Saturday, May 23, 2009

Bila Muhyiddin Mengajar Najib Cara Berpolitik...

(Ibnul Munzir)

Kematian ADUN Manik Urai sekali lagi memeningkan kepala pemimpin tertinggi UMNO iaitu PM Najib. Sebaik saja PM Najib mengumumkan tidak bertanding di Penanti kerana katanya membazirkan wang rakyat, tiba-tiba Allah terus menguji keikhlasan kata-kata PM Najib dengan kekosongan kerusi DUN Manik Urai dengan kembalinya Tn. Haji Ismail bin Yaacob ke rahmatullah.

Sebagaimana Muhyiddin menyelamatkan imej Hishamuddin Hussein, Naib Presiden UMNO agar tidak terlajak dalam menangani isu krisis kepimpinan UMNO Terengganu lantaran Hishamuddin adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, kini sekali lagi Muhyiddin cuba menyelamatkan imej PM Najib dengan cepat membuat kenyataan bahawa UMNO/BN akan bertanding di DUN Manik Urai. Mana perginya pembaziran wang akibat PRK?

Rakyat telah melihat dengan jelas suasana di Pulau Pinang dan di Kelantan adalah hampir sama dari segi kekuatan PR dan majoriti ADUN PR yang mentadbir negeri. Bila melihat kemungkinan besar kekalahan akan berpihak kepada BN di Penanti, apatah lagi kalau menangpun bukan boleh mengambil-alih Pulau Pinang, maka diciptalah alasan yang kononnya tepat untuk membolehkan PM Najib mengelakkan kempen pilihanraya yang sangat ditakuti kerana pastinya 'hantu Altantuya' akan berkeliaran semula. Tapi malangnya, suasana yang sama juga berlaku di Kelantan hasil kerja Allah SWT untuk membayar 'cash' penipuan PM Najib atas alasan tadi, sudah tentu PM Najib tak larat nak buat alasan yang sama. Akhirnya Muhyiddin cuba menyelamatkan imej PM Najib dari dimalukan buat kali kedua dengan kenyataan yang cukup mencalarkan imej PM Najib di mata rakyat Malaysia, tetapi barangkali dengan motif 'mengajar' bosnya itu bahawa alasan yang diberikan untuk tidak menyertai pilihanraya di Penanti bukannya pembaziran, tetapi adalah perletakan jawatan. Dan terciptalah alasan yang spontan dari Muhyiddin bahawa UMNO/BN akan meletakkan calon di Manik Urai kerana calonnya mati, bukan letak jawatan (klik sini).

Bukankah itu caranya seorang pemimpin parti yang memerintah membuat kenyataan yang cepat dalam hal-hal meletakkan calon? Kenapa susah sangat nak letak calon? Kerana masalah rakyatkah (dengan isu pembaziran) atau masalah peribadikah (dengan isu Altantuya)?... Baca style P. Ramlee... Mana pernah berlaku dalam sejarah parti pemerintah begitu susah hati untuk berlawan di kawasan pembangkang dalam pilihanraya kecil? Nah... Muhyiddin telah menunjukkan caranya sebagaimana yang diamalkan oleh semua pemimpin UMNO dari dulu sehingga sekarang. Inilah yang disukai oleh 'behind curtain' bosnya iaitu Che Det. PRK isu moral UMNO/BN. Kalau jadi Presiden UMNO masih terlalu takutkan isu-isu peribadi yang akan dibangkitkan, lebih baik beri pada orang lain dulu sehingga isu-isu peribadinya dibersihkan.

Kenyataan Muhyiddin itu terpaksa disokong saja oleh PM Najib yang berada di Singapura. Kalaulah wartawan sempat bertanya PM Najib sebelum Muhyiddin, mungkin hampir pasti jawapannya sama seperti untuk Penanti.

Dengan beberapa contoh yang ditunjukkan oleh Muhyiddin, ternyata ia lebih mencuit ramai ahli-ahli UMNO dan ini akan lebih memendekkan usia PM Najib. Muhyiddin seorang yang berani. Kalau Pak Lah pun terpaksa akur dengan desakan Muhyiddin agar mempercepatkan peralihan kuasa kepada Najib, inikan pula Najib yang tak lebih pandaipun berbanding dengan dirinya... barangkali dia sendiri akan bertanding melawan PM Najib untuk Presiden UMNO 2 tahun akan datang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...