(Ibnul Munzir)
Setelah beberapa minggu tidak dapat berbuat apa-apa terhadap blog ini lantaran 'serangan' kesibukan, hari ini meskipun masih diulit berbagai agenda yang masih belum terbuat, saya cuba mencuri masa sendiri untuk menaip artikel yang barangkali tidaklah begitu menarik bagi sesetengah individu, tetapi sangat perlu diambil perhatian oleh pihak jemaah demi untuk menguatkan saf 'ketenteraan' bagi menghadapi gelombang cabaran yang semakin mencabar.
"Lan! Jom kita pergi makan angin ke Nilai! Sambil tengok-tengok perhimpunan Tabligh kat sana hujung minggu ni." Ajak seorang sahabat cawangan setelah habis mesyuarat malam tadi.
"Tak payah buang masa lah Wil." Saya menjawab untuk segera 'memotong' keinginannya. Saya dah dapat agak ke mana hala tuju percakapannya ekoran saya perhatikan dia mula berminat dengan Tabligh ekoran bekerja sebagai pemandu dengan sebuah syarikat yang dijalankan oleh jemaah itu sejak beberapa tahun lalu.
"Eh... apa buang masanya... Kita boleh membina iman dan amal kita." Balas Wil masih mahu memberikan hujah.
"Anta nak bina iman dan amal dengan Jemaah Tabligh? Kenapa tak bina iman dan amal dengan jemaah kita? Ana tak akan bersama-sama jemaah yang tidak syumul Wil. Mereka menentang politik dan menentang kita. Silap-silap kalau mati dalam perjalanan ke sana tidak dianggap mati dalam ibadah!" Saya sengaja memberikan 'tamparan' yang agak extreme untuk cepat mematikan perbualan.
"Allah Lan... anta cakap macam tu. Dia kan nak Islam jugak. Tarbiyahnya bagus, dalam setiap saat mengajak orang berzikir dan ingat Allah." Sambil menepuk dahi Wil berusaha mengutarakan hujah-hujah positifnya.
"Kalau berzikir banyak tapi pada yang sama buat bid'ah dan menentang orang yang menegakkan hukum Allah untuk apa Wil. Bid'ah paling besar tu. Baik kita kukuhkan tarbiyah dari jemaah kita ni." Saya membalas hujah dengan lebih mendalam untuk memberikan sedikit kesedaran keda Wil.
"PAS dok ghok (tak bermaya) Lan! Tarbiyah PAS dok ghok!" Saya tersentak dengan kata-katanya... Dan kami terus 'bermuqabalah' sehingga kira-kira pukul 12.30 pagi sebelum saya meninggalkannya dalam keadaan yang masih tak puas hati.
Inilah satu perkara yang saya ingin kongsikan di sini. Kenyataan dari seorang pendokong PAS Cawangan sendiri yang memberikan pendedahan bahawa tarbiyah PAS tidak bermaya! Benarkah kenyataan ini? Apakah tarbiyah Jemaah Tabligh itu lebih baik dari tarbiyah Jemaah PAS?
(...bersambung)
5 comments:
bukan tarbiyah kita yang dok ghok..kito je yang dok rase gitu.xkkn sbb xdok tarbiyyah kt nok g cr hok lain.ana stj ngan penulis ni..kt kukuhkan yg ado.bkn g cr hok lain.
usrah dlm PAS ado doh..
mukhayyam pun ado..
seminar2 pun ado..
tok tarbiyyah lagi kow????
Betullah tu saffmukmin!Bukang tak dok tarbiyyah tapi orang dok napok!Nak buat macamana,dalam PAS,semua golongan kita terima untuk ditarbiyyah.Bukan setakat orang yang berkupiah dan berserban je tapi yang selit parang kat pingangpun ada,yang merempitpun ada.Masalahnya orang duk pandang PAS pada individu yang kurang mencari tarbiyyah,tidak pada yang memang dah atau sedang menerima tarbiyyah!Saya setuju dengan penulis!
Lan, ana rasa apa yang wel maksudkan PAS dok ghok tu mungkin tarbiyyah dalaman yang lemah...wel & rakan lain dalam kabinet kita mungkin mulai merindui tarbiyyah diera 90an dulu..anta kena tiupkan semula roh jihad & syahid dikalangan kita InsyaAllah kekuatan akan menyinari semula dalam meneruskan tugas2 mulia ni... abuali1988@yahoo.com
terima kasih kepada yang memberi komen.
Sememangnya tugas tarbiyah tugas yang mencabar. Ia perlukan masa dan sentiasa diupdate sesuai dengan perkembangan semasa dan peredaran zaman. Ia perlu dibezakan antara individu dengan individu. Ia cukup luas untuk diterokai.
Bagaimana seseorang individu itu memandang tarbiyah dan bagaimana seseorang individu itu mahu memanfaatkan tarbiyah juga merupakan satu cabaran kepada kepimpinan. Apa yang penting, usaha ke arah memantapkan tarbiyah perlu terus dilakukan oleh PAS dan masyarakat terbawah adalah rijal jemaah yang tak boleh ditinggalkan dalam mendapat tarbiyah.
Mereka yang mahukan tarbiyah sesungguhnya adalah mereka yang mempunyai hati dan keinginan yang tinggi untuk Islam. Jiwa yang hidup untuk jihad. Mereka adalah aset yang besar untuk Islam.
Marilah bersama membimbing mereka. Eratkan ukhuwah dengan mereka. Jangan biarkan jiwa mereka terus dahaga. Kepada pihak pimpinan jangan pandang ringan perihal usrah. Ia adalah institusi tarbiyah yang berkesan. Jangan pandang ringan perihal solat berjemaah. Ia adalah penguat ukhuwah. Jangan pandang ringan qiamullail. Ia mampu menenangkan hati dan menguatkan iman. Jangan pandang ringan majlis ilmu. Ia mampu menyirami hati yang tandus dan dahagakan pengisian.
Tarbiyah PAS memang tak bermaya.
Tarbiyah Tabligh pun tak bermaya.
SATU-SATUNYA tarbiyah yang bermaya ialah tarbiyah cara Rasullullah SAW yang pernah dibuat di Mekah dan Madinah pada zaman Rasullullah SAW.
Untuk pengikut PAS dah Tabligh, kalau nak jadikan tarbiyah tuan bermaya, tirulah 100% tarbiyah cara Rasullullah. Kena mengaji kitab2 sirah macam mana Rasullullah SAW buat tarbiyah.
- ikhlas, Ahli Jemaah Rasulullah.
Post a Comment