Thursday, July 7, 2011

UMNO Menganjingkan Yang DiPertuan Agong?

Ibnul Munzir

Apakah kebenaran YDP Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin memberikan kebenaran mengadakan perhimpunan di dalam stadium bermaksud mengadakannya di stadium luar Kuala Lumpur sebagaimana yang dinyatakan oleh wakil kabinet kerajaan UMNO-BN, Datuk Seri Dr. Rais Yatim? (Klik sini) atau (http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rais-kabinet-tak-benar-bersih-2.0-guna-stadium-merdeka/) Bukankah YDPA berkenan untuk mengadakan pertemuan dengan wakil Bersih atas sebab perhimpunan yang akan diadakan di Kuala Lumpur? Ertinya alternatif mengadakan perhimpunan di stadium adalah stadium di Kuala Lumpur juga.

Samada kabinet kerajaan pimpinan PM Najib terlalu bebal untuk faham atau sengaja mahu mempermain-mainkan titah YDPA. Saya rasa tahap melampau sikap UMNO-BN telah berada di kemuncaknya. Kononnya mereka ingin mempermain-mainkan rakyat yang diwakili oleh 62 NGO yang bergabung dalam Bersih, sedangkan mereka secara langsung mempermainkan YDPA! Kalau tidak membenarkan perhimpunan di dalam stadium, mengapa PM Najib berkali-kali mempelawa untuk mengadakannya di stadium? Sehingga dalam Bicara Rakyat yang diadakan di TV1 (24/6/2011) yang diadakan secara langsung berkali-kali mendesak panel dari PAS, YB Dr. Zulkifly Ahmad agar mengadakan perhimpunan di stadium.

Nah! sesudah keputusan dibuat atas nasihat YDPA, mengapa kabinet berani 'menderhaka' titah YDPA dengan nada dan kenyataan yang mempermain-mainkan YDPA dan rakyat? Bukankah itu menganjing namanya? Apakah dalam kerajaan UMNO-BN ini kuasa kabinet lebih tinggi dari kuasa YDPA?

Wamakaruu wamakarallah, wallahu khairal maakiriin.

Ampun Tuanku!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...