Setelah mendenganr ceramah dari YB Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong yang menggantikan YAB Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin yang berceramah di Rusila malam tadi (8 Mei 2009), saya rasa sistem demokrasi di Malaysia ni begitu teruk apabila dibiarkan berada di bawah pemerintahan UMNO/BN.
Bayangkanlah, bagaimana usul pemecatan Speaker telah dibawa oleh MB Haram Zambry dan disokong YB Haram Hee Yit Foong telah seolah-olah diterima dan disahkan dewan. MB Haram itu telah dikenakan tindakan penggantungan 18 bulan oleh Lembaga Hak Asasi DUN, manakala Hee Yit Foong bukanlah lagi seorang ADUN. Sedangkan belum ada mana-mana mahkamah yang memutuskan bahawa penggantungan MB Haram Zambry dan perletakan jawatan YB Haram Yee itu terbatal, namun alangkah kelakarnya bila tindakan mereka direstui oleh seluruh pemimpin UMNO/BN yang memerintah Malaysia hari ini.
Mereka sanggup menjadikan kekerasan sebagai lambang keadilan yang memberi erti menegakkan kembali undang-undang rimba. Mereka sanggup menodai perlembagaan tubuh negeri Perak yang mereka sendiri mendokongnya selama lebih 50 tahun. Mana ada di dalam mana-mana negara di dunia yang polis boleh masuk DUN untuk menyeret Speaker yang sah, yang belum ada mana-mana mahkamah menyatakan bahawa dia tidak sah, seorang yang kedudukannya paling tinggi dalam DUN itu. Barangkali kalau Hang Tuah masih hidup, diapun akan ketawa dengan kebodohan politik UMNO/BN itu!
Apa yang mereka buat semua halal meskipun melanggar undang-undang dan perlembagaan sedangkan apa yang orang lain selain UMNO/BN buat haram kalau melawan mereka.
Kalau macam inilah ceritanya UMNO/BN ni, layakkah lagi mereka memerintah negara? Bodoh sangatkah rakyat Malaysia ni sampai benda yang terang-terangan salah macam inipun sanggup dilakukan di depan media massa.
Kini, tinggal rakyat Malasyia yang cerdik-cerdik ini yang akan menentukan Malaysia ini masih selamat untuk diduduki oleh rakyat generasi akan datang. Lihatlah anak-anak kita yang masih kecil. Masa depan mereka masih samar akibat UMNO/BN yang tamak, mabuk dan gilakan kuasa ini. Sampai bilakah kita akan berada dalam situasi sebegini? Hari ini di Perak, esok pasti akan menjangkit ke tempat-tempat lain jika krisis di Perak ini dibiarkan dan direstui.
Ayuh rakyat Malasyia. Buktikan kalian 1Malaysia menolak UMNO/BN!
Sedikit video menarik untuk dikongsi bersama:
No comments:
Post a Comment