(Ibnul Munzir)
Pernahkah anda membaca novel bertajuk Doomsday Conspiracy oleh Sidney Sheldon? Walaupun penulis ni dah mati, dan cerita ini saya baca lebih lima tahun yang lalu, namun jalan ceritanya cukup jelas dalam ingatan. Kisah yang mengisahkan para penumpang bas pelancong yang hanya melihat satu peristiwa yang dianggap highly secret oleh kerajaan AS, terpaksa menghadapi ancaman maut oleh pihak kerajaan sendiri. Meskipun mereka sendiri tak tahu apa sebenarnya yang dilihat, namun mereka terpaksa menghadapi 'hukuman mati' itu.
Pagi ni saya terbaca tulisan oleh RPK bertajuk Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak dengan terjemahannya dalam Bahasa Malaysia di sini. Seperti biasa isu yang didedahkan oleh RPK merupakan isu yang cukup highly secret untuk sesebuah pemerintah seperti kerajaan atau sultan atau kedua-duanya sekali. Kali ini, RPK begitu berani dengan pendedahan ini. Saya tak berani memaparkannya di blog ini kerana bimbang tragedi Doomsday Conspiracy terjadi ke atas saya. Bukan takut mati atau takut berjuang, tapi kerana sudah tidak ada keadilan kehakiman di Malaysia. Jadi, kalau anda ingin mendedahkannya kepada orang ramai, pandai-pandailah anda lakukannya. Sila copy cepat kerana saya bimbang anda tak sempat membacanya...
2 comments:
Salam tuan. Makin banyak pendedahan RPK lakukan tapi sampai hari ini polis tak jumpa-jumpa tempat persembunyiannya. RPK makin top kini bakal ganti tempat nordin mat top pula.
Ohh... RPK bersembunyi ke? Bak per dia tak bela rambut dan biarkan misai dan janggut tumbuh yer... bebas sikit nak jalan-jalan.
Ssiyang dia...
Post a Comment