Sunday, May 24, 2009

Sayang...Ahmad Said Terlambat Sedikit

(Ibnul Munzir)

Sebelum Perhimpunan Agong UMNO dulu, tepatnya sebelum pertukaran kepimpinan UMNO Pusat, ramai yang mencadangkan agar DUN Terengganu dibubarkan untuk memberi laluan pilihanraya kecil bagi menyelesaikan krisis kepimpinan UMNO Terengganu. MB Mat Said pun maklum akan perkara ini. Beliau bukan tak tahu akan kedudukan UMNO yang hanya dapat diselesaikan dengan pembubaran DUN dan membuang segala kepala pengat yang menjadi duri dalam UMNO Terengganu dari menjadi wakil rakyat. Dalam UMNO ni, formulanya sangat mudah, buang pemimpin manapun dari menjadi wakil rakyat, hilanglah taringnya..

Tapi MB Mat Said telah melakukan langkah yang silap. Beliau mahu menunggu PM Najib naik jadi Presiden dan berharap akan membawa berita baik kepada karier politiknya. Mungkin beliau beranggapan bahawa PM Najib pasti menyebelahinya ekoran beliau adalah penentang utama projek Monsun Cup dan TTI yang tak dapat sedikitpun labanya kepada PM Najib. Beliau juga merupakan salah seorang antara kumpulan Hang Jebat yang menjatuhkan maruah mantan PM Pak Lah sehingga terpaksa berundur lebih cepat kerana kebodohannya melawan sultan ditertawakan oleh anak-anak rakyat Malaysia. Tetapi MB Mat Said telah silap melakukan percaturan lantaran tidak kenal dengan PM Najib yang belum tentu dapat dijadikan kawan selepas menjawat jawatan orang nombor satu dalam UMNO dan kerajaan.

Kini nyawa politiknya terumbang-ambing. Bila-bila masa beliau akan dicampakkan ke tepi. Paling lewatpun PRU13 nanti pasti suatu penantian yang menjadikannya tak dapat tidur malam. Kalau Derih Jusoh (waktu itu Pengerusi BP UMNO Terengganu) dia boleh ugut agar terus memilihnya untuk mewakili Kijal dalam PRU12 lantaran sama-sama rakyat Terengganu, kini Pengerusi BP UMNO Terengganu adalah Hishamuddin Tun Hussein, rakyat Johor yang hayat politiknya dan pencak silatnya langsung tidak ada kena mengena dengan Terengganu, pasti tidak lut dek ugutan-ugutan bodoh.

Itulah sayangnya tindakan lewat MB Mat Said. Kalau dia ikut cadangan kawan-kawan dari PAS agar membubarkan DUN sebelum Pemilihan Agong UMNO dulu, meskipun beliau akan dianggap gila, namun tindakan itu mampu menjadikannya hero rakyat dan menjadikannya semakin dihormati oleh kepimpinan baru UMNO Malaysia. Jika beliau membubarkan DUN ketika itu, selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, beliau boleh membuang semua tunggul-tunggul buruk kumpulan 'Natang' yang menderhaka kepada Sultan Mizan itu dan menggantikannya dengan muka-muka baru yang taat setia kepada sultan. Alasan untuk membuang mereka sangat kuat. Mereka telah menderhaka kepada sultan dan mustahil orang menderhaka akan dipilih untuk menjadi wakil rakyat. Bila mereka tidak dipilih menjadi calon, hayat politiknya akan pupus dan taringnya akan hilang dengan sendiri. UMNO akan selamat dari krisis kepimpinan seperti hari ini.

Tetapi hari ini MB Mat Said tidak boleh lagi melakukan seumpama itu. Kalau beliau membubarkan DUN pun, barangkali beliau juga berisiko untuk tidak dipilih menjadi wakil rakyat. Jadi, beliau kini terpaksa tunggu dan lihat. Mungkin boleh mengharapkan rakan-rakan dalam PAS dapat membantunya, namun hayat politiknya mungkin tidak panjang selepas ini.

Masihkah MB Mat Said ingat apa yang dilakukannya terhadap Masjid Kijal? Masihkah beliau ingat cabaran yang dilontarkannya terhadap Allah SWT sebaik saja memenangi kerusi DUN Kijal dalam PRU12 baru-baru ini? Apakah ini semua bala Allah untuk membalas segala perbuatan dan doda-dosanya yang masih belum ditebus? Moga-moga MB Mat Said insaf dan kembali ke pangkal jalan. Kalau sehebat Sayyidina Umar Al-Khattab, Khalid bin Al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal dalam menentang Islam boleh datang untuk sujud dan merendah diri kepada Allah dan Rasulnya (Sallallahu 'alaihi wassallam), kenapa tidak MB Mat Said?

Baca artikel berkaitan di sini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...