Tuesday, June 23, 2009

Selamat Hari Bapa - Terima kasih anak-anakku!

(Ibnul Munzir)

Tiada yang lebih bahagia buat seorang ayah daripada menerima hadiah dan doa dari anak-anaknya. Meskipun ianya hanya sekeping kad ucapan, namun yang penting ialah nilai yang tersembunyi di sebaliknya yang merupakan nilai kasih-sayang dan penghargaan.

Pagi tadi, tanpa disangka-sangka saya menerima hadiah kad ucapan Selamat Hari Bapa yang disampaikan oleh anak-anak perempuan kami yang tiga orang tu... Satu kad ucapan yang ditulis oleh kakak (Amirah Zahidah) bagi mewakili mereka bertiga. Barangkali mewakili abang-abangnya yang berada di Kelantan juga... Terima kasih anak-anakku...

Anugerah hero tu yang payah nak dapat tu... huhu...

Meskipun mereka tahu bahawa tiada hari yang khusus untuk kedua ibubapa (hasil tarbiyah Umminya lah tu...), namun sebagai menghargai jasa keduanya, tidak salah meraikannya dalam satu hari yang lebih istimewa dalam batas-batas syara'.

Kad Selamat Hari Bapa keluaran Ana Muslim... rupa-rupanya hasil 'komplot' Umminya juga, sebab Umminyalah yang melanggan majalah ni setiap bulan...hehe... Terima kasih Ummi...

6 comments:

Ummi said...

Syyyhh...pasal komplot tu diam-diam :P ...hihihi...:biggrin:

Semoga Abi sentiasa berbahagia di samping kami...

alQasam said...

Askum

Macam-macam. Pandai Kak Han.:)

Selamat Hari Bapa buat Dr Roslan juga. Ana setiap tahun memang dah jadi kebiasan bagi kad pada hari Bapa. Apa salahnya memberi hadiah dan saling menghargai pengorbanan bapa yang bukan sedikit kan.

Ibnul Munzir said...

Alhamdulillah.

Mudah-mudahan kita semua akan sentiasa bahagia di dalam rangka membina kehidupan dalam perjuangan.

Selamat hari bapa juga untuk semua bapa dan bakal-bakal bapa juga..

Ahyana Solehah said...

Terharu nya! =)

Moga Dr dan keluarga berbahagia selalu.

comel adik2 ni... tringat kat adik saya yang suka melukis n menulis surat untuk abah n arwah ma.

childs express their sincere love

penuh kejujuran, dari sekeping hati mereka yang tulus../

tapi tidak terbalas kasih ibu dan ayahnya - Cinta tanpa syarat =)

Ahyana Solehah said...

Apepun slmt hari bapa utk semua bapa2.. =)

Mg Kasih kalian membawa kta semua ke Syurga. insyaallah

Ibnul Munzir said...

Terima kasih Ahyana Solehah.

InsyaAllah kita akan sama-sama bahagia asalkan berpegang teguh dengan Islam. Dengan Islam kita mampu mendapatkan kebahagiaan di dunia dalam usaha mencari kebahagiaan di syurga (akhirat) yang kekal selama-lamanya.

Amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...