Dr. Maza sedang berdiri di hadapan gambar dua buah gereja Malaysia di Shanghai World Expo 2010. |
Terima kasih Dr. MAZA atas perkongsiannya dalam kunjungannya ke Shanghai World Expo 2010 itu. Kalau mengharapkan untuk kami rakyat Malaysia marhain untuk sampai ke sana semata-mata untuk melawat Ekspo Dunia Shanghai itu pastinya tidak mungkin.
Tahniah juga kepada Dr. MAZA kerana berani menyatakan yang benar meskipun barangkali itu satu kesilapan mereka (pemimpin kerajaan) menjemput beliau untuk ke sana. Barangkali juga mereka terlupa untuk mengingatkan beliau agar tidak memberikan komen kepada ekspo yang disertai oleh kerajaan Malaysia itu. Mujurlah ada ekspo itu yang memberikan gambaran sebenar bagaimana wajah pemimpin 1Malaysia kepada agama, bangsa dan negaranya.
Kalau Allah kehendaki, bagaimana jauhpun sesuatu bukti itu, malah di dalam laut sekalipun, Allah akan tunjukkan kerana segala yang berada di atas muka bumi ini adalah atas pengetahuan dan kekuasaan-Nya. Di sini bukti bahawa pemimpin 1Malaysia adalah pemimpin yang malu untuk mengakui bahawa Malaysia ini adalah bermajoritikan Melayu dan beragama rasmikan Islam juga telah Allah tunjukkan meskipun kononnya mereka mendakwa juara dalam membela Melayu dan Islam. Ternyata mereka lebih bangga ingin menonjolkan agama Kristian dan pengaruh Hindu/Budha di Malaysia daripada mengakui bahawa Malaysia adalah negara yang berteraskan Melayu dan Islam. Meskipun hanya secebis pengalaman yang dinukilkan oleh Dr. MAZA, saya sebagai rakyat negara ini amat terasa dengan apa yang berlaku.
Apakah ianya suatu yang tidak disengajakan? Apakah Dato' Seri Najib Tun Razak tidak tahu menahu akan hal ini? Dengan perbelanjaan RM20 juta untuk membina Malaysia Pavillion bagi dipamerkankan kepada lebih 70 juta pengunjung selama lima bulan, mustahil ianya sesuatu yang tidak disengajakan. Mustahil Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri 1Malaysia tidak mengetahui dan merestui apa yang dilakukan oleh kementeriannya itu. Namun, kerana jiwa pemimpin 1Malaysia ini sendiri barangkali tidak bangga dengan Islam dan bangsa Melayu, maka cuba disembunyikan hakikat sebenar Malaysia di mata dunia. Salahkah menunjukkan binaan masjid yang indah, menunjukkan seni dan budaya Melayu, kerukunan masyarakat berbilang kaum di Malaysia serta perkembangan dan pembangunan Islam yang menjadi teras agama di Malaysia?
Kalau pemimpin 1Malaysia sudah tidak berminat hakikat negaranya sendiri, mengapa masih bernafsu untuk memimpin Malaysia? Apakah mereka lebih rela mengguris perasaan umat Melayu dan Islam daripada kehilangan undi India dan Kristian dengan tindakannya itu? Atau apakah ada agenda tersembunyi dengan pihak Yahudi dan Kristian antarabangsa? Hanya PM 1Malaysia boleh menjawab persoalan ini.
Bagi kita rakyat Malaysia khususnya umat Islam, lihatlah wajah sebenar pemimpin 1Malaysia ini...
No comments:
Post a Comment