(Ibnul Munzir)
Keputusan Hakim Mahkamah Rayuan telah diduga. Skrip ini telah dihafal oleh rakyat Malaysia. Bukan sahaja penyokong PR, malah penyokong UMNO/BN pun dah agak. Bila ditanya, sambil gelak-gelak mereka menjawab "Tak perlu risau... UMNO mesti menang di mahkamah!". Alangkah hina dan rendahnya tahap mahkamah di Malaysia.
Kemenangan Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Raus Mohd. Shariff cukup menggelikan hati rakyat Malaysia apabila memberikan undian 3-0 meskipun dengan hujah pembelaan yang tiada isi. Hujah yang tiada isi itu sekadar berhujah. Keputusan telah diketahui. Sebab itu saya mengatakan kalau boss kata bagi menang... tak payah susah berhujah pasti akan menang (lihat di sini). Ikut skrip yang ditulis oleh boss. Malangnya semua mengundi memberikan kemenangan itu menunjukkan berapa banyak 'habuan' yang mungkin mereka akan terima. Mereka berebut-berebut untuk dapat 'bonus' besar. Kalau ya pun nak beri kemenangan, berilah 2-1. Barulah nampak logik.
Keputusan itu sudah menjadi tidak penting sekarang kerana rakyat telah tahu undang-undang. Rakyat telah mendapat semua maklumat. Cuma keputusan itu melengkapkan kebodohan PM Najib dan lahapnya hakim-hakim yang menggunakan kedudukan mereka untuk menimbun harta dari penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dengan menginjak-injak ilmu dan maruah mereka sendiri. Mereka sedang memperbodohkan diri mereka sendiri.
Keputusan 3-0 juga akan seolah-olah keputusan Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim itu salah sepenuhnya. Tidakkah ia suatu yang merendahkan martabat hakim itu?
Selepas ini, adegan yang lebih menarik pasti akan menyusul...
1 comment:
Semoga Allah memberikan mereka hidayah.
Rasa lucu dan dalam masa yang sama hairan dengan taktik terang-terangan yang digunakan untuk membuatkan keputusan memihak kepada mereka.
Semoga Allah memberi mereka hidayah kerana menjadi hakim yang tidak adil sedang hukum hakim yang tidak adil sungguh berat seksaannya di akhirat kelak.
Post a Comment