Monday, May 25, 2009

TPM Mungkin Akan Menjadi Hero Memansuhkan PPSMI?

(Ibnul Munzir)

Tak pelik kalau selepas perjumpaan antara 7 NGO Cina dengan TPM nanti, Kerajaan akan mengkaji semula PPSMI. Biasanya tuntutan dari kaum Cina memang akan beroleh kejayaan. Itulah mentaliti pemimpin UMNO/BN dulu kini dan selamanya. Dalam apa-apa halpun akan mengutamakan politik kerana politiklah yang mengayakan mereka. Keutamaan rakyat letak belakang. Meskipun berpuluh ribu turun ke jalanan bagi menuntut PPSMI dimansuhkan termasuk Sasterawan Negara, meskipun berjilid-jilid buku yang menerangkan fakta bahawa asas PPSMI itu tidak logik dan tak masuk akal, meskipun dihidangkan dengan data kemerosotan matapelajaran matematik dan sains, pemimpin kerajaan buat lembu pekak saja. Barangkali dalam kepala mereka kalau dihapuskan PPSMI, apa projek yang akan mereka dapat? Ya... PROJEK! MasyaAllah... Itulah mentaliti pemimpin UMNO/BN yang akan merosakkan negara Malaysia dan generasi akan datang.

7 NGO Cina itu dijangka akan mengadakan pertemuan dengan TPM pada hari Selasa, 26 Mei 2009. TPM Muhyiddin dijangka dapat membuat sesuatu yang positif memandangkan beliau kini mempunyai kuasa yang besar dan beliau perlu melihat survival politiknya yang akan menjadi PM tak lama lagi. Kalau beliau tidak melaksanakan tuntutan itu, nescaya karier politiknya akan tercalar di awal fajarnya menjadi TPM. Beliau kena berhati-hati. Apatah lagi undi Cina ini perlu beliau raih semula setelah Pak Lah dan PM Najib tidak mempunyai jalan penyelesaian untuk meraih semula undi mereka.

Jadi, kita semua tunggu dan lihat. Biarlah siapapun yang berjaya melaksanakan misi ini, kita akan tetap memberikan sokongan atas dasar kemaslahatan anak-anak generasi akan datang yang 8 tahun telah dirosakkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang bernafsukan politik demi kekayaan mereka.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...