Thursday, October 29, 2009

Ulangtahun Perkahwinan Kami Yang Ke-16

(Ibnul Munzir)

Rupa-rupanya telah genap 16 tahun (Masehi) perkahwinan kami dilangsungkan. Cepatnya masa berlalu. Kurasakan baru semalam kami dijabkabulkan.

Bila ku renung apa yang ada di hadapanku, anak-anakku telah 2 orang menyambung pelajaran ke luar negara, anakku yang ke-5 pun telah berusia 5 tahun... rupa-rupanya aku tidak lagi semuda dulu. Namun semuanya tidak kurasai kerana di sampingku terhias seorang srikandi yang membuat hati ini terus ceria dan hidup ini semakin bermakna.

Oh Tuhan... benarlah Sabda Rasul-Mu; “Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan dan tidak ada di antara perhiasan dunia yang lebih baik daripada wanita yang solehah.”
(HR. Ibnu Majah). Oleh itu, aku bersyukur di atas rahmat dan kurniaan-Mu.

Sebagai mengingati ulangtahun perkahwinan ini, isteriku telah menghadiahiku sebuah buku kecil yang indah berisi. Terima kasih isteriku... ianya cukup bermakna buatku.

Sebagai menghargai kehadiranmu di dalam hidup ini, terimalah secebis madah dari suamimu yang dinukilkan dari pemberianmu ini:

Telah tepatlah suara hati
Di situlah noktah segala sangsi
Terciptalah kata putusku yang muktamad
Tak kan kurela berundur lagi

Pada sebuah sabda yang menjernihkan
Terkuburlah segala keruh di fikiran
Terbinalah sebuah tenteram di perasaan
Kebangsawanan, hartawan dan rupawan
Hanyalah nilaian mata
yang usianya sementara
Tetapi bila pilihan lantaran agama...
Pasti kekal setia buat selamanya

Sesungguhnya pada wanita yang bertakwa itu
Terkumpullah segala keindahan dan kebenaran
Kekayaan pada lapangnya hati
Rupawan pada indahnya budi
Bangsawan pada kerendahan diri...
Yang sering sujud pada Ilahi

Ya, kaulah jawapan bisikan nuraniku
Pada "istikharah" yang kuaju
sejak dulu!

7 comments:

Md Nasir@Nasiri said...

Tahniah..Moga terus bahagia di bawah perlindungan dan rahmat Allah

Ibnul Munzir said...

Syukran Nasir...

abu muaz said...

Salam. Tidak lewat rasanya untuk mengucapkan selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke 16.Teruskan jihad.

Ibnul Munzir said...

Syukran Abu Muaz... berubah sokmo gambar2 tu deh... hehe...

rabbani said...

salam kebahgiaan untuk abg n akak... semoga segala maligai yg tercipta selalu dirahmati Allah dan dipayungi dengan maghfirah dan rezeki yg melimpah... dengan anak2 penyejuk mata.. ameen.. doakan bani disini jua...nak balik nak bina masjid jugak ni.. hihihi ( celoteh jer... :D).

Ibnul Munzir said...

syukran ustaz bani... insyaallah tiang masjid dan bangunan dah siap tuh... tinggal masuk rasmi jer... kekekek...

rabbani said...

hehehehe insyaallah mudahan la tu.. adusss siap komen kat kiter nyer blog lak yer.. hihihi.. abg lan nih bani nyer flickr :
http://www.flickr.com/photos/28719395@N08/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...