(Ibnul Munzir)
Saya sedih dan kecewa... Saya percaya ramai lagi sahabat saya yang kecewa juga. Betapa lemahnya beberapa orang ADUN PKR, tetapi masih dipilih untuk menjadi calon wakil rakyat. Apa yang lebih ironi ialah menjadi wakil rakyat di Selangor. Sebuah negeri elit yang tentunya pemikiran rakyatnya juga bersifat elit. Bila-bila masa boleh tukar pemimpin yang khianat amanah rakyat.
Semasa isu di Perak, hati saya berkata... alah... itu kena beli. Mereka memang mata duitan. Mereka adalah ahli UMNO yang masih ada kepentingan kebendaan. Mereka ada salah faham dengan pimpinan mereka... dan alasan-alasan yang lebih bersifat 'high class'. Lepas ni tak adalah orang-orang seperti itu. Begitu juga apabila mula-mula timbul isu Badrul Hisham Abdullah, ADUN Port Kelang yang keluar PKR. Alaah... sama saja isunya macam di Perak. Dia dibeli... UMNO-BN (UBN) memang jahat. Mentang-mentang banyak duit hasil rompakan wang rakyat. Nak jatuhkan negeri PR dengan duit mereka.
Semuanya bersifat defensif dan menyalahkan parti lawan. Meskipun sememangnya mereka (UBN) sentiasa menyediakan dan melambakkan berbagai bentuk tawaran yang cukup mengujakan seperti duit berjuta-juta (meskipun akhirnya tipu jer... tak beri pun!), tetapi persoalan yang lebih besar ialah bagaimana calon yang begitu lemah fizikal dan 'imannya' boleh dipilih sebagai calon? Pagi ini saya terbaca pendedahkan dari RPK (beberapa hari yang lalu) yang sangat-sangat menyesakkan dada dan cukup mengecewakan kita (klik sini untuk Bahasa Inggeris dan klik sini untuk Bahasa Malaysia). Sebuah kawasan yang karat UMNO dan mengundi UBN sejak merdeka, telah memilih PR dalam PRU-12 yang lalu, tetapi telah dikecewakan oleh ADUN-nya yang sangat-sangat 'teruk dan buruk'! Karat UMNO-nya pengundi-pengundi di sana masih tidak berubah, tetapi apabila ADUN-nya pula yang mengkhianati mereka, apakah mungkin pengundi-pengundi itu akan memberikan peluang kali kedua untuk PR? Mudah-mudahan begitulah... tidak mustahil... dan mudah-mudahan Allah akan membalas pengkhianatan itu dengan yang balasan yang setimpal.
Namun apa yang menjadi pengajaran di sini ialah PR perlu sebuah 'kuasa eksekutif' dalam gabungan parti itu untuk menetapkan calon pada masa-masa akan datang agar setiap calon yang terpilih adalah mereka yang terbaik. Bukan main cekup pada saat akhir. Allah telah beri cukup pengajaran kepada kita. Dalam PAS masalah seperti ini susah untuk berlaku kerana sistem dalam PAS cukup baik lebih-lebih lagi apabila ianya dipandu dengan iman. Namun, apakah yang kita boleh lakukan dengan PKR dan DAP? PAS tidak ada kuasa untuk menentukan calon di kalangan mereka. Apa yang PAS boleh salurkan ialah nasihat dan panduan. Keputusan terakhir adalah di tangan mereka.
Oleh itu, antara perkara yang baik jika berlaku penubuhan Parti Pakatan Rakyat ialah kuasa menentukan calon itu dapat dipegang bersama dan PAS juga mempunyai kuasa untuk meneliti dan memilih calon di kalangan PKR dan DAP.
No comments:
Post a Comment