Monday, February 8, 2010

Modus Operandi Pencurian Melalui Maybank2U

Ibnul Munzir

Beberapa minggu yang lalu isteriku telah kecurian wang melalui Maybank2u yang diceritakannya di sini. Pagi ni sedang saya mengemaskini emel yang banyak emel-emel lama, saya terjumpa emel kononnya dari Maybank2u yang bertarikh 28/10/2009. Emel tu saya klik, tapi saya abaikan. Alhamdulillah saya tak buang. Jadi bolehlah share di sini untuk perhatian bersama.

Kalau kita lihat modus operandi si pencuri laknatullah tu, dia gunakan laman emel seperti di bawah. (Boleh klik pada gambar untuk besarkan)
Tajuk emelnya adalah Unblock Your Maybank Account dari Support Maybank2u (Lihat no 1 di atas). Bila kita klik pada no 2, 3 atau 4, kita akan di bawa ke Authentication Required box di laman yang alamatnya cukup pelik yang terang-terang bukan milik Maybank2u iaitu http://115.red-83-61-0.staticip.rima-tde.net/ (lihat no 1 di bawah).

Laman tu kepunyaan buzon.riscvalor.com (lihat 2 di atas). Mungkin si pencuri tu sewa dengan si buzon.riscvalor.com sebab kalau kita taip alamat ni saja, ia akan keluar benda yang sama... Entahlah saya ni tak pandai sangat software ni. Adi Blogawan pasti tahu benda-benda macam ni...

Bila kita login menggunakan username dan password kita, kod tu akan masuk ke dalam komputer si pencuri tu dan dia akan dapat username and password tu. Jadi bila-bila masa dia boleh login ke dalam akaun kita untuk tengok semua transaksi yang kita lakukan. Banyak mana duit yang kita ada dan sebagainya. Seterusnya saya tak boleh nak cerita kat sini sebab sayapun tak berani nak key-in username dan password saya sendiri. Nanti habislah pulak duit saya kena kebas si pencuri tu... Bila kita key-in sebarang abjad dan no, yang peliknya dia tak masuk. Hebat software tu... mungkin bagi yang teror software, ia simple jer...

Apa-apapun cukuplah saya rasa untuk share setakat tu agar pembaca semua tahu modus operandi si pencuri internet ni agar kita semua dapat berhati-hati di lain masa. Mujurlah Allah sediakan syurga dan neraka di akhirat agar mereka yang buat jahat di dunia ni mendapat balasan yang setimpal dengan kerja jahatnya...

4 comments:

rabbani yusof said...

wahhhh ganah abe lan.. leh jai penyiasat nih.. ada join FBI ker dulu2?? hehehe

apa pun bgu la mklumat nih leh dikongsi bersama.. sbb tak ramai ore tahu benda2 mcm nih...

adi said...

Assalamualaikum ..

bagus tutorial bergambar Abg Lan..

Sedikit Pembetulan.

Alamat pertama tu .. cuma lah redirect url kepada http://buzon.riscvalor.com/Exchange

biasanya benda benda cam nih sekejap jer.. mungkin sehari atau dua hari begitu.. pastu diaorang akan padamkan terus jejak mereka.

Buat semua rakan-rakan.. sila gunakan Browser yang dapat detect phishing URL.. [ Firefox, chrome,IE 8, Opera ]

Jangan sesekali gunakan IE6 ke bawah untuk online banking sebab ia sangat tidak selamat...

Ibnul Munzir said...

Terima kasih Adi Blogawan... sememangnya anta cukup teror pasal software macam nih... moga panduan ringkas anta tu akan lebih bermanfaat.

To Rabbani... dulu ada belajar jadi polis... cukup teror pasal kejar 'pencuri'. Tapi permainan 'polis sentri' dah pupus dah ler ni... rugilah anta... hehe..

rabbani said...

hihihi... adoi patut... laa... eh.. zaman skrg jer yg dah pupus.. sbb dorg dah ada men pin ball... hihihi zaman bani masih ada la pemainan tradisi gituh.. best...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...