Saturday, April 13, 2013

Selamatkan UMNO dengan menewaskannya

(Ibnul Munzir)

Duit kerajaan bukan duit UMNO. Itu duit rakyat. Perlu dikembalikan dengan diagihkan kepada rakyat melalui wakil-wakil yang dipilih rakyat, iaitu YB-YB. Tidak kira mereka dari parti mana, mereka adalah wakil rakyat. Wakil parti hanyalah wadah untuk mereka bertanding saja. Bila mereka menang melalui lambang parti itu, selepas menang mereka bukan lagi wakil parti itu, tetapi wakil kepada rakyat seluruhnya. Justeru menjadi kewajipan kepada kerajaan melakukan pembangunan melalui wakil-wakil DUN atau Parlimen yang dimenangi oleh YB-YB tersebut. Mereka yang memerintah hanyalah memikul amanah kerana mereka yang menang dalam pilihanraya yang diadakan.

Tetapi UMNO tidak begitu.... UMNO akan terus mewakili UMNO sebelum atau sesudah pilihanraya. Mereka hanya menggunakan nama sebagai wakil rakyat, tetapi tindak-tanduk sebenarnya mereka adalah wakil UMNO, bukan wakil rakyat. Di mana-mana, di seluruh Malaysia, begitulah kefahaman mereka. Bukan mereka tidak faham, tetapi mereka zalim dan rakus, penuh hasad dengki dan dendam. Itulah kezaliman UMNO sebagai pemerintah. Itulah juga yang ditanam ke dalam minda masyarakat Malaysia. Malangnya hanya Melayu saja yang masih belum keluar dari kepompong dan penjara minda yang diajar oleh UMNO.

Justeru untuk menjadikan Malaysia bebas dan adil dan untuk memajukannya, UMNO-BN perlu ditewaskan dalam PRU ini. InsyaAllah dengan kekalahan UMNO-BN, rakyat Malaysia mendapat pemerintah dari PR yang mengajar cara memerintah yang sebenar, yang adil dan dituntut agama, dan rakyat akan memiliki minda yang bebas dan maju. Negara akan menjadi lebih sejahtera dan berkat. Kezaliman yang dimurkai Allah yang selama ini dilakukan UMNO-BN akan ditamatkan.

Jadi, kita boleh menyelamatkan UMNO-BN dan pemimpinnya dari kemurkaan Allah yang lebih besar adalah dengan cara menamatkan riwayat pemerintahannya. Oleh itu, kita perlu mengundi PR dalam PRU ini. Inilah peluang tebaik...

Ini kalilah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...