Tuesday, October 20, 2009

Ulama PAS Sokong Parti Pakatan Rakyat

(Ibnul Munzir)


Ekoran dari keperluan dan 'desakan' agar menubuhkan Parti Pakatan Rakyat, PAS telah membuat kenyataan yang cukup terbuka dan berani untuk menerima pandangan tersebut. Ini menunjukkan keterbukaan PAS yang selama ini dianggap orthodoks dan tertutup minda oleh parti lawan, UBN. Tuduhan ini akan segera lenyap dengan kenyataan pemimpin tertinggi Dewan Ulama' itu.

Usaha ke arah penubuhan parti Pakatan Rakyat adalah perlu bagi menggambarkan keseriusan Pakatan Rakyat untuk menjadi pilihan sebagai government in waiting dalam pilihanraya akan datang. Perkara ini juga amat perlu bagi menutup lompang-lompang kelemahan yang mungkin boleh dijadikan tumpuan serangan oleh pihak lawan.

Dengan wujudnya Parti Pakatan Rakyat, ia akan menjadi hujah dan modal yang kuat untuk menumbangkan UBN yang semakin reput dimakan rasuah, penyelewengan, kezaliman, kemungkaran dan segala macam dosa itu. Meskipun di sana akan ada berbagai ujian dan dugaan untuk PAS bergabung dalam parti itu, namun Islam yang cukup dinamik dalam hal-hal politik pastinya mampu untuk disesuaikan dalam suasana semasa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...