Friday, June 15, 2012

Hanya kerajaan berpengalaman mampu jamin masa depan: TPM

(Ibnul Munzir) 

Ulasan Ibnul Munzir terhadap berita di bawah adalah seperti berikut:


Tepat kenyataan TPM! Saya sokong 100%. Tapi malangnya ia bukan untuk UMNO. UMNO telah terbukti berpengalaman menghancurkan kerajaan Malaysia. UMNO berpengalaman songlap duit untuk kroni. Nak bukti? Saya memang tak ada bukti, tapi tolong jawab isu-isu besar seperti isu lembu-kondo Shahrizat, isu scorpene Najib, isu Mas Tajuddin Ramli, isu PKFZ Ling Liong Sik dan isu AP Rafidah Aziz yang semakin dilupakan dan banyak lagi senarai panjang isu-isu yang tak mungkin diselesaikan meskipun mereka yang terlibat disumbat ke penjara.

UMNO juga terbukti berpengalaman dengan kes-kes jenayah besar yang menjadi keraguan masyarakat kerana ianya tidak dibersihkan. Antaranya ialah kes pembunuhan Altantuya, kes kematian Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed. Kes kematian Kugan Ananthan semasa dalam tahanan polis juga sangat meragukan dan tidak mendapat pembelaan.

Itu belum lagi pengalaman dalam kes-kes jenayah penipuan oleh SPR demi untuk memenangkan UMNO-BN agar dapat terus memerintah Malaysia. Saya berpengalaman menemui seorang warganegara Pakistan yang tidak boleh berbahasa Malaysia. Cakap orang putihpun sikit-sikit tetapi ada kad pengenalan Mykad. Beliau baru berada di Malaysia tiga bulan. Katanya dapat kad pengenalan itu dari Sabah sebelum pilihanraya tahun 1999 dulu. Pendedahan yang dilakukan oleh PKR bahawa UMNO-BN telah memberikan kad pengenalan kepada warga asing sebanyak 600,000 di Sabah/Sarawak juga diakui oleh mereka sendiri. Anda bayangkan apakah akan jadi dengan Malaysia akibat kerakusan kuasa pemimpin UMNO-BN ini? Bukankah Malaysia akan dipenuhi dengan warganegara asing yang berlumba dengan anda bagi mencari rezeki di tanahair kita?


Pengalaman kerajaan seperti inikah yang mampu menjamin masa depan Malaysia? Anda fikirlah sendiri dengan akal yang waras dan ayuhlah buat perubahan demi masa depan Malaysia dan generasi baru.

Berita Harian Online

2012/06/14

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata hanya kerajaan yang berpengalaman serta banyak menabur bakti dan jasa kepada negara mampu memberi masa depan yang lebih baik kepada rakyatnya.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, berkata sebagai kerajaan yang mempunyai perancangan jelas dan hala tuju, pelbagai inisiatif di bawah program transformasi sudah dilaksanakan BN bagi memastikan masa depan rakyat terjamin.
"Kita beri jaminan, selagi BN mendapat sokongan rakyat, usaha-usaha seperti mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan jumlah pendapatan rakyat akan diteruskan. Inilah jaminan kita, beri sokongan padu pada pilihan raya nanti.
"Kerjasama antara rakyat dan kerajaan adalah paksi untuk menjamin masa depan yang lebih baik," katanya pada majlis sepetang bersama rakyat di PPR Kampung Muhibbah, Jalan Puchong-Kuala Lumpur, di sini.

Program itu adalah sempena lawatan kerja sehari beliau ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.

Muhyiddin berkata, gelombang baru juga telah wujud berikutan keupayaan BN untuk melaksanakan perubahan yang lebih baik.

Katanya, ini dapat dilihat apabila ribuan penduduk PPR Kampung Muhibbah menyambut kedatangan pemimpin BN ke kawasan itu berbanding hanya ratusan sahaja yang hadir apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mengunjunginya.
Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat harus bijak dalam membuat penilaian dan tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang ditimbulkan pembangkang.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM1.6 juta untuk pembinaan surau dan dewan serbaguna bagi kemudahan penduduk di kawasan itu.

Lebih 10,000 orang daripada pelbagai kaum mendiami PPR Kampung Muhibbah sejak 2003. - BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...