(Ibnul Munzir)
Mendengar berita mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada YAB Dato' Seri Ir. Mohd. Nizar b. Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, hati ini cukup terharu dan bersyukur. Inilah berkat perjuangan rakyat yang tidak mengenal penat dan lelah serta doa yang tidak putus-putus dari mereka yang ikhlas.
Setelah UMNO/BN menodai perlembagaan Perak, Allah SWT telah menganugerahkan satu lagi YB kepada YAB Nizar dengan kemenangannya di Parlimen Bukit Gantang. Jadi, dengan kemenangan rakyat atas keputusan Mahkamah Tinggi itu, ia menjadikan 2 pukulan TKO kepada UMNO/BN di Perak khususnya yang sememangnya sudah sangat-sangat dibenci oleh rakyat.
Usaha Menteri Besar Haram YB Dr. Zambry yang mencipta episod paling lawak dalam DUN Perak baru-baru ini untuk merampas kuasa daripada speaker seperti merampas kedudukan ketua darjah dalam sekolah kebangsaan paling hulu di Malaysia ternyata sia-sia. Usahanya untuk menjatuhkan speaker menggunakan kekerasan yang disangkanya akan berhasil ternyata satu usaha yang hanya memalukan dirinya dan kuncu-kuncunya sehingga kiamat. Peristiwa itu akan dicatat sejarah. Namanya akan terpahat sebagai satu makhluk dalam UMNO/BN yang paling memalukan kerana disangka cerdik sehingga ditunjuk sebagai MB oleh PM ketika itu (Pak Lah) tetapi ternyata terlalu bodoh dan tidak tahu undang-undang dan perlembagaan.
Kini Pakatan Rakyat yang diketuai oleh YAB Nizar akan memulakan kembali tugas sebagai pemerintah kerajaan Perak. Nasib 7 orang yang digantung tugas termasuk MB Haram UMNO/BN dijangka akan menjadi semakin buruk apabila Speaker YB V. Sivakumar memulakan tugasnya. Meskipun mereka akan membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan atas keputusan Mahkamah Tinggi itu, sudah pasti ia suatu usaha yang sia-sia kerana kes tersebut telah sampai ke Mahkamah Persekutuan sebelum ini sebelum dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi. Kini, tinggal 3 orang ADUN yang mencetuskan segala tragedi dan huru-hara di DUN Perak yang masih belum diputuskan oleh mahkamah. Jika Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang mendokong Perlembagaan Perak atas kes YAB Nizar vs Zambry, sudah tentu kes 3 ADUN itu juga akan dirujuk kepada Perlembagaan Perak dan keputusannya adalah berpihak kepada Speaker juga iaitu status 3 YB itu gugur dan pilihanraya bagi 3 DUN akan dilakukan.
BERIKUT adalah perkembangan susulan kes permohonan mempersoalkan kesahihan Menteri Besar Perak.
1.15 tengah hari: Wartawan mula berkumpul di hadapan mahkamah.
1.20 tengah hari: Keadaan masih masih lagi tenang. Kelihatan beberapa trak FRU mula memasuki kawasan pekarangan mahkamah.
1.58 tengah hari: Barisan peguam kedua-dua pihak - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berada di depan Mahkamah Tinggi Dagang 8. Kelihatan juga segelintir penyokong mula berkumpul, menunggu masa untuk masuk ke kawasan mahkamah.
2.15 petang: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tiba di kawasan pekarangan mahkamah.
2.30 petang: Mahkamah mula bersidang.
3.30 petang: Hakim, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim sedang membaca kertas penghakiman.
3.45 petang: Hakim, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
4.15 petang: Mahkamah menolak keputusan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan pengesahan Nizar sebagai MB Perak tapi boleh kemuka rayuant rasmi.
4.15 petang: Kira-kira 30 penyokong Nizar berkumpul di luar perkarangan kompleks mahkamah sambil melaungkan laungan 'Reformasi'.
4.30 petang: Nizar akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah esok pagi di Istana Kuala Kangsar bagi memaklumkan secara rasmi keputusan mahkamah.
4.43 petang: Nizar mengambil keputusan pertama menggantung penasihat undang-undang negeri Kamal serta-merta.
5.05 petang: BN Perak menghormati keputusan mahkamah yang sahkan Nizar; kosongkan bangunan SUK dengan segera, kata pembantu Zambry Abdul Kadir.
5.30 petang: Pasukan FRU diletakkan di kawasan sekitar bangunan SUK Perak.
6.10 petang: Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah mengeluarkan arahan tiada pihak yang boleh mengadakan perhimpunan dan perarakan ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
6.30 petang: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, BN akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah mengesahkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar dan mahu warga Perak bertenang.
No comments:
Post a Comment