(Ibnul Munzir)
Bila disebutkan perkataan ini kononnya semua bangsa Melayu akan marah. Ya! Sayapun marah sebab seolah-olah mereka mengata bangsa saya. Tapi bila saya renung kembali ucapan Mantan PM Malaysia, Tun Mahathir ini sesungguhnya ia ada benarnya. Kalau kita lihat dari sudut positifnya sifat ini adalah bagus sebab bila kita mudah lupa, kita tidak berdendam terhadap pengkhianatan dan kezaliman orang terhadap kita sebab berdendam itu adalah dibenci Allah. Kita mudah memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita kerana sifat pemaaf itu adalah dituntut dalam Islam... dan sebagainya.
Sifat ini sememangnya berakar umbi di dalam diri orang Melayu. Barangkali kerana Islam telah bertapak sejak zaman Parameswara pada tahun 1400 dahulu yang membentuk peribadi pemaaf bangsa Melayu. Sebab itu sehingga hari ini Melayu sememangnya bersifat pemaaf. Kalau dilihat dari filem Melayu, tidak banyak filem-filem Melayu yang berkisar kepada dendam. Ia sekadar berkisar kepada percintaan, makan-makan, perniagaan, kekayaan yang menjadi rebutan... dan The End... Begitulah rata-ratanya. Barangkali sebab pengarahnya adalah Melayu dan skrip diambil dari pengarang-pengarang Melayu. Berbeza dengan bangsa Cina dan India. Lihatlah filem-filem Tamil / Hindustan / Cina. Malah dalam cerita-cerita Arab pun kebanyakan cerita-cerita mereka dipenuhi dengan aksi dendam.
Dalam kepala pengat Dr. Mahathir itupun sebenarnya beliau bukan main hentam kromo. Beliau membuat kenyataan atas penelitian dan kajiannya sebelum menyatakan sesuatu. Beliau pemimpin politik yang cekap. Namun kekurangannya kerana kehebatannya itu tidak dipandu dengan Islam. Akhirnya beliau kecundang dan tidak dikenang. Atas sifat Melayu yang mudah lupa itu, beliau cukup mudah memerintah Malaysia dan terus memenangi pilihanraya demi pilihanraya sehingga 22 tahun lamanya. Lihatlah isu yang paling jelas bagaimana beliau menggunakan kelemahan sifat Melayu ini dalam perhimpunan Agong UMNO ketika kem beliau hampir tewas di tangan kem Anwar Ibrahim (1998). Dari kem Pemuda UMNO hingga kem Wanita UMNO semua dimenangi oleh kem Anwar Ibrahim. Ahmad Zahid Hamidi yang memenangi jawatan Ketua Pemuda menewaskan Rahim Tamby Chik (1996), telah menggegarkan Perhimpunan Agong UMNO dengan pendedahan kronisme yang dilakukan oleh Dr. Mahathir. Tahun itu, kebencian mula bertiup kencang di kalangan perwakilan untuk menjatuhkan Dr. Mahathir. Rafidah Aziz si Perempuan Besi kesayangan Dr. Mahathir itupun tewas mengejut di tangan Dr. Siti Zaharah Sulaiman. Para perwakilan terus bersemangat untuk menewaskan kem Dr. Mahathir dengan isu kronisme. Namun Dr. Mahathir tahu, Melayu itu mudah lupa. Dalam masa 3 hari sajapun mereka boleh lupa bila dimainkan emosi. Ternyata beliau telah menggunakan senjata luar biasa di saat akhir yang tak pernah terfikir oleh lawan politiknya. Dan... semua perwakilan terkejut dengan lelehan airmata Dr. Mahathir dan akhirnya kem beliau menang dalam pemilihan MT yang merupakan jawatan-jawatan utama selepas Presiden, Timbalan, Naib Presiden dan Setiausaha Agong UMNO.
Bukan itu saja, banyak lagi kisah bagaimana Dr. Mahathir memainkan isu baru bagi menenggelamkan isu lama. Cukup mudah bangsa Melayu termakan umpan pemimpin mereka yang tahu akan kelemahan mereka. Ia umpama jurus maut! Lihat saja pada peristiwa PRU 8 tahun 1990 ketika BN dan UMNO pimpinan Dr. Mahathir hampir-hampir tewas ekoran tidak termampunya parti pemerintah itu menangani isu-isu kelemahan dalaman ditambah dengan serangan-serangan Angkatan Perpaduan Ummah (gabungan PAS dan Semangat 46). Tetapi sehari sebelum pengundian berlangsung, BN berjaya membawa bangsa Melayu tenggelam dalam isu Tengkolok Salib Tengku Razaleigh. Akhirnya BN dan UMNO menang lagi untuk memerintah Malaysia bagi kesekian kalinya atas sifat Melayu yang mudah lupa itu. Hilang semua isu kezaliman, rasuah, harga barang naik, kemiskinan tidak terbela, penghinaan kepada nabi dan sebagainya itu termasuk si miskin di kampung-kampung dan penghuni rumah-rumah setinggan yang rumah-rumah mereka akan dirobohkan oleh kerajaan BN itu semuanya mengundi UMNO dan BN. Kalau ia berlaku di negara lain, ramai pemerhati politik menjangkakan bahawa UMNO dan BN telah lama tumbang!
Itulah kenyataan sifat bangsa Melayu. Emosi mengatasi segalanya. Persepsi mengelabui mata. Tidak perlu marah dan rasa terhina. Sejarah telah membuktikan. Ironinya ia terus berulang dan Melayu masih tidak sedar-sedar. UMNO yang menguasai akhbar kerajaan tanpa perasaan malu itu menggunakan akhbar-akhbar itu sehabis daya untuk mengulang-ulang yang salah sehingga ia menjadi betul. Dan di mata Melayu, ulangan itu tidak perlu terlalu kerap untuk mempengaruhi minda dan emosi mereka. Semuanya menjadi persepsi baru. Sekali bah, sekali pantai berubah. Ya... cukup sinonim dengan sifat bangsaku! Setinggi mana fail kebobrokan pemimpin, setebal mana isu-isu kezaliman, rasuah, salah guna kuasa, jenayah kolar putih, penindasan hak-hak rakyat, penderhakaan dan segala sifat jahat dan bangsat para pemimpin, satu saja isu baru yang dimainkan, Melayu akan terus berpaut kembali kepada UMNO. Bolehkah bangsa seperti ini maju? Bolehkah Malaysia mencapai negara maju dengan sifat bangsa seperti ini? Fikirkanlah...
Cuba lihat siapakah yang masih bersemangat mengembalikan kerajaan Perak ke pangkuan penyandang yang sah? Hanya Datuk Seri Nizar dan Speaker Sivasubramaniam? Mana pergi rakyat Perak? Mana pergi semangat demonstrasi? Jangan di tanya mana pergi bangsa Melayu kerana mereka sudah jauh dibuai emosi terkini.
Kini rakyat Malaysia sedang diheret dengan isu baru satu demi satu bagi menutup isu kejahatan kerajaan dalam sistem kehakiman, SPR dan SPRM, Ketua Polis, skandal Scorpene-Alyantuya, skandal Eurocopter, skandal PKFZ, kehilangan enjin jet F-5E, ISA, PPSMI, kenaikan harga barang, pengurangan peruntukan pendidikan dan lain-lain yang melibatkan seluruh rakyat. Bolehkah isu kepala babi, nama Allah, isu dalaman PAS dan isu titik bengik yang berskala sangat kecil dan tidak ada kena-mengena dengan rakyat Malaysia keseluruhannya itu menenggelamkan isu-isu ultra nasional? Tetapi untuk bangsa Melayu, isu-isu kecil ini akan menutupi isu-isu yang besar itu.
Kalaulah ketika ini diadakan pilihanraya umum, nescaya bangsa Melayu masih tetap mengundi UMNO kerana sifat mudah lupanya... Astaghfirullah... Itulah bangsaku.
4 comments:
salam ziarah... hehehhee aikkkk entry kita tajuknya lebih kureng ler hihihi.. adoiiiyyaaiiii.... tp bani nyer bnyk merepek jer hihihi...
http://teratak.wordpress.com/2009/03/22/melayu-kini-mudah-sudah-lupa/
salam ziarah... hehehhee aikkkk entry kita tajuknya lebih kureng ler hihihi.. adoiiiyyaaiiii.... tp bani nyer bnyk merepek jer hihihi...
http://teratak.wordpress.com/2009/03/22/melayu-kini-mudah-sudah-lupa/
Kita sedang pk masalah umat yang sama ler tu.... pelik jugak yer...
mungkin kita ada pertalian telepati kot... wakaka...
huhu yer la kot.... emm pertalian telepati tak per jangan "pati" pendatang haram dah ler nnti kena tngkap....
hehee petalian persaudaraan leh gak bin pun dah sama kan... ngengenge...
roslan yusof
rabbani yusof
suatu kebetulan :D
Post a Comment