Apabila laporan polis dibuat, ini bermakna ia mempunyai fakta yang kukuh. Kalau mengikut suratkhabar, berita yang akan dipaparkan adalah mengikut kepentingan pihak yang menguasai mereka. Apatah lagi akhbar yang tidak menjadikan iman sebagai pegangan. Berbagai bentuk berita yang keluar kelmarin termasuk hari ini hanyalah untuk menegakkan tindakan kumpulan mereka.
Pihak blogger juga memberi laporan yang berbagai-bagai, meskipun majoritinya memberikan laporan yang betul, tetapi blogger UMNO/BN akan memutar-belitkan berita untuk menyatakan mereka yang benar.
Di bawah adalah sebahagian dari cerita benar yang diambil dari blog Sanggah Tok Sago (berita kelmarin) bagi menunjukkan betapa jahatnya UMNO/BN ini yang laparkan kuasa dan tak sabar-sabar nak memerintah Perak meskipun dengan cara haram:
SPEAKER Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak yang sah, V. Sivakumar, bertindak membuat aduan polis berhubung kekecohan dan pencerobohan polis di persidangan Dun Perak, 8 Mei lalu.
Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kira-kira 11.30 pagi, dengan diiringi beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat, sejurus selepas sidang media di Pejabat DAP Perak.
Dalam aduannya, Sivakumar berkata sepuluh Adun, termasuk Menteri Besar BN, Dato' Seri Zambry Abd Kadir dan enam exconya mengingkari arahannya yang melarang mereka memasuki dewan.
"Saya juga mengumumkan selagi mereka tidak meninggalkan dewan, sidang dewan tidak akan bermula. Bagaimanapun, mereka mengingkari arahan saya sebagai speaker. Malahan mereka membuat kecoh di dalam dewan dengan cuba mengemukakan usul walaupun sidang dewan belum bermula lagi," kata beliau.
Tindakan sekumpulan polis dan beberapa lelaki yang disyaki sebagai samseng luar tanpa pas memasuki dewan tanpa kebenaran dan pengetahuan beliau turut dinyatakan dalam laporan polis tersebut.
"Walaupun saya telah cuba sedaya upaya memberi amaran (supaya) jangan menghalang saya menjalankan tugas, sekumpulan lelaki tersebut telah mencekik leher saya dan mengheret badan saya ke atas lantai.
"Dan saya dibawa keluar (dari) dewan negeri dengan penuh kekerasan," katanya dalam laporan itu.
Kekecohan itu juga, tambah Sivakumar, menyebabkan beberapa Adun Pakatan Rakyat, antaranya Adun Pinji, Thomas Su, Seah Leong Peng (Pasir Bedamar) dan Chang Lih Kang (Teja) mengalami kecederaan.
Selain itu, Adun Jelapang, Hee Yit Fong juga didakwa menyembur bahan pemedih mata kepada Adun Aulong, Yaw Tian Woh.
"Berdasarkan kepada fakta di atas, saya mendapati mereka yang terlibat dalam kejadian di atas telah melanggar Seksyen 124 dan 323 Kanun Keseksaan dan undang-undang lain.
"Dan dengan ini saya datang meminta pihak polis mengambil segala tindakan undang-undang yang wajar supaya membela kedaulatan undang-undang negara dan menegakkan keadilan," adunya lagi kepada polis.
Sementara itu, Misbahul Munir Masduki, berkata beberapa Adun yang lain turut membuat laporan polis terhadap kekasaran yang dilakukan sekumpulan lelaki tersebut.
Katanya, mereka mendakwa dan mengesyaki lelaki-lelaki itu ialah anggota polis yang dipergunakan oleh BN Perak untuk kepentingan politik mereka. Tambahnya, seorang penyokong kuat Pakatan Rakyat juga membuat laporan polis terhadap kekasaran yang dilakukan ke atasnya di luar bangunan Perak Darul Ridzuan. Lelaki tersebut dikasari dan diseret sehingga berlaku kecederaan yang serius.
Antara Adun yang turut serta ialah Dato' Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming, Khalil Idham Lim yang diiringi para penyokong dan wartawan.
No comments:
Post a Comment