Saturday, October 31, 2009

Saudaraku...Biarlah anak-anak mencari ilmu dan iman kerana rezeki telah dijamin oleh Allah

(Ibnul Munzir)

Pagi ini dalam perjalanan ke tempat kerja, saya 'duduk' dalam majlis ilmu iaitu dengan menikmati kuliah dari radio Ikim tentang menuntut ilmu. Antara perkara yang menyentuh hati saya ialah hadis dari Abu Dzar (ra), "Setiap permulaan seseorang yang mengajar ilmunya itu lebih mulia daripada bersolat seribu rakaat, mengunjungi seribu orang sakit dan mengiringi seribu jenazah" Subhanallah...

Penceramah menjawab kebimbangan ibubapa hari ini terhadap masa depan pekerjaan anak-anak mereka sekiranya mengambil bidang agama. Lantas penceramah itu menyatakan bahawa kebimbangan itu adalah tidak relevan kerana Allah telah berjanji akan menjamin rezeki setiap makhluk-Nya sebagaimana firman-Nya dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya." (Hud: 6)

Begitu juga dengan firman Allah yang bermaksud, "Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu. " (Adz-Dzariat: 22)

Oleh kerana Allah SWT telah menjamin rezeki di dunia ini, maka janganlah dibimbangi untuk anak-anak itu melanjutkan pelajaran dalam bidang agama kerana ilmu agama adalah ilmu akhirat. Ertinya ilmu yang diperlukan untuk selamat di akhirat. Tanpa ilmu ini manusia akan sesat. Untuk rezeki di dunia ini, cukup baginya agar berusaha secara benar dan seimbang.

Sampai ke tempat kerja, saya surf dalam internet untuk membaca berkaitan ceramah Ikim tadi. Saya menemui suatu kenyataan menarik dari seorang Tuan Guru dari Sumatera dalam menasihati anaknya yang kini menjadi ulama yang hebat juga, dengan katanya,
"Nak, dalam hidup ini kita sebagai manusia tidak usah risau terhadap hal yang telah Allah jamin akan diberikan kepada semua manusia, tapi kita haruslah risau dan sungguh-sungguh mengejar hal yang tidak dijamin seluruh manusia mendapatkannya. Hal yang Allah jamin bagi manusia adalah rezeki dan jodoh, dan hal yang Allah tidak jamin adalah ilmu dan iman. Oleh itu nak, berusahalah dengan sungguh-sungguh untuk mendapatkan ilmu dan iman”.

Dalam hal rezeki anak-anak yang dibimbangi oleh ibubapa sekarang ini, Imam Al-Ghazali menyebut, "Dia (Allah) yang menciptakan rezeki dan menciptakan yang mencari rezeki, serta Dia yang mengantarnya kepada mereka dan menciptakan sebab-sebab sehingga mereka dapat menikmatinya".

Oleh itu saudaraku, usahlah bimbang terhadap anak-anak yang menyambung pelajaran dalam bidang agama. Ilmu yang diperolehi itu tidak akan sia-sia. Agama memandu, menunjuk jalan yang benar dan jalan kejayaan. Berilah galakan dan terus memotivasikan bahawa pilihan mereka adalah pilihan yang tepat. Kalaupun mereka tidak terlalu kaya, mereka tidak akan miskin. Kalaulah mereka itu kaya, kekayaan itu akan mengkayakan mereka juga di akhirat nanti. Ceritakanlah kisah dua orang anak pemimpin di zaman bani Umayyah iaitu anak-anak Sulaiman bin Abdul Malik dan anak-anak Umar bin Abdul Aziz agar menjadi pengajaran yang berguna kepada mereka.

3 comments:

Damitri said...

salam..

teringt masa mula2 masuk sekolah menengah dulu...ambo pilih masuk sekolah ugama (arab)...ramai waris kata masuk sekolah arab ni tadok kijer...tp sekarang semua org rujuk kita hal ehwal agama dan juga akademik...tu la keistimewaan sekolah arab ni..dua2 bidang blh g

rabbani said...

yer betul kata Damitri... saya setuju... emm betul saya pun dari kecik mula dari pra dah bersekolah di sekolah agama hinggalah sekolah rendah dan menangah.. hinggalah sekarang alhamdulillah Allah masih mengurniakan kesihatan untuk mencari ilmu2 agama yg terdapat dimuka bumi ni... alhadulillah bumi jordan menjadi tempat utk diri nih berhijrah mencari sesuap nasi dalam mengejar ilmu... mudahan dimana pun diri ini dicampak, tidak akan ku berundur dan berpaling tadah dengan agama Allah.. hikhik kata2 pembuka...

sememangnya ilmu agama begitu penting, tapi kekadang org amat memandang remeh malah mengetepikan agama demi mengejar nama dan pangkat... ada org kata duit no satu, agama tu kemudian pun tak per... nih la silapnya org kita zaman sekarang memandang dunia lebih penting dari akhirat... opssssss.... dah salah tempat nih.. hihihihi panjang plak... sorry abg lan... :D

Ibnul Munzir said...

kalu tak berpeluang bersekolah di sekolah agama, dapat join usrah di tempat pengajianpun kira okay. Dari situ akan tersemai benih kecenderungan untuk memahami Islam dengan lebih baik...

Ko guaner Damitri & Ustaz Bani?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...