Monday, June 11, 2012

RM1.8 juta wang rakyat dibazirkan untuk mengganyang rakyat?

(Ibnul Munzir)

Ulasan Ibnul Munzir terhadap berita di bawah:

Apakah anda sebagai rakyat yang cintakan Malaysia gembira dengan laporan pembaziran ini? Marilah kita renungkan ke manakah duit sebanyak ini dihabiskan oleh kerajaan Malaysia pada 28 April 2012 yang lalu:
1. Ia dihabiskan untuk peluru shell tear smoke sebanyak 909 butir, dan grenade tear smoke sebanyak 58 butir. Apakah guna peluru-peluru itu? Untuk menjadikan para peserta perhimpunan aman itu pedih matanya, sesak nafasnya dan lari lintang-pukang di mana mungkin ketika itu sedang diperhati dan ditertawakan oleh para menteri dan pemerintah sambil berkata 'padan muka. Duit kamu juga semua tu...'
2. Untuk menyemburkan air berasid kepada para peserta perhimpunan agar mereka menjadi marah dan mengamuk lalu kamera dan video merakamkan keganasan yang berlaku yang mungkin sedang ditonton oleh  para menteri dan perdananya sekali sambil tersenyum dan berkata 'padan muka, tulah padahnya nak menuntut keadilan melalui jalanraya'!
3. Untuk duit poket atau duit elaun overtime, makan dan minum tengahari extra kerana tentunya mereka perlu dijamu agar bertenaga sebelum menjalankan tugas menjadi 'pengganas' yang tiada peri kemanusiaan.
4. Duit petrol kenderaan yang mereka gunakan untuk membawa senjata dan para pegawai berbaju biru yang sudah 'hilang akal' dan rasa simpati kepada rakyat yang lemah, kaum wanita, orang tua dan kanak-kanak.
5. Apakah para peserta Bersih 3.0 yang menunut keadilan itu mendapat habuannya? Tidak sama sekali. Pemerintah menghabiskan wang sebanyak RM1.8 juta itu adalah untuk menjadi pengganas terhadap rakyat yang tidak bersalah yang mana sepatutnya mereka menjadi penjaga keamanan ketika itu.



 Berita Harian Online

Kerajaan tanggung kos RM1.8 juta akibat BERSIH 3.0


Peluru-peluru itu tidak sepatutnya ditembakkan kepada
rakyat. Hanya orang yang sudah hilang perasaan malu
sanggup menjadi pengganas kepada orang awam.
Apakah rakyat itu dianggap musuh mereka?
2012/06/11KUALA LUMPUR: Kerajaan menanggung kos keseluruhan sebanyak RM1.8 juta akibat daripada penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Hishammuddin bagimanapun tidak menyatakan butiran kos yang ditanggung oleh kerajaan ekoran perhimpunan itu.
Hishammuddin juga berkata sebanyak 967 'tear gas' telah digunakan pada perhimpunan haram itu termasuk 909 butir 'shell tear smoke dan 58 butir grenade tear smoke' ketika menyuraikan perhimpunan itu.

Fong ingin mengetahui jumlah tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis yang bertugas mengawal perhimpunan itu dan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan.

Dalam soalan lain Fong juga ingin tahu jumlah pegawai polis yang dikenal pasti melanggar tatatertib pada perhimpunan berkenaan dan adakah mereka telah diambil tindakan serta garis panduan operasi (SOP) terperinci yang diarahkan kepada pegawai bertugas.
Sudah tiada perikemanusiaankah para pegawai berbaju
biru ini terhadap rakyat sedangkan gaji-gaji mereka setiap
bulan untuk menyara keluarga diambil dari mereka yang
diterajang dan dilanyak seperti anjing?
Hishammuddin berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak melalui SOP yang telah ditetapkan bagi tujuan mengawal keadaan daripada menjadi lebih ganas sehingga boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam semasa perhimpunan itu.

"Pada masa yang sama, pihak polis perlu bertindak dengan cepat bagi memastikan keadaan terkawal," katanya.
Beliau berkata pihak kementerian memandang serius akan sebarang pelanggaran SOP yang telah ditetapkan justeru anggota yang terlibat tidak akan terlepas dengan tindakan undang-undang.

"Selain itu, perkara ini akan turut disiasat dengan lebih teliti melalui penubuhan Jawatankuasa Panel Penasihat Bebas yang dipengerusikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Haniff Omar.

"Sekiranya terdapat mana-mana anggota keselamatan terbukti bersalah melanggar SOP yang telah disediakan, tindakan undang-undang akan tetap diambil terhadap anggota berkenaan," katanya.

Beliau berkata dua anggota polis telah didakwa di mahkamah kerana mengambil tindakan di luar garis panduan SOP semasa perhimpunan itu. - BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...