salah? Cara Rasulullah SAW itu akan melemahkan Islam?
Apabila ada cara yang lebih aman dari berperang, sudah tentu kita pilih yang aman. Sebab itu kita masuk ke dalam pilihanraya. Di zaman Rasulullah SAW yang diikuti oleh para sahabat dan keseluruhan generasi Islam yang agung, berperang ialah pilihan yang terakhir. Pemimpin negara yang zalim terhadap rakyatnya akan diberi tiga pilihan. Menganut Islam, membayar jizyah (ertinya tunduk kepada pemerintahan Islam) atau berperang. Justeru pada hari ini sudah tentulah cara yang aman kita guna selagi cara itu dilaksanakan. Kalau dengan cara inipun kita masih tidak mahu menyertakan diri, maka dibimbangi kita akan serupa dengan Abdullah bin Ubai yang menarik diri dari peperangan.
Ibnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2393891491109888703.post-19188376588233639792013-04-08T11:19:00.003+08:002013-04-08T11:25:40.597+08:00Kisah Umar b. Abdul Aziz belum cukup memberi pengajaran(Ibnul Munzir)
Satu perkara yang menyedihkan, yang tidak disedari oleh bangsaku Melayu ialah tidak dapat membezakan antara parti dan kerajaan.
Parlimen Malaysia penggal ke-12 sudah dibubarkan, ini bererti tiada kerajaan yang memerintah melainkan kerajaan sementara. Tiada PM, tiada TPM, tiada menteri dan exco, dan semuanya telah terhenti dengan sendiri. Malah bayaran gaji dan elaun juga sudah dihentikan mulai tarikh itu.
Tetapi malang, meskipun sudah tiada berjawatan, tetapi masih lagi dianggap PM dan masih lagi menggunakan jentera kerajaan. Antaranya ialah media kerajaan dan TV.
Baru sebentar tadi penyalahgunaan harta kerajaan dilakukan lagi yang boleh dianggap satu ketidakadilan yang jelas. Pembentangan manifesto menggunakan saluran media kerajaan iaitu TV1 dan TV2. Malah seluruh saluran swasta juga diarah untuk menyiarkannya. Persoalannya, kenapa hanya manifesto BN sahaja yang boleh masuk TV? Kenapa manifesto Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh menggunakan saluran yang sama? Apakah media itu milik BN? Tidak? Tapi kenapa hanya BN sahaja yang dibenarkan menggunakannya?
Kalau bukan milik BN milik siapa? Ia milik kerajaan. Kalau milik kerajaan semua rakyat dan parti seharusnya boleh menggunakannya kerana semua rakyat adalah pembayar cukai....
Jawabnya kerana ketidakadilan (baca kezaliman) ini tidak dinilai oleh bangsaku Melayu sebagai zalim. Bangsaku masih tidak berupaya membezakan antara kerajaan dan perti politik. Mengapa aku menuduh demikian berat kepada bangsaku? Kerana hanya bangsaku sahaja yang menyokong PM yang berpartikan UMNO itu. Sedangkan bangsa-bangsa lain sudah sedar akan kezaliman ini. Tahniah kepada bangsaku yang sudah sedar dan memilih PR.
Inilah kelemahan yang sangat ketara. Kerana inilah BN begitu rakus menggunakan kemudahan kerajaan untuk berkempen. Menggunakan sekolah, menggunakan balairaya, menggunakan bangunan-bangunan kerajaan dan sebagainya. Tiada dosa pahala, tiada undang-undang bagi mereka... Malangnya sokongan Melayu masih begitu padu. Mereka nampak semua itu harta milik UMNO. Mereka tidak merasa bersalah menggunakan harta awam untuk kepentingan parti.
Kisah Khalifah Umar b. Abdul Aziz yang mematikan lampu di pejabatnya ketika dikunjungi oleh anaknya kerana ia adalah urusan peribadi, ternyata belum dapat menjadi iktibar dan pengajaran kepada kaumku Melayu ini...
Ibnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2393891491109888703.post-45165127056050317942013-04-06T22:07:00.000+08:002013-04-06T22:08:02.348+08:00Bersyukur bukan bermaksud redha(Ibnul Munzir)
Saat ini, antara kempen pilihanraya yang dibuat secara halus dan secara tidak langsung yang diamalkan oleh TV dan media parti pemerintah UMNO-BN atas nama media kerajaan ialah meminta rakyat bersyukur atas nikmat sebagai rakyat Malaysia yang aman dan makmur. Lantas membandingkan antara dulu dan sekarang di mana sekarang senang dahulu susah. Membandingkan dengan negara bergolak seperti syria, afghanistan, palestin, myanmar dan lain-lain di mana Malaysia tiada peperangan dan kononnya aman.... juga negara-negara miskin seperti negara-negara afrika dan sebagainya.
Tujuannya jelas, agar rakyat terus memberi mandat kepada UMNO-BN dalam PRU-13 nanti.
Persoalan pertama:
Mengapa membandingkan dengan negara bergolak? Apa persamaan Malaysia untuk membandingkannya dengan negara-negara itu? Kalau nak banding, sepatutnya banding dengan negara yang sama-sama aman dan paling hampir. Mari bandingkan dengan Singapura dan Brunei.
Singapura, sebuah negara kecil, yang lebih kecil dari Melaka. Mempunyai sumber ekonomi hanya melalui hasil perdagangan impot eksport sahaja mampu menjadi negara antara yang terkaya di dunia berdasarkan KDNK per kapita iaitu pada kedudukan tangga ke-3 di dunia.
Brunei juga sebuah negara kecil di celah-celah negeri Sabah dan Sarawak yang begitu besar, juga tidak mempunyai sumber ekonomi selain petroleum, tetapi telah menjadi negara terkaya di dunia iaitu pada tangga ke-5 berdasarkan KDNK per kapitanya. Sedangkan simpanan minyak di perut buminya tidak lebih banyak berbanding Sarawak.
Sedangkan Malaysia, mempunyai pendapatan sumber asli seperti petroleum dan gas serta buminya yang subur dengan hasil pertanian yang banyak seperti kelapa sawit, getah, kayu balak dan sebaginya tetapi hanya menduduki tangga ke 65 di dunia (sumber - Tabung Kewangan Antarabangsa 2010) jauhnya 'darjat' antara Malaysia dan Singapura mahupun Brunei Darussalam.
Apakah ini menunjukkan yang dikatakan UMNO-BN membela rakyat dan pandai memerintah? Negara yang begini kaya tetapi rakyatnya miskin?
Lihat pula pada sejarah Korea Selatan. Pada awal tahun 60-an dahulu ia merupakan negara termiskin di Asia sedangkan Malaysia ketika itu antara negara terkaya iaitu pada kedudukan ke-2 selepas Jepun. Tetapi malangnya, selepas lebih 50 tahun merdeka, kini negara Korea Selatan jauh mendahului Malaysia iaitu pada kedudukan ke-33. Apa yang terjadi? Malaysia melimpah dengan sumber kekayaan, tetapi semakin lama UMNO-BN memerintah, semakin jatuh kedudukan ekonominya. Apakah sebab hasil mahsul Malaysia semakin kurang? Tidak! Justeru itu jelaslah sudah bahawa puncanya adalah kerana UMNO-BN yang gagal mentadbir negara ini.
Persoalan kedua:
Apakah dengan memberi sebahagian hasil negara kepada rakyat atas nama pembangunan, kemudiannya mengambil sebahagian yang lain dengan cara yang tidak amanah untuk diri sendiri dan sebahagian lagi diagih-agihkan kepada pemimpin dan kroni-kroni parti atas nama pelbagai projek mega yang tidak menasabah sehingga mereka menjadi antara pemimpin terkaya di dunia (dengan harta berbilion ringgit) rakyat boleh meredhakan begitu sahaja?
Inilah antara punca mengapa Malaysia yang kaya tetapi rakyatnya miskin. Kekayaan negara tidak diagih secara adil kerana pemerintah juga bersaing untuk mengaut kekayaan tersebut secara 'kolar putih'. Golongan pemerintah UMNO-BN dan kroni-kroninya kaya-raya. Selama lebih 50 tahun memerintah, anda bayangkan sendiri bagaimana mereka mengumpul harta kekayaan.
Barangkali jika negara ini diperintah oleh para pemimpin yang jujur dan amanah, tidak memakan rasuah, adil dan saksama, keadaan hidup rakyat Malaysia lebih baik dari rakyat Qatar pada hari ini. Tetapi malangnya kerana sifat keji pemakan rasuah itu dijadikan pakaian para pemerintah UMNO-BN, ia menyebabkan pemimpin kaya tetapi rakyat dilanda kemiskinan. Jurang kekayaan antara pemimpin dan pengikut terlalu besar. Kepimpinan yang sepatutnya adalah amanah Allah untuk memakmurkan negara dan mengagihkan kekayaan secara adil tidak berlaku tetapi ia dijadikan alat untuk mengaut kekayaan yang melampau.
Tanda kita bersyukur antaranya ialah patuh akan perintah Allah dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Oleh itu, apabila kita mengetahui akan kepincangan, kelemahan, kezaliman, ketidakadilan dan lain-lain yang dilakukan oleh pemerintah, maka wajib kita sebagai rakyat untuk menukarnya kepada yang lebih baik. Inilah bukti dan tanda kesyukuran kita kepada-Nya atas nikmat yang diberikan.
Dalam sebuah negara demokrasi, kita lebih mudah menggunakan kuasa yang ada pada kita untuk menukar kerajaan dengan cara mengundi. Oleh itu, ayuhlah saudaraku kita bersama melakukan amar makruf dengan memberikan undi kepada penegak keadilan, dan melaksanakan nahi mungkar dengan tidak memberikan undi kepada parti yang telah terbukti gagal memerintah dan penuh rasuah.
Bersyukur itu adalah dituntut. Tetapi bukan bererti redha.Ibnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2393891491109888703.post-73703047551657954852013-04-04T17:26:00.000+08:002013-04-06T22:13:24.064+08:00Melayu Perlu Dibebaskan Mindanya(Ibnul Munzir)
Dalam banyak tulisan saya, saya selalu fokuskan kepada bangsa Melayu terutama dalam hal politik. Ini kerana bangsaku ini sangat terkebelakang dalam hal ini berbanding bangsa-bangsa lain. Apatah lagi mereka yang berada di kampung-kampung dan kawasan pedalaman yang dihimpit kemiskinan. Apakah tidak sampai maklumat kerana mereka kurang membaca? Entahlah... tetapi yang nyata golongan ini sangat sukar menerima perubahan.
Zaman ini segala maklumat boleh dapat di hujung jari. Internet juga telah sampai ke kampung-kampung. Maklumat mampu diperoleh dengan sangat pantas. Tetapi apakah faktor yang menyebabkan mereka cukup teguh pendirian untuk terus menyokong UMNO dan Barisan Nasional?
Dahulu saya adalah orang 'darat' yang berada di sekeliling sanak-saudara yang ber'mazhab'kan UMNO. Sememangnya dari dulu UMNO menggunakan segala harta kerajaan tetapi dilabelkan sebagai harta mereka. UMNO menjadi seperti badan kebajikan masyarakat dengan menggunakan duit kerajaan. Balairaya seperti markaz mereka. Mereka yang tidak bersama UMNO seolah-olah telah menyisihkan diri dengan masyarakat. Zikir yang terus diulang-ulang ialah "hanya UMNO-BN boleh memerintah". Menentang UMNO seperti menentang kerajaan dan dianggap pembelot dan derhaka!
Meskipun kemudahan asas di kampungku itu sangat dhaif, jalanraya pula, baru dalam 10 tahun ini diturap dengan permix, kami terus menjadi aset UMNO bila tiba pilihanraya. Selama ni, setiap 4-5 tahun sekali bila nak tiba pilihanraya, mereka akan buat sikit-sikit jalan batu (tanah merah). Sampai pada ketika itu saya yang masih kecil sudah pandai merungut kenapa bila nak pilihanraya saja pembinaan jalan dibuat. Dahlah begitu, tidak disiapkan. Kena tunggu nak pilihanraya akan datang.
Kebodohan masyarakat Melayu dalam politik sebenarnya kerana mereka ber'kiblat'kan TV dan akhbar perdana. Apabila digabungkan dengan kemiskinan, ianya menjadi suatu agenda yang sempurna untuk memenjarakan minda masyarakat Melayu ini. Ini sebenarnya adalah perancangan yang disengajakan. Apabila masyarakat menadah TV setiap hari, maka mereka akan menjadi subjek kepada ilusi minda yang dicetuskan oleh pemilik media itu untuk mempercayai apa yang diprogramkan kepada mereka.Kalau mereka ingin menyatakan bahawa kerajaan UMNO-BN ini sangat perihatin kepada masyarakat, maka akan ditonjolkan program itu di TV setiap hari. Maka mereka terus dibuai dengan apa yang diprogramkan itu dan menganggap kerajaan UMNO-BN sangat berjasa membela rakyat dan membantu mereka yang susah, walaupun rumah mereka sendiri nak roboh, rumah jiran-jiran mereka nak roboh, kemudahan asas tak dapat, barang naik, pendidikan anak-anak tinggi, kos kesihatan yang tak mampu ditanggung.... Mengapa terjadi demikian? Kerana mereka menganggap bahawa mereka sudah cukup bertuah berada di bumi Malaysia yang diperintah oleh UMNO-BN yang TV kata cukup perihatin dalam membantu rakyat. Kasihan... dijadikan katak yang di letak di bawah tempurung dan terus menjadi alat kepada UMNO-BN yang terus melahap khazanah negara.
Suatu ketika saya berasa hairan, mengapa masyarakat bandar sanggup menjadi penderhaka kerana menentang kerajaan? Kawasan-kawasan bandar BN akan tewas kepada DAP, parti yang dimomokkan sebagai adik-beradik komunis. Apakah mereka tidak setia dan berpaling tadah apabila sudah maju? Maka dengan sendiri, masyarakat kampung seperti saya ini takut untuk menjadi maju kerana akhirnya akan menjadi penentang kerajaan.
Apabila saya memasuki asrama barulah saya faham sedikit demi sedikit sebenarnya apa yang berlaku di negara ini. Ilmu akan membebaskan manusia dari menjadi 'hamba' kepada sesama makhluk. Selama ini masyarakat kampungku terpenjara kerana ilmu. Kemiskinan akan menyebabkan 'tok guru' mereka setiap hari adalah TV. Apabila rakyat menjadi cerdik, maka mereka tidak lagi mudah terpengaruh dengan dakyah dan propaganda. Hanya kebenaran yang akan menarik mereka. Inilah puncanya mengapa UMNO terus berkuasa di kampung-kampung...memenjarakan mereka di alam kemiskinan, dan menjadikan mereka umpama haiwan ternakan yang akan menjadi aset penting pilihanraya. Sebab itu, Malaysia, meskipun antara negara terkaya di dunia tetapi mempunyai rakyat termiskin juga antara teramai di dunia.
Ilmu itu membebaskan minda. Minda yang bebas menjadikan taraf manusia itu tinggi. Selain itu, manusia yang berilmu adalah aset yang berguna kepada negara. Merekalah yang akan membangun negara dan memajukannya. Kalau manusia itu berilmu, mereka tidak akan membiarkan kekayaan negara dibolot oleh segelintir manusia yang digelar pemimpin UMNO-BN. Kalau rakyat Malaysia cerdik, pastinya mereka tahu bahawa antara kerajaan Malaysia dan parti UMNO-BN adalah dua entiti berbeza. Justeru duit UMNO dan duit kerajaan juga adalah berbeza. Tetapi kerana kebebasan minda itu masih belum berlaku sepenuhnya, maka UMNO masih menggunakan kaedah kuno bagi mempengaruhi Melayu agar terus mengundi parti usang itu agar dapat terus merompak wang negara atas nama kerajaan.
Jadi, kebebasan media adalah sangat kritikal untuk dilaksanakan. Ia akan meninggikan tahap ilmu masyarakat seterusnya membebaskan rakyat dari cengkaman kezaliman. Ia akan memungkinkan rakyat Malaysia menjadi rakyat yang dihormati di mata dunia. Inilah satu-satunya jalan singkat bagi menjadikan Malaysia Baru selepas PRU-13 nanti. Ayuh bangsaku... kalian adalah aset kepada Malaysia Baru yang aman dan maju...Ibnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2393891491109888703.post-28090687300764150072013-03-16T12:15:00.000+08:002013-03-16T12:16:40.565+08:00Mengundi Dalam Islam - Satu Baiah Yang Wajib
(Muhammad Nuruddin Bashah)
Pendahuluan.
Menjelang pilihanraya, kedengaran terlalu banyak suara-suara yang mulai muncul setiap 5 tahun iaitu berkenaan hukum mengundi. Lebih malang sekali apabila ada segelintir pendakwah yang menjual beberapa ayat Al Quran yang menyatakan bahawa HARAM melantik golongan bukan Islam sebagai pemimpin dalam dewan Rakyat mahpun Dewan Undangan Negeri atas beberapa nas yang sahih kata mereka.
Kehebatan dan kejayaan agenda sekularis barat ialah mereka melatih dan mendidik segelintir masyarakat yang rakus berpolitik, berpaksikan asobiyyah dan nepotisme, mereka meratah hasil kekayaan di muka bumi tanahair yang dikongsi juga oleh masyarakat lain. Mereka bebas berpolitik dan rakyat menjadi seumpama `redha' dan hanya menerima kerosakan yang ada lantaran menyatakan ianya bukan urusan rakyat jelata.
Kelompok kedua yang dilatih oleh barat di bumi tinggalan penjajahan mereka ialah golongan ulama' yang tegar dengan normatif dalil Al Quran dan Hadis dan hanya mentafsir dalildalil ini hanya dalam ruang lingkup ilmiah dan hanya bernilai persejarahan semata-mata. Mereka berdakwah kononnya negara ini bukan negara diperintah ala khulafa' al rasyidin, maka jika diiltizami sistem pilihanraya dan sistem demokrasi kenegaraan, ianya bukan urusan agama. Inilah ulama' `sekular' yang alim lagi berdedikasi mendidik masyarakat yang bebal dengan `hak' mereka sendiri. Golongan jabariyyah akhirnya muncul apabila mereka berkata;
"Kalau setakat aku tak mengundi, apalah sangat yang akan mengubah keadaan politik? Bukan boleh buat masyarakat muslim pun kalau hanya dnegan mengundi dan hanya dengan wujud satu undi sahaja. Lebih baik, aku berdakwah, berbengkel dan berseminar sahaja kerana ia baru `turun ke akar umbi'. "
"Aku tak beriman dengan sistem demokrasi, jadi aku tak akan mengundi. Apa jadi pun, golongan mana memerintah sekalipun, itu bukan urusan aku, zaman sekarang memang zaman kerosakan umat. Cukup aku menjaga iman aku dan anak isteri semata-mata."
Ini hanya sekelumit hujah-hujah jabariyyah akhir zaman yang juga wujud di bumi Malaysia bermentaliti kelas pertama ini. Cukup dangkal dan menyedihkan.
Bolehkah kita mencalonkan diri untuk pilihanraya?
Dalam sebuah hadis sahih, Rasulullah bersabda;
"Sesungguhnya kami tidak melantik bagi menangani urusan ini sesiapa yang memintanya ataupun berusaha memperolehinya" .
Prof Al Qaradhawi pernah memberi komentar berhubung masalah pencalonan wakil rakyat. Beliau berpendapat ianya bukan bermakna kita gilakan jawatan tertentu, sebaliknya wakil rakyat adalah hanya sebagai perwakilan daerahnya yang mana mereka berhak menjadi `check and balance' kepada pemerintah (Al Imarah). Mereka berhak menasihati gabenor atau menteri sekiranya berlaku kezaliman dan pemborosan. Mereka bukan termasuk dalam maksud hadis ini kerana mereka bukan meminta dicalonkan menjadi menteri. Sistem wakil rakyat adalah sistem
al a'fw yang dimaafkan dan bukannya disabitkan dengan sistem Al Imarah secara langsung. Mereka bertindak sebagai wakil suara rakyat. Jadi jelas memohon dan mencalon diri untuk pilihanraya adalah syari'y.
Hukum mengundi calon bukan Islam yang membantu golongan Islam atas dasar kebajikan.
Firman Allah yang bermaksud:
"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali* dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali kerana (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. dan Hanya kepada Allah kembali (mu)." ( ali Imran: 28)
* Wali jamaknya auliyaa: berarti teman yang akrab, juga berarti
pemimpin, pelindung atau penolong.
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali * dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?" ( An Nisa': 144)
* wali jamaknya auliyaa: bererti teman yang akrab, juga bererti
pelindung atau penolong.
"Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih,
(yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka Sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah." ( An Nisa' : 138-139)
"Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya."( Al Mujadalah: 22)
Perkataan 'wali' di dalam ayat-ayat di atas merujuk kepada penolong atau pemimpin yang membantu kita. Secara umumnya umat Islam dilarang memilih golongan bukan Islam yang memusuhi agama Islam. Hal ini kerana, sistem syariah Islam memiliki 5 maqasid (objektif) yang perlu dijagai;
Menjaga agama
Menjaga nyawa
Menjaga akal
Menjaga maruah
Menjaga harta benda.
Jika jelas golongan non-muslim itu menentang legitimasi sistem syariah, maka mereka perlu ditentang dan haram disokong. Berbeza hari ini, terdapat juga golongan sekular yang melabelkan diri mereka sebagai pejuang hak asasi yang juga memusuhi sistem syariah Islam. Walaupun mereka muslim hakikatnya mereka kufur dengan ayat-ayat Allah. Mereka juga haram disokong. Jika ada non-muslim yang sanggup berganding bahu menolong membawa kebajikan, tidak memusuhi sistem Islam, dalam masa yang sama kita menghormati agama mereka, dipersilakan melantik atau menyokong mereka dalam pilihanraya. Islam melarang kita berkasih-kasihan dengan golongan yang menentang sistem Islam. Pada zaman Rasulullah musuh Islam adalah munafiq ( golongan liberal/sekular hari ini) dan golongan Yahudi yang mana mereka adalah non-muslim yang memusuhi Islam. Adakah masyarakat Cina dan India di Malaysia memusuhi Islam seperti yahudi Khuzaah, Khaibar dan lain-lain? Jawapannya tidak.
Apa pendapat imam-imam besar tentang kepekaan masyarakat dengan pemerintahan?
Berkata Imam Ibnu Taimiyah dalam As-Siasah Syari'yyah[1] ,
"Wajib diketahui bahawa wilayah Al Nas (penguasaan politik) adalah antara kewajipan agama yang besar dan tidak mungkin agama dapat ditegakkan kecuali setelah tertegaknya ( penguasaan siasah/politik) ".
"Wajib memilih kepimpinan yang berteraskan agama dan dengan kepimpinannya ia akan hampir kepada Allah, menghampirkan diri kepada Allah dengan kepimpinan ialah taat dan patuh kepadaNYa dan rasul utusanNya manakala yag merosakkan kepimpinan ialah manusia mencari
JAWATAN dan kekayaan dengan kuasa yang berada ditangannya" .
"Politik dan kuasa adalah untuk menghampirkan diri kepada Allah, jika sekiranya kuasa dipisahkan daripada agama atau agama dipisahkan daripada kuasa maka akan rosaklah sistem hidup manusia".
Ibnu Khaldun ( ulama' sirah, antropologi Islam) berkata,
"Adalah menjadi kewajipan bagi Allah untuk menentukan perjalanan politik (siasah) berdasarkan agama di dunia dan di akhirat kerana tujuan hidup manusia bukan di dunia semata-mata" . Beliau juga memberi makna Al Khalifah yang menjadi rujukan ulama' dengan kata ganti "Tuan Syariah" iaitu yang menjaga agama dan mengurus dunia dengannya. Kata ganti ini semakna dengan takrifan Imam Al Mawardi iaitu 'li hirosatud din' ( politik untuk menjaga agama)
Berdasarkan kata-kata sebahagia ulama' diatas, saya dapat mebuat sedikit kesimpulan bahawa POLITIK adalah untuk menjaga agama. POLITIK bukan sekadar kepartian yang diasaskan oleh barat. POLITIK bukan sekadar lambang keris, bulan bintang dan lambang roket. Itu hanya sekelumit daripada metodologi politik. Politik ialah alat untuk SYARIAH dinobatkan. Limpahan idea sekular telah membawa impak negatif kepada konotasi politik sehingga ada segelintir 'ahli amal islami' yang faham Islam dan perjuangan, mengambil sikap ANTI MENGUNDI dengan hujah ianya politik kotor. Inilah salah satu sikap SEKULAR !!!!!! yang bertopengkan gerakan sosial Islam, atau nama-nama Islam yang indah.
Keadilan WAJIB pada semua, politik Islam adalah medium terbaik !!
"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan." ( Al Maidah: 8)
Allah memberi jaminan bahawa Islam adalah agama yang diiktiraf oleh-Nya. Keadilan kepada semua kaum adalah bergantung kepada wujudnya kuasa POLITIK ISLAM. Jika melaksanakan keadilan kepada kaum lain adalah WAJIB, maka berjuang untuk wujudnya politik Islam adalah WAJIB.
Mengundi Itu BAIAH yang WAJIB
Di sini tidak perlu saya huraikan sistem baiah dalam Islam kerana dalam beberapa risalah penulisan dan kertas kerja siasah saya, telah dihuraikan secara panjang lebar berkenaan institusi baiah yang wujud dalam kaedah pilihanraya negara ini. Akan tetapi sedarkah kita perkara al Imarah dan Al Imamah dan pemilihannya adalah tanggungjawab setiap insan yang mengaku syahadah kepada Allah dan RasulNya? Tahukah mereka bahawa betapa resahnya Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar tentang perwarisan kepimpinan Nabi selepas kewafatan baginda walaupun jasad belum dikebumikan lagi? Sedarkah mereka betapa dilemanya Muhajirin dan Ansar memutuskan pengganti Nabi lantaran masing masing takut dengan amanah kepimpinan walaupun tahu akan kewajipan memikir tentangnya?
Imam Mawardi berkata golongan yang tidak ada cakna dan peka dengan urusan al Imamah (kepimpinan sosial) adalah faudha' iaitu jahil dan sesat sesesatnya. Inilah golongan jabariyyah moden yang bertopengkan pakaian ulama' dan pakaian pendakwah yang moderat. Sungguh simplistik dan sekularnya idea sesetengah pihak yang enggan merasai keresahan sahabat ridhwanullah berkenaan apa yang berlaku pada hari ini. Enggan cakna dan peka dengan suasana fasad yang mencengkam negara ini dan berusaha merungkaikannya melalui pelbagai kaedah dan antara kaedah utama ialah melalui usaha politik.
Tahukah anda, walaupun kita meyakini calon pro keadilan dan pro syariah itu tidak akan menang dalam pilihanraya itu, kita tetap memiliki obligasi WAJIB untuk memberi baiah dan janji setia kepada al Imamah bercorak Islam walaupun hanya dengan satu undi yang tidak membawa kemenangan. Sedarkah kita konsep al falah ( kejayaan dalam Islam). Golongan faaiizun (yang menang) di akhirat adakalanya tidak menang di dunia. Mereka kalah dan terseksa di dunia. Dunia adalah penjara bagi mereka ( ad dunya sijnun a'la mu'min). Selemah-lemah iman kita dan keengganan kita kepada sekular, kezaliman dan penindasan adalah melalui baiah/undi yang kita beri. Ianya adalah syahadah kepada iman kita di akhirat.
Memberi baiah kepada politik Islam dan yang bertahaluf dengannya (bekerjasama dengan golongan Islam) adalah wajib dan bukan bererti kita diseru menyertai gerakan dan parti politik itu. Inilah salah konsep dan salah seru dikalangan pendakwah kita juga. Menyuruh berpolitik, diserunya kewajipan menyertai PAS atau KEADILAN. Kepada masyarakat umum, mereka wajib mengundi dan undi perlu diberikan kepada yang anti sekular, anti kezaliman, anti pemborosan dan anti korupsi. Ia bukan seruan untuk mengisi borang parti politik. Inilah hakikat Baiah Islam. Serulah rakan kalian untuk mengundi. Kerana undi itu athar ( tanda) adanya iman anda kepada sistem syariah yang syumul.
Penutup.
Apalah sangat usaha anda balik ke kampung untuk berbaiah berbanding dengan kesusahan anda di akhirat kelak apabila dipersoalkan berkenaan iman kita terhadap kesyumulan sistem Islam. Kita redha dengan kezaliman pemerintah dengan sikap mutaqaidun (berpeluk tubuh) kita. Sistem siasah Islam adalah sebahagian sistem syumulnya Islam. Dalam banyak buku buku Al Qaradhawi, Al Maududi, Mustafa Masyhur dan ramai lagi telah meletakkan bahawa POLITIK ISLAM ( siasah syariyyah) adalah sistem yang berasal dari tauhid uluhiyyah dan mulukiyyah kita kepada Allah. Lantaran itu Syed Qutb memberi amaran kepada individu yang anti siasah Islam sebagai golongan yang ingin mencabar tauhid Hakimiyyah Allah. Jauhkan diri kita dari termasuk di kalangan golongan ini.
[1] Imam Ibnu Taimiyyah, As Siasah Syariyyah Fi Islah Ar Rai' Wal
Ra'iyyah, 1978
Ibnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2393891491109888703.post-36634761742970394322012-09-22T07:00:00.000+08:002012-09-22T07:01:07.361+08:00Betulke UMNO Sayang Nabi?(Dari blog MSO)
Selepas Jumaat tadi telah berlangsung dua tunjuk perasaaan oleh
dua puak atau kumpulan berbeza secara serentak. Sekali pandang tujuan
tunjuk perasaan itu mempunyai tujuan sama untuk melahirkan rasa tidak
puas hati terhadap kedurjanaan rakyat Amerika yang menghina Nabi
Muhammad s.s.w. menerusi sebuah filem yang berjudul "Innocence of Muslims"
Penerbitan film ini mendapat bantahan dan kecaman di kalangan orang
Muslim di seluruh dunia. Sejak minggu lepas lagi sampai ke hari ini
tunjuk perasaan dan bantahan dilakukan dengan pelbagai cara, sehingga
ada yang telah terkorban dalam ledakan amrah isu ini.
Kononnya kedua-dua puak itu juga marah dan kesal atas penghinaan kepada
Nabi Muhamad s.a.w. Satu kumpulan dipelopori Dewan Pemuda Pas yang
diketua sendiri oleh ketuanya Nasharudin Hasan. Mereka menanakam tunjuk
perasaan itu sebagai himpunan "Expresi Hijau Kasih Nabi"
Tunjuk perasaan oleh Pas diadakan di hadapan kedutaan Amerika Syarikat
di jalan Tun Razak. Ia berlangsung sebaik selepas solat Jumaat. Menurut
laporan lebih 5,000 menggabung diri dimana dua pemimpin tertinggi
mereka, Naib Presiden, Sallahuddin Ayub dan Ketua Penerangan Tuan
Ibrahim Tuan Man juga hadir sama.
Sementara tunjuk perasaan satu lagi dipelopori Pemuda Umno. Ia
berlangsung di perkarangan masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ia juga
diketuai sendiri oleh ketuanya yang tidak diberikan kuasa oleh Najib,
Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Menurut laporan 3,000 yang hadir. Bagaimana
pun tidak ada pemimpin tertinggi Umno yang dilaporkan hadir sama.
Ikut sama bergabung dengan Pemuda Umno ialah beberapa Ngo termasuk
Perkasa(m) dan Ngo senama dengan sejenis beras kampit. Sebenarnya jumlah
kehadiran 3,000 itu tidak 'tanggung' berbanding dengan penglibatan
berbagai Ngo dalam himpunan rasa itu. Sepatutnya jumlah kehadiran di
lokasi pemuda Umno itu mencecah 40,000 ataupun 150,000 kerana ia
melibatkan lebih 30 buah Ngo. Ngo itu juga sebelum ini obses
memperjuangkan akidah umat Islam.
Apabila kehadirannya tidak sampai 4,000 ianya sama ramai dengan
pengunjung pasar Chow Kit saja, ini menunjukkan jelas bahawa tunjuk
perasaan itu kuat talun dari laung. Ia juga menjelaskan anggota Ngo
berkenaan yang sesetengahnya mendakwa sampai mempunyai 100,000 ahli
tidak peka dan prihatin terhadap agama dan Nabi mereka. Atau pun dakwaan
itu sebagai dakwaan Lebai Kedaun saja.
Begitu juga melihat kepada lokasi diadakan tunjuk perasaan itu, ternyata
tunjuk perasaan pemuda Pas lebih berani dan relevan berbanding dengan
pemuda Umno. Kenapa pemuda Umno adakan di Kampung Baru? Bukankan tunjuk
perasaan itu untuk dinyatakan kepada Amerika, bukannya penduduk kampung
baru. Atau Khairy sememangnya untuk menarik perhatian penduduk kampung
baru bagi menunjukkan pemuda Umno berani. Kalau hendak dikira pemuda
Umnolah sepatutnya 'rukah' pagar dan 'baling batu' kepada keduataan
Amerika bukannya melakak dari jarak 3 km.
Bukankah pemuda Umno dan juga pemuda Perkasa(m) berani. Sebelum ini
mereka melontar cat merah kepada bas PKR dan juga menyerang orang sedang
memberi tazkirah dalam masjid di Kedah. Apabila hanya menjerit dan
berani menjadi beruk (pinjam istilah Khairy yang menyifatkan penunjuk
perasaan sebagai beruk) di kampung Baru, ternyata pemuda Umno dan Ngo
itu jenis bungkus telor dalam kain pelikat sahaja.
Bagaimana pun saya tidak hadir di kedua-dua lokasi hari ini. Saya rasa
tunjuk perasaan itu tidak banyak memberi keuntungan. Saya setuju dengan
apa ditulis oleh Ngeh Koo Ham dalam twitternya sehingga menimbulkan
kemarahan Pemuda Umno itu dan menyebabkan beliau dilaporkan kepada
polis, tunjuk perasaan itu membuang masa. Nampak sangat tunjuk perasaan
itu bukan bertolak dari nawaitu unntuk membela maruah dan kedudukan Nabi
s.a.w. tetapi lebih untuk menjual suara politik. Kali ini insiden
berkenaan diambil untuk menggoreng rakyat.
Mengapa saya berkata begitu. Kalau baik Pas atau Umno benar-benar concern
kepada apa yang berlaku mereka tidak perlu berada dalam keadaan
terasing. Mereka tidak payah berpisah dan menunjukkan kekuatan
masing-masing. Mereka seharusnya berpadu dan bergabung menjadi satu
gerombolan menghayun langkah ke kedutaan Amerika. Apabila mereka masih
berasingan, dalam soal ini Pemuda Umno... jelas bantahan itu bukan
ikhlas untuk membela maruah Rasulullah tetapi hendak menunjuk gagah,
menjual minyak angin dan menganggu di antara satu sama lain.
Apa yang dilakukan pemuda Umno lebih terserlah akan kemunafikannya.
Kenapa di himpunan untuk membantah rakyat Amerika tetapi diambil
kesempatan mengecam Pas. Seperti mana ucapan Khairy dipetik, beliau
mempersoalkan Pas yang masih terus bergabung dengan Pakatan Rakyat.
Baginya Pas gagal mempenagruhi DAP walaupun dalam perkara asas seperti
itu. Kecerdikan Khairy untuk melaga-lagakan Pas dengan DAP terjeluah di
masjid.
Khairu jenis bercakap tidak menggunakan mulut, dia lupa... yang Umno
juga gagal mempengaruhi rakan-rakan MCA, MIC dan Gerakan untuk sama-sama
berdemon membantah Amerika di atas isu yang dikatakan asas itu. Apakah
Khairy merasakan anggota MIC dan MCA tidak perlu hadir sama? Kalau macam
itu mengapa bersusah payah kalau Pas tidak berjaya menarik DAP agar
sama-sama mengecam Amerika dan filem berkenaan.
Kerana saya tidak pergi maka saya hendak tanya Khairy berapa orang
pemimpin dan ahli MCA, MIC atau komponen lain BN yang hadir. Apakah
beliau mengambil kira kehadiran ahli Parkas(m) itu sudah mewakili
komponen BN? Hohoho..
Kalau hendak diambil kira Pas lebih anggun dari Umno. Katanya Naib
Presiden PKR Tiang Chua ikut sama menunjuk perasaan bersama Pas di depan
Kedutaan Amerika. Molek kalau Khairyu lain kali sebelum bercakap dan
membuat dakwaan pandang kiri dan kanan dulu.
Sebarnya dalam kes ini saya kurang bersetuju dengan kedua-dua pihak
mengadakan tunjuk perasaan itu. Baik dipihak Pas maupun di pihak Umno
serta Ngo terlibat. Malah kalau mereka bergabung pun saya tidak sokong.
Kepada saya tunjuk perasaan tanpa memilih isu sebegitu membuang masa
sahaja. Tunjuk perasaan hari ini lebih kepada 'main-main tunjuk' untuk
tunjuk-tunjuk kejantanan politik saja.
Kenapa saya kata ia membuang masa dan tidak memberi kesan. Siapa yang
hendak dengar bantahan yang dilakukan itu. Amerika tidak akan pedulikan
apa yang dilakukan Pemuda Umno bersama Ngo itu, kerana ia awal-awal lagi
tidak relevan bila mana ruang awam itu digunakan untuk mengkritik Pas.
Begitu juga tunjuk perasaan dan bantahan Pas itu. Amerika tidak pun
mendenagrnya. Apabila Amerika menghantar pengawal pintu pagar, yang juga
(mungkin) warga negara Malaysia, itu menunjukkan negara itu tidak
merasa harian sedikit pun dengan aksi itu. Sebuah negera jahat dan
berstatus tinggi begitu, Amerika tidak akan peduli. Mungkin bagi pegawai
di kedutaan itu melihat '"hoha-hoha" di luar itu sebagai satu keributan
yang tidak tentu hala sahaja.
Kita boleh mengadakan tunjuk perasaan dan membuat bantahan, bukan kepada
pihak yang tidak ada kuasa atau tidak mendengar kuasa kita. Tunjuk
perasaan boleh dilakukan kalau ia berkaitan isu-isu berkepentingan
dengan kita secara bersama dan kuasa mendengar isu itu juga dari negara
kita. Tunjuk perasaan dalam keadaan dan kondisi begini barulah tidak
membuang masa, kerana apa yang kita bangkitkan itu didengar langsung.
Tetapi apa yang kita bantah itu tidak berkepentingan kepada kita secara
bersama, ia tidak ada guna. Benar, isu Nabi itu adalah isu kita sebagai
orang Islam, tetapi ia bukan isu sejagat untuk seluruh rakyat negara
ini. Makanya untuk menghereknya menjadi isu nasional tidak berapa tepat
dan kurang berimpak tinggi.
Sebab itu isu-isu sebegitu akan dilihat sebagai isu terpencil hanya
untuk satu kaum saja. Mungkin ada yang menyoal bukankan isu agama itu
penting dan ia merupakan isu hidup dan mati. Iya.. benar, tetapi kalau
pun ia isu hidup dan mati tetapi kalau perbuatan itu sia-sia tidak ada
gunanya, apa lagi kalau menyebabkan kita mati katak?
Isu penghinaan film itu tidak seperti isu dibawa oleh Bersih, Lynas
ataupun isu-isu kenaikan harga barang, isu NFC, isu royalti petroleum
dan sebagainya. Isu ini adalah isu langsung dengan rakyat dan negara
kita. Pihak kerajaan atau berkuasa akan meneliti dan mengambil kira
bantahan kita itu. Ia berbeza dengan isu soal penghinaan itu, di mana
kerajaan tidak ada kuasa untuk mendengar dan bertindak. Apakah kita
mahukan kerajaan kita memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika?
Kepada saya lebih kita tidak begitu bising dengan isu seumpama itu.
Pertamanya ia bukan berlaku di negara kita. Ia bukan ditayang di negara
kita.Makanya dalam kita rasa moden dalam tindakan politik menerusi aksi
tunjuk perasaan kita perlu memilih isu yang tepat dan relevan dengan
kita bagi memastikan tindakan kita bermutu. Apabila ia tidak tepat maka
apa yang disuarakan oleh Nyeh Khoo Ham itu sebagai benar.
Sekiranya kita benar-benar kasih dan ingin memuliakan Rasulullah marilah
kita bersalawat ke atasnya serta mempraktikan apa yang dibuat oleh
baginda. Berbaik-baik sesama Islam adalah antara suruhan dan tuntutan
baginda. [wm.kl.8: 27 pm 21/09/12]
Ibnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2393891491109888703.post-47185655414484395222012-08-26T07:30:00.000+08:002012-08-26T07:32:24.138+08:00Hudud terbukti mampu selesai jenayah di Saudi
(Ibnul Munzir)
Harakahdaily
Dr Aminurrasyid Yatiban ,
24 Ogs 2012
Menyedari terdapat banyak pihak yang memperkatakan isu tentang hukum
hudud dan terdapat sesetengah pihak pula yang menolak dan menghinanya,
Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) merasa
bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan tentang hukum ini.
1. Hukum hudud merupakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah
kepada manusia khasnya kepada orang Islam dalam menyelesaikan isu yang
berkaitan dengan jenayah. Mereka tidak boleh menunjukkan sikap dolak
dalih apatah lagi menolak dan menghinanya kerana melaksanakannya
merupakan tanggungjawab ke atas seorang Muslim. Sikap menolak dan
menghinanya boleh menjadikan seseorang itu terkeluar dari agama.
2. Bagi seorang non-Muslim, tidak menjadi kesalahan kepada
mereka sekadar tidak bersetuju kerana tiada paksaan dalam agama tetapi
mereka tidak wajar untuk menghina hukum ini. Begitu juga, mereka tidak
dipaksa untuk menerima hukum hudud kerana mereka mempunyai pilihan untuk
menggunakan hukum yang sedia ada atau sebaliknya. Justeru, sebarang
usaha menghalang pelaksanaannya dianggap sebagai masuk campur dalam
urusan agama orang Islam. Penghinaan terhadap hukum hudud, walaupun
tidak dilaksanakan lagi di dalam negara boleh mengguris hati umat Islam
kerana ia seolah-olah menghina Allah. Ini sekaligus akan menimbulkan
satu keadaan yang tidak tenteram dalam hubungan seorang muslim dan bukan
non-muslim. Walau bagaimanapun, mereka boleh memberikan pandangan untuk
menambahkan lagi keberkesanan pelaksanaan hukum ini di negara ini.
3. Islam sebagai agama yang membawa kerahmatan kepada seluruh
manusia sentiasa membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk
membincangkan pelaksanaan hukum ini secara lebih objektif dan rasional
untuk keselesaan semua pihak. Ini kerana ia melibatkan proses
mendrafkannya sebagai undang-undang (akta/enekmen) dan meletakkan remedy
bagi lacuna yang mungkin terdapat di sana-sini bagi enekmen yang sedia
ada (Terengganu dan Kelantan). Menolaknya secara total bukanlah sikap
yang bijak kerana pelaksanaan hukum telah terbukti boleh membawa
penyelesaian kepada masalah jenayah seperti yang berlaku di Saudi
Arabia.
4. Dalam isu kondusif yang menghalang pelaksanaan hukum hudud
seperti pada zaman Saidina Umar, yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak,
sebenarnya mereka perlu membezakan antara taqnin iaitu proses
mengundang-undangkannya dan pelaksanaan kepada undang-undang itu. Taqnin
itu perlu, tetapi dalam melaksanakannya mungkin perlu ditangguhkan atas
alasan tertentu yang boleh dijelaskan dalam undang-undang itu sendiri,
budi bicara penguatkuasa dan boleh juga ditafsirkan oleh hakim. Hal ini
tidak pelik kerana terdapat undang yang tidak digunakan seperti memberi
kuasa kepada polis untuk menangkap siapa sahaja yang tidak mempunyai kad
pengenalan. Tetapi, pihak polis tidak menggunakan peruntukan ini
semudah itu.
5. Oleh yang demikian, ILMAM menyeru semua pihak agar duduk
berbincang isu hudud ini berlandaskan ilmu pengetahuan dan mengajak
non-Muslim menghormati hak orang Islam dalam melaksanakan hukum ini.
ILMAM bersedia berbincang dan boleh menjadi orang tengah dalam
membincangkan isu ini dengan para ulama yang lebih terkemuka. Di dalam
negara kita terdapat ramai golongan cendiakawan Islam dan pakar
undang-undang yang boleh membincangkan perlaksanaannya dan menerima
sebarang padangan serta menjawab sebarang persoalan dan kemusykilan.
Penulis ialah Presiden Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM).
Ibnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2393891491109888703.post-38572195668132274742012-07-03T18:40:00.002+08:002012-07-03T18:49:10.813+08:0010 Hari Untuk Heret Anwar Ke Penjara!
(Ibnul Munzir)
Ulasan kepada berita di bawah:
Setelah cubaan kerajaan mengheret DSAI melalui isu sodomy II gagal, akhirnya keputusan bertulis penghakiman dikeluarkan bagi melepaskan dan membebaskan DSAI. Hakim Mahkamah Tinggi memberi tempoh 10 hari untuk para pendakwa membuat rayuan dengan mengemukakan hujah baru yang boleh diterima akal.
Saya merasakan tidak perlu lagi bersusah payah menjadikan isu ini peluru hidup untuk membunuh karier politik DSAI. Ia dah terlalu lewat. Nak guna hujah Islam, Islam sendiri melaknat orang menuduh tanpa bukti. Nak guna hujah sivil, bukti DNA dah kantoi. Nak guna apa lagi?
Kalaulah tuduhan ini kali pertama, ia boleh jadi bahan sensasi. Tapi ini dah kali kedua di mana kali pertama dah tak berjaya. Hujah kali pertama rasanya lebih kuat. Tetapi tewas juga. Akhirnya DSAI masuk penjara bukan atas tuduhan liwat, tetapi atas tuduhan rasuah politik... hai.. rasuah politik. Itulah kali pertama dalam negara rasuah politik dipenjarakan sehingga 9 tahun. Bagaimana dengan rasuah sebenar itu? Rasuah Scorpene, rasuah helikopter, rasuah lembu, rasuah pelabuhan, rasuah... entahlah. Kalau nak ditimbun wang rasuah yang dikebas oleh pemimpin Malaysia setinggi gunung kinabalu agaknya.
Kes sodomy II saya lihat hanyalah suatu cubaan mewujudkan persepsi sahaja. Persepsi agar rakyat benci kepada DSAI agar karier politiknya terancam. Namun mereka terlalu gelojoh. Belumpun isu sodomy II berakhir, mereka ketengahkan pula isu zina dalam hotel. Bolehkah seorang yang sedang sibuk berjuang ke hulu ke hilir sehingga masa 24 jam tak cukup bagi melayani program, sehingga fikiran tak sempat untuk memikirkan hal kepentingan diri, tiba-tiba ada masa untuk berseronok dengan perempuan sundal? Logiklah sikit...
Oleh itu, demi memulihkan maruah semua pihak, sebaiknya tidak perlulah lagi membuat rayuan untuk meneruskan kes ini. Melayan adik Saiful Bukhari ini adalah perkara membuang masa. Kes ini tidak dapat menimbulkan persepsi negatif kepada DSAI malah menjadikan DSAI semakin diminati. Apa yang lebih baik ialah adik Saiful Bukhari yang relatif usianya masih mempunyai masa depan yang panjang ini berbaik semula dengan DSAI. Lebih baik lagi kalu beliau memohon maaf atas apa yang telah berlaku. Saya rasa dalam gelombang para selebriti masuk PAS dan PR, maka adik Saiful Bukhari ini boleh menjadi celebrity of the year dengan mengumumkan memohon maaf kepada DSAI dan seluruh rakyat Malaysia dan berjanji akan memangkah PR dalam PRU13.
Deklarasi itu pastinya akan mematipucukkan para pemimpin UMNO dan BN. Satu pukulan knock-out yang tidak boleh diselamatkan lagi. Dan Saiful Bukhari pastinya akan menjadi wira yang diingati dan namanya kembali harum di bumi Malaysia.
The Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, July 3 — Mohd Saiful Bukhari Azlan’s allegation that he
was sodomised by Datuk Seri Anwar Ibrahim was uncorroborated and a
conviction based solely on the accuser’s testimony would have been
unsafe, the Kuala Lumpur High Court concluded in its written judgment of
the opposition leader’s Sodomy II trial that was released today.
High Court judge Mohamad Zabidin Mohd Diah said in his 80-page
written judgment that it could not be 100 per cent certain about the
integrity of DNA samples examined by government chemist Dr Seah Lay
Hong.
He ruled that it is not safe to rely on the results of Dr Seah’s examination of the DNA evidence.
“There was no evidence to corroborate the evidence of Saiful on factum of penetration,” he said.
“The court is always reluctant to convict an accused person based
solely on the uncorroborated evidence of the complainant. Therefore the
accused is acquitted and discharged of the charge,” he ruled.
On January 9, the High Court acquitted Anwar of a charge of sodomising his former male aide Mohd Saiful (picture).
Speaking in court then, the judge had ruled that the prosecution had
not done enough to prove Anwar had committed sodomy against Saiful.
Anwar, 64, had been similarly indicted of sodomy over a decade ago
and was found guilty. He spent six years in jail before being
exonerated.
The High Court’s decision this time had given a boost to Anwar’s Pakatan Rakyat (PR) pact’s plans to take over Putrajaya.
The prosecution says it plans to appeal the decision and has 10 days from today to do so.
In the written judgment released today, the judge addressed the question of the integrity of the DNA samples.
The judge pointed out that the DNA samples collected had been placed
in individual plastic receptacles, labelled and sealed at Kuala Lumpur
Hospital, but were subsequently open by the police investigating officer
DSP Jude Pereira.
“According to him (Pereira), it was done for the purpose of
individually re-labelling the receptacles. In my view, this was not
necessary since the receptacles were already packed and labelled by the
experts who collected them,” he said.Ibnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2393891491109888703.post-43472827165263419342012-06-28T12:22:00.002+08:002012-07-03T18:42:11.030+08:00Apa motif 3 Pegawai SPRM nak bunuh Teoh Beng Hock?
Ibnul Munzir
Ulasan Ibnul Munzir kepada berita di bawah:
Apakah dengan mengenakan tindakan kepada 3 pegawai yang menyiasat boleh menutupi kes di sebalik kematian mendiang Teoh Beng Hock? Mungkin rakyat yang malas berfikir akan percaya bahawa kes itu sudah selesai kerana pembunuh telah dihukum. Meskipun hukuman tatatertib yang diambil itu sangat tidak adil (baca zalim), namun apa yang menjadi persoalan ialah apa motif pembunuhan itu dilakukan oleh 3 pegawai SPRM? Kes berat sangatkah sehingga terpaksa 'membunuh'. Kalaupun terpaksa membunuh, mengapa bunuh tempat terbuka? Bunuhlah tempat yang tersembunyi...
Kalau ya pun 3 orang itu bersalah dengan dijatuhi hukuman, rakyat akan tetap mempersoalkan apakah motif pembunuhan? Apakah ada udang disebalik batu? Apatah lagi hukuman tatatertib saja yang dikenakan?
Semakin banyak persoalan yang akan timbul. Apa yang pasti selagi kerajaan persekutuan tidak ditukar, kezaliman seperti ini pasti tidak mungkin akan terungkai.
Berita Harian Online
KUALA LUMPUR: Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung
kematian Teoh Beng Hock akan mengetahui nasib mereka tidak lama lagi
apabila keputusan berhubung tindakan disiplin terhadap mereka
diputuskan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim
Mohamed, berkata beliau akan mengemukakan syor kepada jawatankuasa aduan
SPRM berhubung kes itu sebelum sebarang tindakan tatatertib diambil,
berdasarkan cadangan daripada jawatankuasa berkenaan yang ditubuhkan di
bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
“Kita memutuskan tindakan disiplin yang akan diambil kita akan
memaklumkan jawatankuasa aduan pada mesyuarat akan datang,” katanya
kepada pemberita selepas menyerahkan Laporan Tahunan SPRM kepada
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Rasuah, Datuk Seri
Mohd Radzi Sheikh Ahmad di lobi Parlimen, di sini, semalam.
Abu Kassim April lalu berkata tiga pegawai berkenaan diminta memberi
penjelasan berhubung pertuduhan itu setelah siasatan mendapati tingkah
laku mereka ketika menjalankan soal siasat terhadap Beng Hock, ada yang
melanggar peraturan tatatertib.
Beng Hock, 30, setiausaha
politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor
tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009
selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor di tingkat 14, plaza
berkenaan.
Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung kematian
Beng Hock, memutuskan mendiang membunuh diri akibat rasa terbeban dan
tertekan dengan sesi soal siasat agresif dan berlarutan ke atasnya oleh
pegawai penyiasat SPRM. - BERNAMAIbnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2393891491109888703.post-46834324086129540182012-06-26T12:31:00.005+08:002012-06-26T12:32:14.264+08:00Syuhada Tahrir Antara Faktor Kemenangan Dr. Mohamed Morsi
(Ibnul Munzir)
Ulasan Ibnul Munsir kepada berita di bawah:
Sayu dengan kemenangan itu. Gembira hati tak terluah. Hanya sujud syukur dan rafak doa mampu dipanjatkan moga kemenangan ini merupakan titik tolak kebangkitan Islam dan keadilan untuk seluruh dunia Islam.
Bagi para penentang dan pembenci sistem Islam, kalian bacalah sejarah. Kalian akan dapati bahawa Islam itu adalah keadilan, kebahagiaan, kesejahteraan, kemakmuran, kekayaan, keselamatan, keamanan dan segalanya terdapat pada pemerintahan Islam. Lihatlah sejak zaman Rasulullah SAW, puak-puak Aus dan Khazraj yang berperang selama beratus tahun boleh menjadi saudara yang erat bak kuku dan ruas. Apa teori yang menyebabkan semua itu? Tiada teori. Hanya dengan pengamalan Islam yang sebenar. Bermula dari siapa? Bermula dari pihak penguasa. Siapa dia? Rasulullah SAW. Sekarang Rasulullah SAW sudah tiada? Rasulullah SAW tiada tetapi ajarannya adalah kekal hingga hari kiamat.
Kalau dulu peperangan, pembunuhan, penindasan kaum yang lemah dan para wanita menjadi santapan setiap hari, keganasan mendarah daging dan menjadi suatu ketagihan, namun Islam berjaya mengubahnya menjadi makmur, aman-damai dan sejahtera. Tiada lagi ketakutan, tiada lagi kesengsaraan. Semuanya bebas melakukan aktiviti dan semuanya kembali kepada fitrah insani yang inginkan kebahagiaan.
Begitulah dengan Ikhwanul Muslimin Mesir. Biarlah Dr. Mohamed Morsi membuat pembaharuan. Berikan kepadanya kebebasan. Kita akan melihat dan dunia akan melihat melimpahnya nikmat dan kemakmuran pasti akan berlaku di bumi anbiya' itu. Itulah keyakinan kita.
Kemakmuran itu akan berlaku dengan Islam, bukan sahaja di Mesir, tetapi di seluruh dunia. Oleh itu juka kita inginkan kejayaan hidup di dunia, ia adalah dengan Islam. Dan kalau kita inginkan kebahagiaan hidup yang tiada taranya di akhirat, ia juga dengan Islam.
Oleh itu, marilah kita jadikan Islam sebagai pemerintah. Marilah kita memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja yang ingin memperjuangkan Islam. InsyaAllah, kemenangan itu semakin dekat kita rasakan...
Morsi: Terima kasih 'syahid'
Mohamed
Morsi menjadi pemimpin Islam pertama dilantik menjadi presiden Mesir
dalam dunia Arab yang padat dengan penduduk dan selepas pertarungan
sengit dalam pilihan rayanya.
Morsi, presiden Mesir yang pertama
dilantik selepas kebangkitan rakyat menyingkirkan bekas presiden Hosni
Mubarak pada Februari tahun lalu.
Agensi berita AFP melaporkan
tokoh yang juga bekas jurutera itu menang 51.73 peratus undi berbanding
pencabar yang merupakan bekas perdana menteri negara itu, Ahmed Syafiq.
"Saya akan menjadi presiden untuk seluruh rakyat Mesir," kata Morsi dipetik selepas beberapa jam kemenangan beliau diumumkan.
"Saya menyeru kepada kamu, rakyat Mesir yang hebat... supaya menguatkan
kesatuan kita," katanya sambil menambah "kesatuan merupakan jalan
keluar segala tempoh kesulitan".
Morsi yang meletakkan jawatan
dalam Ikhwan Muslimin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang
'syahid' sewaktu kebangkitan rakyat untuk mencapai kemenangan itu.
"Revolusi diteruskan," katanya sambil berjanji untuk menghormati perjanjian antarabangsa.
Mesir merupakan negara Arab pertama mematarai perjanjian keamaanan dengan Israel pada 1979.
Di
Dataran Tahrir, kemenangan beliau disambut dengan laungan takbir,
sorakan dan kibaran bendera oleh ratusan ribu penyokongnya yang
berhimpun.
Di luar Kaherah, mereka melaungkan namanya serta, membunyikan hon kereta sebagai tanda sokongan.
Malaysia Kini
Ibnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2393891491109888703.post-39829707263772010032012-06-25T07:05:00.000+08:002012-06-25T07:07:44.122+08:00Kemenangan Mohamed Morsi Perlukan Doa Kita Semua
(Ibnul Munzir)
Mohamed Morsi
Sayu, gembira dan khuatir semuanya ada di atas kemenangan Dr. Mohammed Morsi (51.73%) dari FJP (Freedom And Justice Party) yang telah diisytiharkan memenangi kerusi Presiden Mesir yang telah menewaskan lawannya Ahmed Shafik (48.27%), bekas Perdana Menteri rejim Hosni Mubarak.
As-Syahid Hassan Al-Banna
Kemenangan ini mengingatkan kita kepada As-Syahid Al-Imam Hassan Al-Banna yang telah menubuhkan Ikhwanul Muslimin pada Mac 1928 yang telah mencetuskan kesedaran Islam dan gerakan Islam di seluruh dunia. Beliau telah ditembak syahid oleh rejim Mesir yang sama sehingga sekarang cuma berlainan nama dan kepimpinannya.
Kemenangan ini sesungguhnya telah dibayar dengan harga yang mahal dengan menelan korban syahid kira-kira 35 orang dan beratus-ratus lagi cedera semasa demonstrasi di Dataran Tahrir. Keberanian rakyat Mesir yang menolak calon dari rejim Mubarak juga layak menerima pujian meskipun suasana kempen yang cukup tegang dan kritikal, namun mereka celik dan faham bahawa mereka perlukan perubahan dan terus membuat keputusan memilih calon dari Ikhwanul Muslimin.
Ahmed Shafik
Kita yakin inilah juga hasil doa para mujahidin di bumi Palestin yang sejak sekian lama ditindas dan dibunuh. Hari ini bumi Mesir disinari dengan wajah baru yang insyaAllah akan diiringi dengan rahmat Allah yang melimpah sehingga ke seluruh alam.
Percayalah bahawa politik Mesir akan melibatkan kepentingan Israel. Kepentingan Israel akan melibatkan kepentingan Zionis Yahudi dan Amerika. Jadi, mereka tidak akan berdiam diri. Mereka telah menyedari perkara ini dari awal apabila pusingan pertama pilihanraya memperlihatkan tanda-tanda kejatuhan rejim nasionalis Mubarak. Lantas sebelum tertubuhnya kabinet baru, mereka cuba membuat pindaan perlembagaan agar Presiden baru tidak dapat menguasai tentera.
Oleh sebab itu, kita yang berada jauh di Malaysia ini, marilah kita sumbangkan doa-doa yang ikhlas dan tidak putus-putus agar Dr. Mohammed Morsi dan kepimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir akan diberikan kekuatan oleh Allah bagi memimpin Mesir baru yang lebih baik di bawah panji-panji keadilan Islam.Ibnul Munzirhttp://www.blogger.com/profile/13822687716861334627noreply@blogger.com0