Wednesday, April 10, 2013

Sokonglah mereka yang membela rakyat

(Ibnul Munzir)

Macam-macam ayat dan slogan yang digunakan oleh parti-parti politik untuk menarik sokongan rakyat.

Antara yang menarik perhatian saya pagi ini ialah sebagaimana poster di sebelah yang digunakan oleh BN.

Saya bertanya kepada diri saya, apa yang BN dah lakukan untuk membela rakyat? Mungkin membina jalanraya? Semua negara di dunia ini membina jalanraya. Malah parti komunis China lagi hebat jalanraya yang dibina mereka berbanding Malaysia. Membina bangunan? Semua negara di dunia ini ada membina bangunan. Malah bangunan yang lebih hebat lagi dibina oleh mereka.

Barangkali membina sekolah, masjid, universiti, dan segala bentuk yang bersifat fizikal itu sudah dikira hebat dan cukup untuk dikatakan sebagai membela rakyat? Mungkinkah kita lupa bahawa sejak lebih 50 tahun BN memerintah Malaysia, negara ini semakin mundur dibandingkan negara-negara lain yang hasil buminya lebih sedikit di Asia Tenggara? Mungkinkah kita lupa bahawa kos anak-anak ke universiti begitu tinggi sehingga ramai rakyat yang masih tidak mampu menghantar anak-anak mereka ke menara gading kerana kos yang tinggi itu? Kalau dibandingkan dengan negara Mesir yang pendapatannya sangat sederhana, lebih bergantung kepada industri pelancongan, tetapi mampu memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya, malah kepada rakyat negara luar. Sedangkan Malaysia yang begitu kaya, tetapi perbelanjaan rakyat sendiri untuk belajar di universiti tempatan sehingga menjangkau beratus-ratus ribu!

Mungkinkah rakyat lupa akan kos perubatan yang begitu tinggi terpaksa ditanggung oleh rakyat terutama dalam kes-kes pembedahan seperti tulang, jantung, kanser dan lain-lain. Suratkhabar terpaksa mengiklankan perbelanjaan untuk satu-satu kes untuk mendapatkan derma orang ramai sedangkan semua itu boleh ditanggung oleh kerajaan.

Kini kita masih lagi merasai bebanan akibat kenaikan harga petrol yang melambung seolah-olah kita pengimpot bahan bakar itu sedangkan Malaysia adalah pengekspotnya. Barang-barang melambung naik akibat daripadanya. Kemudian rakyat Malaysia ditekan lagi dengan kenaikan harga elektrik. Akibatnya semua harga barangan menjadi tinggi. Samada barang mentah ataupun barang yang siap diproses. Kiri kanan depan belakang rakyat yang sudah sedia susah ini dihimpit dengan kenaikan harga barang.

Apakah peranan pemimpin kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO-BN? Apabila ditanya oleh wartawan, dengan nada sinis mereka menjawab, kalau nak jimat, naik basikal saja. Tidak perlu guna petrol. Inikah sifat pembela rakyat? Mereka mampu mengambil tindakan untuk menurunkan semuanya... ya! semuanya, tetapi mereka memilih untuk membiarkan rakyat sengsara kerana hasil daripada barangan yang mencanak tinggi ini adalah cukai yang tinggi juga yang akhirnya menjadi milik mereka dan para kroni.

Ingatkah bagaimana mereka menyekat wang royalti minyak ke negeri Terengganu sejak tahun 2001 ketika Terengganu diperintah oleh Pakatan Rakyat? Sedangkan duit itu selama-lamanya sejak digali pada tahun 1979 dahulu adalah milik kerajaan untuk pembangunan negeri Terengganu.

Kemudian hari ini rakyat dikejutkan lagi dengan sekatan duit royalti minyak ke negeri Kelantan. Manakala pendaratan minyak pula sanggup dilencongkan ke Thailand berbanding menghantar minyak ke Kelantan yang jaraknya jauh lebih dekat. Ini semata-mata untuk mengelakkan duit dari sampai ke tangan negeri Kelantan yang berbeza ideologi politik dengan mereka. Sedangkan kerajaan Kelantan yang selama lebih 20 tahun memerintah tidak pernah didapati rasuah.

Apakah ini boleh dianggap sebagai pembela rakyat? Kezaliman yang tidak boleh dimaafkan oleh jutaan rakyat Malaysia. Semuanya menanggung beban. Tidak kira mereka UMNO dan BN atau mereka PAS dan PR atau mereka tidak berparti dan rakyat marhaen.

Siapakah yang selama ini turun naik bertungkus lumus untuk membela rakyat yang mahu dikenakan saman AES? Siapakah yang selama ini berdemonstrasi bagi menuntut pengembalian duit royalti? Mereka adalah para pemimpin PAS dan PR. Sedangkan Terengganu adalah dikuasai oleh BN ketika ini. Tetapi kerana rasa prihatin, maka tuntutan dan demonstrasi tetap diteruskan...

Kalaulah bangsaku tidak melihat lagi bukti jelas siapakah pembela sebenar rakyat ini, maka sekali lagi malanglah negara yang berakyatkan bangsaku yang tidak sedar-sedar lagi...

Ayuh... ini kalilah... mari selamatkan Malaysia. Undilah PR!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...