(Ibnul Munzir)
Salah seorang sifuku memberikan 'kuliah' pagi ini dengan gaya bahasa yang cukup indah dan menarik. Dalam keindahan bahasa itu diselitkan seribu satu pelajaran yang sangat berguna untuk menjadi rujukan bagi manusia biasa seperti diri ini dalam menghadapi kekalutan dan kecelaruan atas apa yang berlaku kepada kesatuan jemaah yang dikasihi ini.
Ya! Nifaq adalah penyakit dan munafik adalah mereka yang berpenyakit. Allah menerangkan tentang sifat dan ciri-ciri munafik itu lebih panjang dari ciri orang-orang kafir lantaran bahayanya si munafik itu.
Allah tidak menyuruh merobohkan kuil atau gereja atau biara, tetapi Allah menyuruh beberapa sahabat merobohkan dan membakar masjid! Ya! Masjid Dhirar. Kenapa? Kerana meskipun namanya masjid, namun ia adalah kubu untukmelamahkan dan menghancurkan kesatuan dan kekuatan umat Islam.
Jadi, tidak payahlah bekerjasama dengan orang-orang yang hanya bernama Islam, kerana di celah-celah mereka itu terdapat munafiq yang sikap dan sifatnya telah jelas sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa mereka hanya akan menghancurkan kesatuan jemaah kaum muslimin.
Meskipun tulisan sifuku itu agak panjang, namun keindahan gaya bahasanya tidak pernah membosankan. Bacalah sehingga ke akhirnya. InsyaAllah kita akan mendapat manfaat. Klik sini.
1 comment:
saya sgt stj artikel dr Abu Saif kali ini..
Post a Comment