Tuesday, June 9, 2009

Isu Kerajaan Perpaduan lagi - Kenapa Tidak Menjadi Golongan Siddiqin?

(Ibnul Munzir)

Saya kadang-kadang tersenyumpun ada, tertawapun ada bila melihat komen-komen rakan-rakan bloggers yang nampaknya cukup sayangkan parti dan BENCIkan UMNO/BN. Mereka cukup takut kalau-kalau PAS akan bergabung dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan yang disebutkan oleh Presiden. Tetapi kadang-kadang saya sedih dan kecewa bila komen yang diberikan itu TERLALU berlebihan sehingga hilang sifat lemah lembut sebagai bangsa Melayu apatah lagi akhlak Islam terhadap pemimpin. Rasa-rasanya orang-orang sebegini, kalaulah mereka berada semasa zaman Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam (SAW) dalam Perjanjian Hudaibiyah dulu, ramai di kalangan mereka yang murtad, Wana'uzubillah! Barangkali inilah cabaran yang terpaksa dipikul oleh PAS di mana ramai ahlinya yang berada di luar jangkauan tarbiyah khusus sehingga mereka menyamakan perjuangan PAS ini sama dengan perjuangan UMNO/BN dan perti-parti lain di Malaysia.

Kerajaan Perpaduan yang disebutkan semula oleh Presiden itu adalah kerana ditanya oleh wartawan. Bukankah TGHH telah menarik balik cadangan Kerajaan Perpaduan yang telah disebutkan di dalam media rasmi Harakah beberapa bulan yang lalu? Tetapi apabila di'pancing' oleh wartawan, maka TGHH perlu menjawabnya sepintas lalu.

Dalam perjuangan memartabatkan Islam bersama PAS, orang yang kekal bersama Islam adalah mereka yang faham dan istiqamah. Kefahaman bukan setakat faham akan penyertaan PAS dalam politik, faham akan strategi politik dalam pilihanraya, kefahaman menguruskan organisasi mengikut perlembagaan PAS, tetapi faham bahawa segala kerja-buat dan perjuangan di dunia ini adalah kerana ingin mendapatkan tempat yang terbaik di sisi Allah di Akhirat yang kekal abadi. Dengan kefahaman ini, mereka tidak akan sekali-kali gugur meskipun menjadi seperti Abu Dzar Al-Ghifari (r.a) yang disisihkan dahulu.

Sejarah dalam PAS ini telah banyak berlaku di mana pemimpin yang dianggap sangat ulung seperti Yang Dipertua PAS (Datuk Asri Muda), Timbalan Yang Dipertua (Datuk Nakhaie Ahmad) dan Setiausaha Agong (Abu Bakar Hamzah) sendiripun telah meninggalkan PAS, apatah lagi pemimpin-pemimpin kampung dan pengikut-pengikut biasa. Sejarah juga telah menunjukkan bagaimana ratusan ribu umat Islam yang telah mengucapkan syahadah di hadapan Rasulullah (SAW) telah murtad apabila kewafatan baginda. Mereka telah sanggup memilih nabi palsu kerana naluri mereka lebih sesuai dengan ajaran dan falsafah yang dibawa oleh Musailamatul Kazzab dan Tulaihah Al-Asadi. Sebab itulah saya gelihati apabila rakan-rakan bloggers yang barangkali baru dalam memahami PAS telah meninggalkan komen seolah-olah mereka lebih sayangkan PAS dari Presiden PAS menyayangi parti yang dipimpinnya. Sebab itu kefahaman itu sangat penting dan ia suatu cabaran besar dalam usaha dakwah PAS sendiri. Bila mereka ada kefahaman ini, mereka akan sentiasa berlapang dada dan tidak kecoh dengan 'trompet' yang dibunyikan oleh pihak musuh. Ya... musuh yang sememangnya mahu mengalahkan dan menghancurkan PAS.

Kalaulah benarpun Kerajaan Perpaduan ini merupakan usaha untuk PAS bekerjasama dengan UMNO/BN yang samseng dan gangster itu, ia masih tidak timbul selagi ia tidak dicadangkan semula oleh Presiden. Ia telah ditarik balik. Noktah! Ramai ahli PAS sendiri masih menganggap Presiden Parti Islam ini sama dengan pemimpin-pemimpin parti dan organisasi lain yang boleh suka-suka menarik balik janji-janjinya dan memimpin mengikut suka hatinya. Sebab itu mereka melompat bila mendengar bunyi 'trompet' UMNO/BN melalui akhbar-akhbar lidah syaitan mereka. Yakinlah rakan-rakan semua, sebagaimana Abu Bakar As-Siddiq r.a. mempercayai Rasulullah SAW yang telah isra' dan mi'raj dahulu, marilah kita mempercayai Presiden PAS itu dengan wala' yang tidak berbelah bahagi. Kewala'kan kita itu akan dikira sebagai amal soleh InsyaAllah. Bukankah golongan siddiqin itu lebih hebat dari para syuhada'?

2 comments:

Anonymous said...

Salamu Alaikum pada admin dan sumer pengunjung blog.. Saya sokong hujah admin ni,dan ingin menambah sekadar satu dua perkara.. Pertamanya, kita perlu berbalik kepada matlamat asal perjuangan kita (mudah2an kerana Allah), iaitu untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dalam erti kata melaksanakan cara hidup dan hukuman menurut ajaran Islam.. Bukankah ini yang menjadi impian kita iaitu agar dapat hidup dgn harmoni berlandaskan hukum2 Allah? Sebelum ni kita boleh bekerjasama dengan non-Muslims, inikan pula sesama Muslim? Merealisasikan matlamat kerana Allah, adalah lebih penting drpd menjaga parut luka akibat perbuatan pemimpin UMNO terdahulu.. Yang keduanya, kita perlulah bersangka baik dengan TGHH, dan memahami terlebih dahulu konsep perpaduan yg dimaksudkan.. Jika selama ini kita taat kepada amanatnya, jgn lah pula tiba-tiba melompat2, akibat tidak puas hati dengan idea itu.. Dengan ilmu yang Allah kurniakan padanya itu, sudah tentulah idea itu dibuat berlandaskan konsep dan strategi politik Nabi S.A.W... Sekadar melontar fikrah, daripadaku, pencinta hukum Ilahi, pengundi PAS (baru sekali ngundi)yang bukanlah ahli PAS sekalipun.. Wallahu ALam..

saffmukmin said...

salam buat ibnul munzir.saya teramatlah setuju dengan post kali ini.begitu telatah nya kita yang mengaku ahli2 yang tahu mengenai PAS tetapi bila mendengar trompet2 Alif Mim Nun Wau kita pula yang mengikut mereka bersama.Kalau sekadar sahaja tdk apa, tapi boleh pula mengikut membuat tarian yang pasti tak tahu jadi apa nanti..itu analogi.

yg penting, berikan sepenuh wala dan taat pd pimpinan kalau benar itu satu lontaran idea yang kita pasti tujuan tidak lain tidak bukan hanya untuk memastikan kemaslahatan ISLAM terus dijunjung!!!

p/s-ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

salam dakwah!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...