(Ibnul Munzir)
Sebagaimana tulisan saya sebelum ini (klik sini) saya telah menjangkakan akan kekalahan Husam meskipun dalam hati kecil saya, saya peminat Husam tetapi langkahnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS merupakan langkah yang kurang tepat kerana beliau sepatutnya tiada masalah mempertahankan jawatan Naib Presiden yang cukup efektif dan digeruni kawan dan lawan. Beliau boleh terus mengemudi PAS dalam jawatannya sebagai orang nombor 3 dalam PAS itu. Namun barangkali beliau belum dapat membaca wala' perwakilan PAS yang dilengkapi dengan tarbiyah harakiyah kepada pimpinan itu menyebabkan beliau jauh ketinggalan berbanding dengan undi yang diperolehi oleh Ust. Nasharuddin Mat Isa.
Namun, berita baik untuknya dan juga untuk para pendokong PAS dan penyokong Parti Islam itu apabila cadangan dari Naib-Naib Presiden PAS yang baru (klik sini) telah disetujui oleh Mursyidul 'Am PAS, TGNA (klik sini).
Sebagaimana jangkaan saya, kita sebenarnya tidak bimbang akan kehilangan 'bintang' dalam kepimpinan kerana PAS bukanlah parti mengejar pangkat. Pertandingan jawatan hanyalah atas dasar 'fastabiqul khoirot' dan menunjukkan kegagahan kepada pihak musuh bahawa PAS mempunyai cukup ramai 'hulubalang' untuk menghadapi peperangan sebagaimana umat Islam menunjukkan kekuatan dengan perbarisan dan laungan takbir dan tahmid dan menunjukkan kepala bahu semasa tawaf di baitullah bersama Rasulullah SAW yang membawa kepada kegerunan di pihak musuh. Cuma kebanyakan para pengikut dan penyokong PAS di luar sana yang termakan oleh mainan akhbar sehingga seolah-olah menunjukkan PAS ini berpecah dan berpuak. InsyaAllah Husam dan Mat Sabu akan dilantik menganggotai AJK Dewan Harian PAS Pusat.
Sesungguhnya apa saja harapan pihak musuh untuk menanti-nanti kehancuran ikatan ukhuwah sesama ahli jemaah adalah penantian yang sia-sia. Mereka masih tidak dapat membezakan antara PAS dan parti-parti lain yang berjuang berdasarkan keuntungan peribadi di dunia sedangkan perjuangan PAS adalah untuk meraih redha Allah demi syurga di akhirat yang kekal abadi. Selagi PAS ada tarbiyah, selagi itulah harapan untuk menghacurkan PAS adalah sia-sia.
1 comment:
benar.sinar bntg keduanya tdk akan pudar.malah sm jg dgn mn2 mantan pimpinan PAS yg lain.cm panji itu diserahkan kpd mereka yang layak buat saat ini dgn isu2 yg dibangkitkan..
insyaallah, mereka akan terus bersinar!!!
Post a Comment