(Ibnul Munzir)
Sebenarnya bagi sesiapa yang memerhatikan percaturan Allah SWT di dalam krisis Perak ini akan melihat peluang besar kepada PM Najib Razak untuk membuka lembaran baru karier politiknya. Meskipun lembaran baru itu dapat dilihat sebagai taktik dan umpan, namun kerana kebanyakan rakyat Malaysia yang dihuni oleh orang Melayu ini agak mudah melupakan kejahatan demi setitik kebaikan dan harapan yang dilihat ada pada orang itu, maka tak kisahlah taktik yang orang sudah tahupun tak apa, tetapi ia tetap berkesan di hati rakyat. Inilah mulianya sifat Melayu yang selalu dicuri kesempatan oleh mereka demi kepentingan diri.
Sekarang isu Nizar lawan Zambry sedang berada di Mahkamah Rayuan. Secara lazimnya kes berprofil tinggi seperti ini akan dikendalikan oleh hakim yang menurut sahaja kata bosnya. Kalau bosnya kata sabitkan, maka tak usahlah bermati-matian lawan, akan kalah dengan seribu satu alasan meskipun alasan itu akan ditertawakan oleh kanak-kanak sekolah. Kalau kata lepaskan, tak payah bersusah payah nak melawanlah... InsyaAllah akan terlepas.
Oleh itu, kita melihat bahawa sekarang kemarahan rakyat Perak selain kepada UMNO/BN Perak, ia adalah lebih kepada batang tubuh PM Najib sendiri. Semua orang tahu komplot murahan 'Tragedi Pasir Dua Butir' itu adalah arahan PM Najib sehingga rakyat menolak secara total UMNO/BN dalam pilihanraya 2 Bukit. Kini rakyat semakin marah dengan isu Mahkamah Rayuan yang menangguhkan kemenagan MB Nizar ke atas Zambry. Bolehkah PM Najib bayangkan apakah reaksi rakyat Perak... ya... Rakyat Perak, bukan penyokong PAS atau PKR atau DAP, tetapi rakyat Perak dan seluruh Malaysia jika Mahkamah Rayuan memberi kemenangan kepada Zambry dalam pertandingan klasik itu? Rakyat telah tahu secara menyeluruh tentang Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Mahkamah Rayuan nak beri kemenangan kepada Zambry atas alasan apa? Akhirnya... gi mari, gi mari... tak lain tak bukan ialah atas alasan arahan bos iaitu PM Najib. Skrip ini telah lama dihafal rakyat. Seolah-olah soalan bocor semasa peperiksaan SPM saja lagaknya.
Rakyat betul-betul akan ketawa atas kebodohan hakim jika keputusan itu kelak akan memihak kepada Zambry. Biarpun siapa hakim itu, Sistem Kehakiman Malaysia telah robek. Kepercayaan rakyat telah hilang kerana UMNO/BN lah yang merobek-robek semua itu. Kini, sebijak manapun hakim, kalau berlawanan dengan aspirasi rakyat, maka hakim itu akan ditertawakan dan diperbodohkan. Ya... aspirasi rakyat kini yang didorong oleh sifat mengetahui kedudukan yang benar hasil dari media massa tanpa sepadan internet.
Hanya satu cara saja PM Najib dapat sedikit sebanyak memulihkan dan membersihkan sedikit rekod buruknya ialah dengan membenarkan Hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan berdasarkan kebenaran. Bukan rasuah dan sogokan atau arahan. Nescaya kita akan melihat keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan tidak ada bezanya.
PM Najib kena ingat, Mahathir dan Muhyiddin bukan selamanya setia bersamanya. Kalau Pak Lah yang cukup clean pun kena godam sehingga jatuh tertiarap tak dapat bangun-bangun, inikan pula PM Najib yang semua orang tahu dengan rekod ganas dan buruknya. Lebih-lebih lagi PM Najib telah memberikan rekod yang agak mengecewakan Mahathir sebelum menjadi PM. Kalau Mahathir tak puas hati dengan pengendalian isu Perak ini, jangan menyesal kalau PM Najib mungkin mempunyai riwayat yang lebih pendek daripada Pak Lah.
No comments:
Post a Comment