Saturday, April 13, 2013

UMNO masih menipu kerana Melayu masih berminda subsidi

(Ibnul Munzir)

Kenapa saya kata UMNO menipu hanya dengan banner ini?

Pertama:
Sebab banner itu bukan untuk rakyat. Tetapi adalah untuk UMNO mendapatkan undi. Bila undi dah dapat, maka kalaulah benarpun pembinaan 1000 unit rumah itu dibuat, ia bukan dapat percuma, tetapi rakyat tetap kena beli. Siapa yang untung? Kroni UMNO yang untung. Siapa? Pastinya kroni wakil rakyat mereka.

Kedua:
UMNO menipu dengan banner itu kerana kerana selama ini dia tidak ikhlas membela rakyat. Kenapa tidak ikhlas? Bukankah Terengganu ini negeri yang diperintah oleh UMNO-BN? Kenapa pembangunan untuk kepentingan rakyat tidak dibina di kawasan yang wakil rakyatnya ADUN dari parti PAS? Apakah rakyat Wakaf Mempelam bukan rakyat Terengganu? Apakah dengan mengundi PAS itu satu kesalahan? Jika mengundi PAS itu suatu yang salah, kenapa buat pilihanraya? Apa perlunya demokrasi?

Hari ini rakyat memilih PAS kerana yakin dengan PAS yang memperjuangkan hak rakyat. Rakyat tolak UMNO kerana tidak yakin dengan parti itu yang menipu, zalim, tidak telus, rasuah dan pelbagai lagi... namun kadangkala Melayu di pedalaman yang masih dihimpit kemiskinan itu masih mengharapkan subsidi dari kerajaan masih termakan umpan seumpama itu.

Dengan iklan pilihanraya seperti ini, UMNO mendedahkan dirinya bahawa parti itu sememangnya mahu mendapatkan kuasa dari bangsaku yang masih berminda subsidi. Sedangkan apa yang bangsaku Melayu perlu tahu ialah betapa zalimnya UMNO sehingga keluarnya sepanduk seperti itu... Apa yang zalimnya? Zalimnya kerana UMNO tidak memberikan duit kerajaan secara adil untuk pembangunan di negeri yang perintahnya sendiri kepada semua wakil rakyat. Sedangkan semua ADUN itu adalah pilihan rakyat. Bila sudah habis pilihanraya, perintahlah dengan adil. Keputusan telah diperolehi, amanah telah diberikan oleh rakyat, berikanlah hak kepada wakil-wakil rakyat agar mereka dapat menunaikan kewajipan kepada rakyat.

Tetapi UMNO tidak faham semua itu. Mereka juga mahu menjadikan kefahaman rakyat seperti mereka. Mereka menganggap bila menang kerajaan, ertinya wang dan khazanah kerajaan adalah miliknya, bukan milik rakyat. Sebab itu mereka mentadbir sesuka hati... Tidak mengikut peraturan dan amanah agama.

Sebab itu semakin lama UMNO memerintah, harga barang semakin naik, rakyat semakin susah... sedangkan Malaysia adalah negara yang kaya tetapi hanya pemimpin UMNO-BN dan sebahagian kroni saja yang hidup dalam 'kepuk emas'...

Ayuh bangsaku Melayu.... kezaliman UMNO perlu ditamatkan. Bebaskan minda anda demi... Undilah PAS dan PR...

Ini Kalilah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...