(Ibnul Munzir)
Malam tadi, kesemua 24 ADUN UMNO Terengganu mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, rakyat Johor dan ahli Parlimen Sembrong, Johor, dan anak jati Johor iaitu Dato' Seri Hishamuddin b. Tun Hussein di Pejabat Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya bagi membincangkan krisis kepimpinan UMNO Terengganu.
Pertama yang saya nak komen ialah pertemuan itu adalah pertemuan untuk hal parti. Tetapi dibuat di Pejabat Kementerian Dalam Negeri, satu pejabat kerajaan. Apakah perkara ini dibolehkan dalam Islam? Guna harta dan kemudahan awam (kemudahan untuk rakyat) tetapi untuk parti dia. Ustaz-ustaz UMNO silalah jawab. Kalau mentaliti seorang bekas Menteri Pelajaran yang menjaga hal-ehwal pelajaran anak-anak kita tak dapat membezakan antara harta rakyat dengan harta sendiri, macamana dengan puak-puak bawahan UMNO? Patutpun mereka tak kisah halal haram. Tak kisah rasuah!
Kedua yang saya nak komen ialah tentang krisis kepimpinan dalam UMNO yang cuba nak diselesaikan oleh Hishamuddin. Saya ketawa bila Hishamuddin nak selesaikan krisis kepimpinan. Kalau si Khairy Jamaluddin (KJ) pun dia tak dapat nak kawal, orang yang paling dekat dengan dia semasa dia Ketua Pemuda UMNO Malaysia, inikan pula 24 makhluk 'berkepala besar' pemimpin-pemimpin UMNO yang cukup berani menentang Sultan Mizan, sultan yang ketika ditentang mereka adalah Yang Di Pertuan Agong!
Apa yang Hishamuddin boleh buat? Tanya khabar? Makan-makan dan borak-borak lepas tu balik? Kemudian claim dengan UMNO yang dia dah buat kerja sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO. Itulah motif pertamanya. Duit, duit dan duit. Bila tengok jadual, masa tu free... hah, masa untuk buat duit tambahan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, TPM Malaysia yang cukup pengalaman dalam politik dan pentadbiran itu dah cuba nak selamatkan maruah Hishamuddin dengan memberi clue agar jangan suka-suka tukar MB. Perlantikan MB tu dah diperkenan oleh Sultan Mizan. Kalau dia suka-suka ikut 24 makhluk 'berkepala besar' tu dengan menukar MB, hancurlah kredibilitinya. Dia Naib Presiden UMNO. Dahlah semasa jadi Ketua Pemuda sangat penakut, langsung tak berani sahut cabaran Ketua Pemuda PAS berbanding KJ yang cukup berani sahut cabaran Naib Presiden PAS, Husam Musa untuk berdebat, janganlah pulak buat malu kepimpinan UMNO Malaysia Naib Presidennya tak reti undang-undang dan perlembagaan asas negeri-negeri beraja di Malaysia.
Jadi, kalau dia tak boleh nak tukar MB Mat Said, buat apa nak buat perjumpaan? Cukup hantar sms saja. Di Terengganu, dah tak ada ramuan ubat yang cukup mujarab untuk krisis UMNO itu kecuali tukar kerajaan. Bila kerajaan tukar kepada PAS, barulah selesai. Mereka akan bersatu semula. Masa itulah mereka nak susun organisasi semula dengan membuang orang itu dan mengambil orang ini atas prestasi pilihanraya. Kalu tidak... hancuss... memang tak boleh. Bagi saya, saya amat suka krisis ini kerana ini akan mempercepatkan lagi untuk UMNO berkubur bukan saja di Terengganu, tapi di seluruh Malaysia.
Berita pertemuan itu di sini.
No comments:
Post a Comment