(Ibnul Munzir)
Lamanya tidak menulis. Tepat sebulan plus seminggu. Terasa beku otak untuk membaitkan ayat-ayat bagi membentuk satu perenggan kata-kata... Seperti biasa kesibukan seperti tidak pernah mengenal penat untuk menyibukkan diri ini. Hehe... nampak macam berbelit pulak ya. Namun selagi kesibukan dilayan, ia tidak akan pernah berhenti. Malah mungkin kita akan semakin sibuk dibuatnya. Hanya kematian yang menghentikan kesibukan. Benarkah? Ya untuk kesibukan dan kerja di dunia. Belum tentu kematian itu akan merehatkan kita sekiranya kita tidak beramal di dunia dan mendapat rahmat Allah untuk terselamat dari siksa kubur. Ya Allah, ampunilah diriku ini dan selamatkanlah aku dari azabnya siksa Neraka dan azabnya siksa kubur. Amin.
Rupa-rupanya masa itu perlu diuruskan. Tanpa pengurusan masa, kita akan merasakan bahawa kita tidak cukup masa. MasyaAllah.
Saya agak terperanjat apabila mengetahui sebahagian elaun doktor juga mungkin akan dipotong. Sebelum ini dah tahu yang elaun di sekolah dan asrama dipotong sehingga anak-anak yang selesa berada di asrama untuk belajar dan mengulangkaji hujung minggu terpaksa dan 'dipaksa' balik. Ada seorang ibu yang terpaksa bertugas di Pekan, suaminya bertugas di Ipoh, anak mereka di Terengganu (Imtiyaz), tingkatan 1, juga tiada kelonggaran dan terpaksa balik setiap minggu. Sedangkan mereka terpaksa menghafal Al-Quran, mereka juga terpaksa belajar akademik sebagaimana sekolah-sekolah lain.Ya Allah... saya terbayang susahnya hidup di negara kaya seperti Malaysia.
Itulah hasil dari kepimpinan pemimpin-peminpin hegara hari ini yang dah lebih 50 tahun memerintah. Tak cukup duit petronas di bawa lari, duit KWSP, duit Tabung Haji, duit Kementerian Pertahanan dengan pembelian Eurocopter yang over tahap munasabah, pembelian Scorpene yang belum sempat berfungsi dah rosak, duit PKFZ... Masya Allah... bagaimanakah rakyat Malaysia yang diamanahkan memimpin sanggup melahap wang rakyat. Tahukah mereka bahawa satu sen wang haram masuk ke dalam perut-perut mereka, neraka adalah lebih layak sebagai tempat tinggalnya.
Fikir-fikirkanlah wahai pemimpinku... dan saudaraku yang menjadi pengundi.
No comments:
Post a Comment