Monday, May 18, 2009

Kristianisasi Di Kuala Terengganu?

(Ibnul Munzir)

Satu sms masuk ke dalam handphoneku kelmarin berbunyi: " Checkout: www.ibrahimbaba.wordpress.com. , mampat.blogspot.com... isu sexual harassment@murtad yang didalangi P** di KT". Saya terus mencari berita berkenaan. Darah saya cukup mendidih membaca berita ini apatah lagi bila mengingatkan bahawa beberapa bulan yang lalu seorang pekerja dari kedai buku terbabit telah mendapatkan rawatan di Klinik Ummi Cabang Tiga dan disahkan mengandung dalam keadaan dia tak tahupun yang dia pernah melakukan hubungan seksual. Setahunya dia hanya diberi minum air dan lepas tu tak sedar apa berlaku. MasyaAllah... ini kerja apa ni?! Ini bukan setakat memujuk rayu dengan tipu-daya misioneri sebagaimana modus operandi biasa, tetapi ini sudah kes melakukan paksaan menggunakan 'dadah' untuk merosakkan anak-anak muda Islam. Bila sah mengandung, kebanyakan ibubapa kita yang tak tahu hukum agama terus menyalahkan si anak. Maka tampillah pemuda yang bertanggungjawab menghamilkannya. Apakah pemuda seperti itu yang patut dijadikan suami kepada si anak dan menantu kepada si ibubapa?

Persoalan kedua ialah sekiranya tiada siapapun yang tampil dan sanggup menjadi suami kepada si mangsa tadi, maka dengan secara lembut puak-puak Kristian ini akan memujuk agar menyerahkan anak yang akan dilahirkan itu nanti ke pusat-pusat jagaan anak luar nikah yang banyak di Kuala Lumpur. Jadi, si mangsa tidak perlu risau. Sekiranya dia mengalami tekanan perasaan, si mangsa ini akan dipujuk pula untuk ditempatkan di rumah-rumah jagaan mereka. Kita dapat bayangkan bagaimana sekiranya si mangsa ini sememangnya lemah imannya duduk bersama misioneri Kristian yang cukup pandai bermain psychology. Inilah modus operandi yang popular. Perkara ini pernah didedahkan di dalam sebuah majalah tempatan beberapa bulan yang lalu.

Sekarang apa tindakan kita? Pertama kita menyokong 100% peranan Mampat dalam usaha untuk mencegah perkara ini dari terus berleluasa di bumi Terengganu. Kedua, kita boikot secara senyap P** sekiranya dakwaan itu benar dan saya telah bertekad, sehingga dibuktikan tidak saya tidak akan pergi lagi ke situ yang sememangnya banyak menyediakan keperluan bahan bacaan dan stationery untuk saya sekeluarga selama ini. Ketiga, bagi menggantikan P** itu, kita minta 'persatuan' kita Blogawan ini menghantar risalah-risalah ke masjid-masjid di seluruh Kuala Terengganu ini khasnya dan seluruh negeri Terengganu amnya!

Keempat, bagi menggantikan P** yang nampak sangat maju ini, kita mencadangkan agar sahabat-sahabat yang ada kedai buku tu meng'upgrade'kan kedai-kedai mereka agar barang-barang keperluan bacaan seperti novel, motivasi dan stationery cukup lengkap dan setanding harganya. Kelima, kalau yang keempat tu tak dapat dilakukan, kita mempelawa sahabat dalam Blogawan agar bergabung untuk buat kedai buku sendiri... Ini baru betul-betul serious nak menghalang mereka daripada memijak-memijak agama kita.

Barangkali Allah telah memberikan ruang untuk kita memikirkan alternatif agar mula menjadikan pusat-pusat perniagaan kita dominan terutama kedai buku. Umat Islam ramai di negeri ini, tetapi banyak pusat-pusat perniagaan yang didominasi oleh mereka sedangkan kita mampu menjadi dominan. Tapi... bila saya masuk, itu tak ada, ini tak ada. Akhirnya... beli buku agamapun kat kedai cina!

Fikir-fikirkanlah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...