Thursday, April 18, 2013

Cina akan memerintah kerana sokong PAS?

(Ibnul Munzir)

Saya merasa gelihati bila digembar-gemburkan bahawa Cina akan memerintah jika PR menang di Terengganu. Justeru untuk mengelakkan kejadian tidak diingini itu, jangan sokong PR.

Dalam konteks Terengganu, PR itu ertinya PAS sebab majoriti calonnya adalah dari PAS. Tidakkah kita gelihati dengan kenyataan ini? Kenyataan yang dilontar oleh orang yang nak memperbodohkan orang Melayu, tapi ternyata ramai Melayu yang memang bodoh (maaf) kerana mempercayainya.

Persoalannya berapa banyak kerusi yang ditandingi oleh Cina dalam PR di Terengganu? Tiada. Kalau tiada, bagaimana untuk memerintah Terengganu? Mustahil!

Jadi, berfikirlah wahai umat Melayu. Bilakah lagi kalian akan menjadi lebih cerdik? Selalu diperbodohkan oleh pemimpin UMNO-BN agar terus menjadi seperti 'haiwan peliharaan' yang bila-bila masa boleh disembelih.

Dalam konteks parlimen pula. Bagaimana Cina mahu memerintah dengan DAP hanya bertanding 50 kerusi? Kalau dicampur dengan wakil Cina dalam PKR hanya 60-70 kerusi. Selebihnya adalah Melayu. Parlimen Malaysia hari ini mempunyai 222 kerusi, ertinya kerusi Melayu adalah 152. Bagaimana kiraan matematik 70 kerusi boleh menewaskan 152 kerusi?

Satu lagi fakta yang wajib diketahui ialah PAS hanya menentang UMNO di kerusi-kerusi Melayu. Kalau PAS menang, Melayu menang, kalau PAS kalah, Melayu juga yang menang. Justeru, sekali lagi ditegaskan, kenyataan bodoh itu tidak perlu ditakuti. Pastinya ia adalah datangnya dari UMNO yang memang bodoh atau cuba memperbodohkan Melayu demi kuasa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...