(Ibnul Munzir)
Barangkali ini merupakan salah satu bom nuklear UMNO untuk menghapuskan musuh politiknya terutama PAS selepas segala cubaannya selama ini untuk menyekat pengaruh PAS gagal.
Barangkali ia juga telah dirancang mereka sebagai salah satu isu yang dijangka dapat mengembalikan sokongan rakyat sebagaimana yang didedahkan oleh RPK (klik).
Barangkali mereka menyangka bahawa usahanya menggunakan isu agama akan berjaya setelah isu-isu bangsa dipandang sepi oleh rakyat Malaysia.
Tahniah Presiden PAS yang cekap dan cepat menjawab isu ini berdasarkan Al-Quran dan ternyata Islam mempunyai penyelesaian terhadap semua masalah dulu kini dan selamanya fi yaumil akhirah. Ternyata Tuan Guru Presiden ini benar-benar menjadikan Al-Quran sebagi pertunjuk dalam membawa partinya menuju kejayaan di dunia dan keredhaan Allah di akhirat.
Untuk apa UMNO mempertahankan kalimah Allah? Untuk menjaga akidah umat Islam di Malaysia dari dimurtadkan oleh agama Kristian? Mengapa selama ini gejala murtad tidak ditangani sehingga mencapai ratusan ribu orang murtad sejak UMNO memerintah lebih 50 tahun? (klik) Di mana tindakan UMNO dan kerajaan BN dalam menangani masalah ini? Mengapa Ayah Pin masih bebas? Bagaimana pula kes umat Islam murtad di tangan agama Hindu dan Budha? Kalau betullah nak jaga agama, mengapa mahkamah yang dikuasai kerajaan BN membenarkan umat Islam bertukar agama seperti Suzie Teoh dan Jassica Zurich (1988), Norbaizura Abdullah (1990), Hartina Kamaruddin dan Nor Aishah Bokhari (1997) dan Azlina Jailani @ Lina Joy (2007).
Mengapa UMNO tidak berdemonstrasi dalam kes-kes di atas seperti dalam kes isu nama Allah ini? Sekurang-kurangnya berdemonstrasilah sebagaimana kes Natrah (1950). Ahli-ahli UMNO boleh berdemonstrasi... polis takkan tangkap. Kalau tangkap pun tak masuk penjara / ISA. Tak seperti ahli parti lain.
Kelihatannya isu ini seperti sengaja ditimbulkan untuk meraih sokongan dan menenggelamkan isu besar yang menggerunkan mereka. (Lihat sini). Isu Scorpene & Altantuya, isu PKFZ, isu kehilangan enjin jet F-5E, isu rampasan kuasa secara tak bermaruah di Perak, isu Eurocopter, isu PPSMI, isu SPR yang pincang, isu SPRM dengan kes kematian Teo Beng Hock, isu cabulnya badan kehakiman yang takut bertindak bertentangan kehendak kerajaan BN seperti di Perak, kenaikan harga barang keperluan, isu cukai barangan keperluan dan masya Allah... banyaknya isu yang secara langsung terpaksa dipikul di atas bahu setiap individu rakyat Malaysia. Ingatkah lagi wahai bangsaku akan isu-isu ini? Lupakah bangsaku dengan kebangkrapan kerajaan hari ini (BN) yang sedang memperbodohkan kamu untuk meneruskan hayat mereka mengekalkan kuasa? Mereka sedang menagih undi kamu wahai saudaraku.
Betulkah mereka nak mempertahankan akidah umat dan menjaga agama? Ataupun mereka hanya nak menunjuk-nunjuk bahawa merekalah yang terkehadapan menjaga agama? Kalau betul nak menjaga agama mengapa tidak menggunakan kuasa Kementerian Pendidikan untuk membantu dan menggalakkan pengajaran Islam di sekolah? Mengapa matapelajaran Agama Islam tidak wajib di peringkat UPSR lagi? Sehingga sebahagian kecil rakyat terkejar-kejar mencari pendidikan Islam di luar dengan membayar lebih dan mengorbankan masa yang lebih? Mengapa ulamak-ulamak dan ceramah-ceramah kuliah agama disekat dan diambil tindakan? Mengapa pelajar-pelajar yang ingin ke timur tengah seperti Mesir secara persendirian disekat? Mengapa sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) tidak diberi bantuan sepenuhnya atas usaha mereka mendidik anak-anak memahami agama? Bukankah hanya kefahaman agama yang mampu membendung gejala murtad?
Subhanallah... Kalaulah benar mereka ini ingin menjaga agama, mereka sudah menerima pakai Undang-Undang Syariah sebagaimana yang dikanunkan di Kelantan dan Terengganu. Kerana hanya undang-undang inilah yang mampu menjaga agama dan akidah umat. Bukan itu saja, undang-undang ini juga mampu menjaga negara dari keruntuhan akhlak dan moral para remaja, mampu menjaga keamanan dan keharmonian, mampu menjaga masalah ekonomi dan akhirnya masalah sebuah negara seperti ketenteraan, pendidikan, pertanian dan sebagainya. Tapi apakah UMNO beriman dengan kemampuan undang-undang Islam ini?
Kalaulah benar mereka nak menjaga agama dan akidah umat, Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishamuddin) tidak hanya sibuk buat kenyataan akhbar agar kebenaran terhadap akhbar Kristian, Herald menggunakan nama Allah ditarik balik oleh mahkamah, tetapi beliau sudah mengerahkan PDRM yang seramai 90,000 anggota seluruh Malaysia untuk bertindak terhadap pelacuran, remaja yang berpeleseran tidak sembahyang dan sembahyang Jumaat, remaja mabuk, menutup pusat-pusat disko, karaoke dan kelab-kelab malam yang semua ini adalah sumber utama kerosakan akidah umat Islam.
Kalaulah memang benar UMNO nak menjaga agama, mengapa isteri-isteri pemimpin-pemimpin UMNO yang mengaku Islam itu tidak bertudung? Lihatlah Datin Seri Rosmah Mansor, isteri PM sendiri dan Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, isteri Menteri Dalam Negeri itu sendiri.. Ajaran Islam mana yang membenarkan perempuan-perempuan membuka tudung? Ustaz dan ulama' mana yang membenarkan? Jika tidak ada, bukankah mereka ini jelas melanggar dan tidak mengendahkan ajaran Islam sebagai agama mereka. Bagaimana mereka ini boleh mendakwa menjaga agama? Tapi peliknya, masih ramai umat Melayu yang mempertahankan mereka dan memilih mereka sebagai pemimpin...
Subhanallah... Berubahlah saudaraku umat Melayu.
No comments:
Post a Comment