Wednesday, April 17, 2013

Perjuangan yang benar wajib disokong

(Ibnul Munzir)

Perjuangan mana yang benar? PAS atau UMNO? PR atau BN?

Untuk memastikan benar atau tidaknya parti politik ni, ia tidak boleh berdasarkan kata-kata. Sebab apa? Sebab lidah itu tidak bertulang. Sebab itu di akhirat nanti lidah tak boleh bercakap. Anggota badan lain yang akan bercakap sebagai saksi apa yang dilakukan oleh manusia. Jadi nak kena tengok apa? Kena tengok apa yang dibuat.

Dari segi membela agama. Siapa yang bela agama? Tentulah mereka yang mengamalkan agama. Bagaimana nak tengok mereka amalkan agama, tengok pakaian? Tidak. Tengok isteri dan anak-anak perempuannya. Mereka yang menjaga agama, pastinya mereka yang ikut arahan agama. Agama suruh pakai tudung, mereka ikut. Agama suruh tutup aurat, mereka ikut. Sebab tutup aurat itu adalah nas Al-Quran, hadis dan ijmak ulamak mewajibkannya. Bila anak isteri pakai tudung dan tutup aurat barulah kita boleh ikut. Tapi ini hanyalah cara screening yang mudah.

Kita tengok apakah screening ini lulus bagi kedua-dua parti UMNO dan PAS. Pimpinan mana yang percayakan agama dan ikut agama. Isteri DS Najib pakai tudung? Tidak! Isteri DS Abdul Hadi Awang pakai tudung dengan sempurna. Nah! apakah harapan kita bila syarat mudah ini sudah gagal diikuti oleh UMNO? Jika arahan agama yang sangat mudah seperti untuk tutup aurat saja sudah gagal diikuti oleh pemimpin UMNO itu, agak-agaknya mereka takut akan hukum Allah atau tidak? Bila tidak takut hukum Allah, apakah yang akan memandu dan mengawal mereka untuk berlaku adil dan baik terhadap rakyatnya? Jika sudah tiada pemandu dan pengawal apakah agaknya perkara besar yang lain tidak dilanggar?

"Alah.... pemimpin negara bukan Islampun boleh berlaku adil?" Kawan saya tak puas hati.


Ambil contoh negara Amerika Syarikat. Mereka dikawal oleh etika. Kepercayaan agama juga memainkan peranan. Penganut agama Kristian juga menyuruh berbuat baik dan meninggalkan yang jahat. Sistem yang diamalkan dalam negaranya yang demokrasi dan media yang bebas juga menjadi pengawal agar keadilan sentiasa diikuti. Sebab itu apabila berlaku skandal seks, berlaku rasuah dan salah guna kuasa, dengan cepat rakyat tahu dan pemimpinnya meletak jawatan.

Tetapi malang bagi UMNO ini, awal-awal sudah melanggar perintah agama, ditambah dengan seluruh sistem tidak dibenarkan bebas. Ini menyebabkan rakyat terus tidak tahu apa yang dilakukan oleh pemimpin negara mereka. Sehingga pemimpin negara Malaysia ini tersenarai antara pemimpin yang paling kaya di Asiapun rakyat boleh terima. Rasuah, penyelewengan, keganasan, penipuan, sumbang mahram dan segala bentuk kejahatan telah berlakupun rakyat tidak tahu. Malaysia sekarang sangat parah. Ekonominya, hutangnya, keselamatannya dan sebaginya... sangat membimbangkan. Tidak percaya kepada agama, kesannya sangat besar dalam sebuah pemerintahan.

Apabila parti sudah gagal mengawal pemimpinnya dari berlaku zalim... pastilah perjuangannya salah. Mereka yang menyokong juga berdosa jika mereka tahu apa yang sebenar tetapi tetap menyokongnya...

Oleh itu, ayuhlah kita tukar kerajaan ini pada PRU13 nanti demi menyelamatkan diri kita sendiri di akhirat, dan negara Malaysia ini dari kemusnahan yang dilakukan oleh pemimpin yang tidak percaya agama...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...