
Aku juga sangat suka memancing. Tapi aku tak suka pergi sorang-sorang. Aku akan cari teman sama ada kawan-kawan sekampung atau abang-abang aku yang antaranya juga 'gila' memancing. Tapi bukan memancing kat sungai... memancing kat parit jer. Pendek kata kami akan berlawan siapa dapat paling banyak ikan. Kerapkali akulah yang mendahului mereka.
Banyak lagi permainan-permainan yang aku suka yang barangkali tak tersenarai di sini. Tetapi cukuplah untuk menyatakan yang biasanaya akulah 'hero' dalam permainan-permainan itu.
Bila dah bersekolah menengah, aku buat berbagai-bagai pekerjaan. Maklumlah aku datang dari keluarga yang miskin. Aku akan kerja untuk cari duit poket menampung persekolahanku. Aku pernah kerja 'petik' nenas, menoreh getah, 'sabit'/pahat kelapa sawit, kutip kopi, kutip koko, buat kelapa salai, jual kelapa tua di kedai-kedai runcit, tanam dan jual kacang panjang serta yang paling mencabar ialah bekerja kapal laut di MSE Pasir Gudang yang hampir-hampir 'meragut' nyawaku.
Di peringkat universiti, aku pernah mengetuai satu jemaah kampus dari tahun 1990 - 1994.
Aku juga banyak kelemahan yang tak tersenarai. Salah satunya, aku sangat fobia untuk berucap di khalayak ramai meskipun sehingga sekarang. Ramai orang tidak percaya tetapi itulah hakikatnya. Namun aku beranikan diri jua bila diberi 'tugasan' untuk itu. Perasaan inferiority lah yang menyebabkan ketakutan itu. Namun sebahagiannya dapat dikikis (dalam 5% jer... huhu...) bila aku bergiat untuk sementara waktu sebagai pemimpin MLM dari 2002 hingga 2005.
Sekarang, aku belajar menulis dan cukup suka menganalisa isu meskipun selalunya tak tepat...hehe... Menulis memang satu kegemaran dan aku mula membina kesukaan ini sejak di MRSM Kulim tahun 1988 dahulu apabila mengetuai Lajnah Agama di peringkat matrikulasi. Tetapi kerana tidak serious menulis, kebolehan ini tidaklah 'setara' mana...

Para pembaca yang membaca artikel ini, doakanlah kami semua. Mudah-mudahan doa kalian akan kembali juga kepada kalian.
2 comments:
salam.... aduyai makin betambah blogger2 kita nih yer.... emmm apa pun nakal sungguh lassssss abe n kak kiter nih... aduyai... bani nok jawab kuiz tu buleh dok??? emmm jwpn nyer 12 - 2 + 1 = 11... ye dokkk hihihi...
Alamak bani ke... maaf la lambat jawab. Tak setting lagi kalu ada comment masuk tubek kat emel.. so baru sat ni terperasan... hehe... pe kabo kat jordan? moga bertambah ilmu dan pengalaman untuk dibawa balik kat Malaysia.
Tengok dok agi klinik ummi blogspot... design bani ah tu... tapi abang lan adjust sikit kat gambor tu. mintak halal deh...
Post a Comment