(Ibnul Munzir)
Syukur Alhamdulillah... Terbukti sudah bahawa UMNO kalah dalam pilihanraya antara paling sengit dan mendebarkan sejak 7 pilihanraya kecil era pasca PRU12. Pilihanraya ini merupakan nyawa bagi UMNO yang sangat mengharapkan kemenangan walaupun dengan majoriti satu undi. Apatah lagi pilihanraya ini berlaku dalam keadaan PR dianggap cukup lemah dan lesu akibat pergolakan hebat isu Kerajaan Perpaduan tempohari.
Namun ternyata BN cukup tidak bermaya. Dalam keadaan PR yang 'tempang' dan berperang dengan anggota yang lemah, BN masih tidak berupaya menewaskannya. Ini jelas menunjukkan 1Malaysia yang cuba dibawa PM Najib dan segala janji-janji yang terlalu hebat di Manik Urai sehingga 'tak munasabah dek akal' rasanya, tidak diterima oleh majoriti pengundi di Manik Urai. Usaha hodoh lagi tidak bermoral dengan menyogok pengundi luar agar tidak balik mengundi di Manik Urai dengan wang RM200-300 juga masih tidak cukup untuk meraih majoriti.
Itulah realiti UMNO/BN yang hayatnya telah hampir ke kerongkongan. Meskipun ramai yang mendakwa penurunan majoriti yang diperolehi oleh PAS menunjukkan sokongan semula kepada UMNO/BN, namun kenyataannya UMNO/BN kalah teruk kerana ini adalah PRK yang seharusnya Kerajaan Pusat akan menang, bukan kalah dengan majoriti 65 undi. Apatah lagi dengan segala janji ditabur, masyarakat kampung dan luar bandar yang biasanya tempat berkubunya kekuatan UMNO/BN, namun Manik Urai menjelaskan segala-galanya bahawa UMNO/BN sudah sampai masanya menjadi parti pembangkang selepas PRU13 nanti.
3 comments:
Salam Dr
Pada pandangan ana, keputusan MU kali ini adalah ingatan Allah kepada pejuang-pejuang agama untuk kembali menilai faktor Allah dalam segenap kehidupan.
Kita adalah parti Islam
Kita adalah parti Dakwah
Kita adalah parti Tarbiah
Barulah kita adalah parti politik
Muhasabahlah
Ya... setuju dengan pandangan Dr. Amad tu.
Syukran jazilan.
Pengajaran perkara baik dan buruk banyak ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w.Manek Urai barangkali zaman PAS bermewah kerana banyak harta rampasan perang diperolehi setelah 18 tahun menawan kelantan. Sekali terkena perang hunain insyaallah banyak memberi kesedaran.Pintu taubat masih terbuka luas lagi jika tersalah dalam percaturan perang diManek Urai.
Post a Comment