Tuesday, September 28, 2010

Penipuan Kad Kredit Islam Maybank?

Ibnul Munzir

Beberapa bulan yang lalu, saya telah ditawarkan dengan Kad Kredit (Visa) Ikhwan, Maybank Islamic. Pada ketika itu saya keberatan untuk menerimanya kerana saya telahpun mempunyai beberapa Kad Kredit malah sebahagiannya telahpun saya tutup. Tetapi tawarannya agak menarik kerana ianya percuma dengan tidak perlu menggunakannya sebanyak 12 kali setahun sebagaimana Kad Kredit Islamik yang lain.

Saya rasa elok juga ambik tawaran ni. Apa salahnya sebab dah diberi percuma. Kalau ada keperluan boleh guna, kalau tidak simpan saja lah. Lalu sayapun terima.

Awal bulan ini saya menerima panggilan daripada pegawai Maybank bahagian Kad Kredit yang memaklumkan bahawa mereka berbesar hati menawarkan insurans sebanyak RM100,000 PERCUMA kepada semua pemegang Visa Ikhwan. Mereka meminta alamat surat menyurat untuk menghantarkan dokumen bagi ditandatangani. Mereka meminta butir-butir pewaris dan lain-lain dengan cara yang cukup profesional. Kalau tak biasa 'terkena' kita seolah-olah terbuai dengan kepetahannya bercakap sambil tergambar-gambar ganjaran besar yang mereka akan berikan. Tetapi oleh kerana saya telah banyak terdedah dengan perkara seumpama ini lalu saya bertanya, "Tak ada bayaran yang dikenakan ke untuk mendapatkan tawaran ini?" Barulah pegawai tersebut menjawab yang saya kena bayar RM290 lebih (tak ingat nilai yang tepat) sekali sahaja setahun. Kalau difikir dengan nilai insuran yang besar, apalah sangat bayaran tahunan sekecil itu. Meskipun tadi dia menyatakan bahawa insurans itu akan diberikan secara percuma. Seterusnya dia menjelaskan bahawa syarikat yang akan memberikan insurans itu ialah American Alliance Insurance.

Saya tersentak dengan nama syarikat itu. "Amerika?"... Lalu saya bertanya "Adakah ianya Islamik?" Ternyata pertanyaan ini menyebabkan dia seperti tersinggung. Katanya "Encik tidak perlu risau semua itu kerana ianya diberikan secara percuma kepada pemegang Visa Ikhwan." Sekali lagi dia menyebut perkataan percuma... Lantas saya bertanya lagi inginkan penjelasan lebih lanjut. "Bagaimana kalau saya menolaknya?" Lantas dengan suara yang agak menekan dia berkata "Encik tidak boleh menolak sebab insurans ini akan diberikan kepada semua pemegang Visa Ikhwan." Saya kata "Kalau begitu mengapa saya perlu membayar RM290 (tak ingat nilai tepat)?" Dia kata lagi hanya RM290 (tak ingat nilai tepat) sekali sahaja setahun. Oleh kerana dalam keadaan tension dan tak puas hati, saya kata kalau tidak Islamik, saya tak nak terima insurans itu dan saya akan tutup Visa Ikhwan saya. Lantas dia dengan nada marah mem'block' Visa Ikhwan saya saat itu juga.

Apakah ini bentuk baru manipulasi oleh syarikat Kad Kredit? Saya tidak menuduh Maybank melakukan manipulasi, tetapi dalam kes ini saya menganggapnya ia sebagai manipulasi. Awal tahun 2000 dahulu ketika belum banyak bank mempunyai Kad Kredit Islamik, saya menggunakan Debit Card HSBC yang dipanggil Amanah. Saya kena bayar RM80 setahun. Seterusnya apabila terdapatnya banyak bank yang menawarkan Kad Kredit Islamik, HSBC menawarkan perlepasan bayaran tahunan dengan syarat-syarat tertentu. Dengan RM80 setahun saya dapat menggunakan Debit Card itu dengan debit limit sebanyak RM15000. Saya juga mendapat perlindungan takaful dalam negara. Hari ini Visa Ikhwan dengan tawaran percuma tiba-tiba memaksa saya membayar RM290 (tak ingan nilai tepat) untuk perlindungan insurans yang tidak Islamik! Anda bayangkanlah...

Mujurlah syarikat insurans itu bernama Amerika. Allah telah menyedarkan saya atas nama yang jahat itu.





23 comments:

Ahmad Mohd said...

Saya pun dah terkena benda yang sama. maybank ikhwan dan company insuran nya adalah axa affin dan bayaran setahun utk polisi insurans rm350 ditolak terus dari kad kredit. Nasib baik saya sempat baca tulisan ini. Terima kasih tuan.

admin said...

Ahamdulillah... perkongsian ini ada manfaat juga ye... bila saya tanya pegawai Maybank, Visa saya tu tak disekat pun... sampai sekarang saya boleh guna. Pegawai tupun strongly denied adanya penglibatan Maybank dalam hal ini. Memang syarikat tu cuba menipu.

admin said...

Ahamdulillah... perkongsian ini ada manfaat juga ye... bila saya tanya pegawai Maybank, Visa saya tu tak disekat pun... sampai sekarang saya boleh guna. Pegawai tupun strongly denied adanya penglibatan Maybank dalam hal ini. Memang syarikat tu cuba menipu.

Fairuz Sudin said...

salah faham ni..
sebenarnyerr Maybank x terlibat dgn telemarketing seperti ini..
org ketiga yg dpt tahu anda cuba apply kad kredit Ikhwan telah menggunakan butiran yg mereka dpt sebelum ini dgn borang yg diisi oleh anda sendiri..

elok jgn layan diorg nih..mmg x rugi pon x layan..

Anonymous said...

Saya tengah merancang untuk aplly satu kad kredit bagi kegunaan kecemasan..tp tak tahuyg mana yg terbaik.

Ibnul Munzir said...

Mana2 bank juga tiada masalah. Yg penting mestilah Islamik.

Ibnul Munzir said...

Mana2 bank juga tiada masalah. Yg penting mestilah Islamik.

Dani said...

saya x arif sangt ttg agama ni pa2pun bg pandangn saya bnk yang btol2 islamic bank islam, al raj n bank muamalt cuz plburannya n hasil keuntgnnya dr sumber yg halal, so kalo bnk2 lain mgaku dia islmik sy rasa tu satu pnipuan yg sgt bsar tgok saja mna plburan yg mereka lakukan tak kiralah bank islmic ape, may****islamic, rh*islamic etc suma tu x cukup islamic...

anologi dia mudah nasi ambng yg dpnuhi lauk yg pbagi n sedap tp tgh2 dia ada tertimbus daging babi... nak ke makan nasi tu???? tnyalh diri...

Koya Toya said...

YUp btol, yg haram tetap haram...
so kena berhati2 thanks Dani..

adie said...

yang buat panggilan tu bukannya dari pihak bank pun. dari syarikat insurans tu lah. tapi macam mana depa tahu yang kita ada pakai kredit kad ya?

Anonymous said...

Bank Islamik merupakan syarikan lain / anak syarikat kepada P. bank. walaupun Maybank islamik / CIMB islamik ditransaksikan di kaunter yang sama. tetapi urus niaga mereka berbeza dari segi perlaksanaan.

Kalau pelaburan mereka x ikut syariah. Suruhan jaya securiti x akan bagi kelulusan patuh syariah. Bank Negara Juga.

Masalah di disini adalah syariah compliant & syariah based. Bukan pelaburan tu.

Menda ini perlu didalami. Bukan main "bagi pendapat saya" semata2.

Anonymous said...

Saya setuju dgn pendapat encik Anonymous.

sha said...

salam

saya baru dpt cdt card tu. saya x apply pyun. maybank post.

patutke saya activate card tu? saya dah ada cdt card maybank skrg.

yg menarik minat saya ialah saya boleh transfer crdt dr card skrg ke al ikhwan tu.
sila beri pandangan ye...
thanks

sha said...

salam

saya baru dpt cdt card tu. saya x apply pyun. maybank post.

patutke saya activate card tu? saya dah ada cdt card maybank skrg.

yg menarik minat saya ialah saya boleh transfer crdt dr card skrg ke al ikhwan tu.
sila beri pandangan ye...
thanks

Anonymous said...

saya juga telah ditawarkan kad tersebut.tapi bila dah baca ni mungkin perlu fikir semula tentang keperluan untuk milikinya.

Anonymous said...

actually bila kita isi borang n submit,ada pihak yg byr utk dptkn detail kita..
sha,kalau balance transfer tu free,berbaloi kot..

Anonymous said...

saye pun baru ditawarkan before lunch time tadi...tp sebab saye ni penah terduduk kerana cdt2 kad zaman dlu..plus dgn interest tu ini...saye x bminat nk teruskan benda yg syubhah..mka kalo nk beli..mmg mngumpul duit..kalo x....angan je lah

Anonymous said...

Klu kita dah sign borg utk kad kredit ikhwan tu..tp slip gj belum bg dgn ejen..blh cancle x?risau jgk..

Yam said...

Saya baru jugak di tawarkan kad kredit ikhwan ni...tapi memang awal2 lagi kata tak nak walaupun dia kata tak da bayaran apa2... Muskil pla...tambah2 lagi caller tu ckap pun banyak aaaaa..nya...serik dgn kad kredit yg sebelum ni...tq ja la...

Aiman said...

Betul, saya apply maybank ikhwan direct dengan maybank hotline. Laju dan jelas perkhidmatan. Tiada insurance dan apa2 bayaran. Itu pihak ketiga, sy pernah terkena, kalau insurance elakkan apply online/telefon, lebih baik cari ejen yg sah.

LeqED said...

Kalau ada buat loan dgn maybank mmg dia akan offer kdt card tu..kalau xnk just jgn swipe je la..nanti after 6 bln dia automatik tbatal

Unknown said...

Patutkah saya batalkan kad debit ini tuan?

Tok Dalang Naruto said...

Wah baru terbaca artikel ni. Bini aku pun pernah dapat kad ikhwan ni gak pada 2018 yg lalu. Tapi untunglah bini aku x pernah guna kad ni pun. Aku sendiri pun dh pernah terkena badi kad kredit ni. Susah sungguh aku pi cari dukun berubat. Last Last aku pi cari bomoh AKPK @Maju JUNCTION dulu. Dgn bantuan Tok Moh AKPK ni akhirnya segala penyakit saka hutang bank aku berjaya diubati. Alhamdulillah. Serik dah dgn kad kredit ni. Nasihat aku kalau x betul betul kaya, janganlah gatal nk berkad kredit bagai. Kalau tuan puan mmg seorang yg berdisiplin dlm pengurusan wang, x mengapalah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...