Tuesday, May 19, 2009

BN Tidak Bertanding - Hasil Pertemuan Anwar-Najib?

(Ibnul Munzir)

Sah BN tidak bertanding di Penanti. Belum pernah berlaku parti yang memerintah kerajaan tidak bertanding dalam pilihanraya kecil sejak merdeka. Meskipun berita ini cukup menggemparkan kita, ia lebih menggemparkan BN kerana sebelum ini PM mengatakan ia akan bertanding.

Ini menunjukkan PM Najib tidak tunduk sepenuhnya dengan tekanan Che Det. Ini menunjukkan permusuhan Che Det terhadap PM selepas beliau akan berterusan sebagaimana permusuhan beliau dengan TPM semasa era menjadi PM dulu. Ini juga menunjukkan umur pemerintahan PM Najib tidak lama dan yang paling penting umur BN telah sampai ke penghujungnya.

Bagi pihak PR, meskipun BN tidak bertanding, dia tetap akan bertanding menentang calon bebas yang 'gatal' nak jadi YB. Terpaksa kempen jugak walaupun mungkin 'kempen main-main'. Tetapi, masih berpeluang bertemu rakyat dan 'membelasah' BN dan PM Najib. Itupun kalau tidak ada akta baru dari SPR dibuat yang kempen mestilah sekitar parti-parti politik yang bertanding.

Si calon Bebas ni bukan tak tahu kekuatan PKR. Dia perlu ada parti yang kemas untuk menyusun strategi dan perlu berbelanja besar untuk pilihanraya. Kalau tak, lazimnya tentu akan kalah. Kalau kalah dia dapat apa? Jawabnya hanya dapat penat, rugi dan kecewa. Lainlah perjuangan Islam. Kalahpun dapat pahala. Selain dari Shahrir Samad yang menang sebagai wakil calon Bebas di Pilihanraya Kecil, belum ada lagi calon Bebas yang menang. Itupun kena lihat siapa Shahrir Samad. Pada masa itu beliau adalah Ketua Bahagian UMNO JB. Mempunyai organisasi yang kukuh untuk menyusun jentera pilihanraya. Bukan guna air liur melalui suratkhabar saja... tup-tup menang. Lainlah kalau ada 'sesiapa' yang berada di belakang si calon Bebas yang 'gatal' ni...

Apakah penarikan diri BN ini ada kaitannya dengan kompromi antara Anwar dan PM Najib? Kompromi apa? Aku beri Penanti... Hang beri aku Perak. Saya tak rasa begitu. Anwar tidaklah sebodoh itu. Penanti yang memang dah berada dalam tangan, kalau bertandingpun kebarangkalian menang cukup besar, buat apa nak kompromi? Kompromi pulak antara satu DUN dengan satu negeri. Lepas tu Anwar akan 'dipukul' habis-habisan oleh PR kerana idea bodoh ini. Manusia yang berada di ranking ke-2 'The Most Influential People In The World' itu masih waras berfikir untuk kepentingan rakyat, insyaAllah. Apatah lagi plan 'projek' pertemuan Anwar-Najib itu diketahui oleh Husam Musa. Takkanlah dua pemimpin PR ini sebodoh itu... tak mungkin...tak mungkin... PM Najib bukanlah orang yang sesuai untuk kompromi kuasa.

Apa yang nyata... InsyaAllah ada lagi berita baik yang akan muncul selepas. Barangkali Penanti adalah hasil daripada pertemuan antara Anwar-Najib. Marilah kita sama-sama berdoa. InsyaAllah Allah akan mendengar dan memakbulkan doa orang-orang yang ikhlas.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...