(BH Online)
2012/06/04
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengajak kakitangan awam untuk sama-sama memikirkan idea dan sumber baru bagi meningkatkan kekayaan negara.
Katanya, langkah itu bagi memastikan Malaysia tidak terjerumus ke kancah kegawatan ekonomi seperti dialami oleh beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat ketika ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Bulan Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.
Komen Ibnul Munzir
Memikirkan idea bagi meningkatkan kekayaan negara? Untuk apa? Untuk mereka rompak dan bahagi-bahagikan sesama kroni?
Malaysia yang cukup kaya dengan sumber royalti dah hampir muflis direngkus hasil buminya oleh mereka. Semua orang tahu. Pegawai-pegawai kerajaan lebih-lebih lagi tahu. Anak-anak mudapun dah tahu. Cuma yang belum tahu ialah orang kampung yang berkitabkan TV dan suratkhabar. Namun, tak lama lagi mereka juga akan tahu. Tunggulah...
Ingatlah saudaraku se-Islam, marilah kita selamatklan Malaysia dari kezaliman dan kejahatan kerajaan BN yang diketuai oleh UMNO ini. Gunakanlah mata untuk membaca, otak untuk berfikir dan tangan untuk memangkah PR. Tumbangnya UMNO adalah rahmat untuk seluruh umat di Malaysia tidak kira Melayu, Cina, India dan lain-lain. Semakin lama UMNO-BN memerintah, Malaysia akan semakin muflis... Wahai Allah! Selamatkan Malaysia dari kejahatan pemimpin yang zalim. Tukarlah kerajaan sebagaimana Engkau telah menukarkan kerajaan zalim yang terdahulu... Amin.
No comments:
Post a Comment