Monday, April 8, 2013

Kisah Umar b. Abdul Aziz belum cukup memberi pengajaran

(Ibnul Munzir) 

 Satu perkara yang menyedihkan, yang tidak disedari oleh bangsaku Melayu ialah tidak dapat membezakan antara parti dan kerajaan.

Parlimen Malaysia penggal ke-12 sudah dibubarkan, ini bererti tiada kerajaan yang memerintah melainkan kerajaan sementara. Tiada PM, tiada TPM, tiada menteri dan exco, dan semuanya telah terhenti dengan sendiri. Malah bayaran gaji dan elaun juga sudah dihentikan mulai tarikh itu.

Tetapi malang, meskipun sudah tiada berjawatan, tetapi masih lagi dianggap PM dan masih lagi menggunakan jentera kerajaan. Antaranya ialah media kerajaan dan TV.

Baru sebentar tadi penyalahgunaan harta kerajaan dilakukan lagi yang boleh dianggap satu ketidakadilan yang jelas. Pembentangan manifesto menggunakan saluran media kerajaan iaitu TV1 dan TV2. Malah seluruh saluran swasta juga diarah untuk menyiarkannya. Persoalannya, kenapa hanya manifesto BN sahaja yang boleh masuk TV? Kenapa manifesto Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh menggunakan saluran yang sama? Apakah media itu milik BN? Tidak? Tapi kenapa hanya BN sahaja yang dibenarkan menggunakannya?

Kalau bukan milik BN milik siapa? Ia milik kerajaan. Kalau milik kerajaan semua rakyat dan parti seharusnya boleh menggunakannya kerana semua rakyat adalah pembayar cukai....

Jawabnya kerana ketidakadilan (baca kezaliman) ini tidak dinilai oleh bangsaku Melayu sebagai zalim. Bangsaku masih tidak berupaya membezakan antara kerajaan dan perti politik. Mengapa aku menuduh demikian berat kepada bangsaku? Kerana hanya bangsaku sahaja yang menyokong PM yang berpartikan UMNO itu. Sedangkan bangsa-bangsa lain sudah sedar akan kezaliman ini. Tahniah kepada bangsaku yang sudah sedar dan memilih PR.

Inilah kelemahan yang sangat ketara. Kerana inilah BN begitu rakus menggunakan kemudahan kerajaan untuk berkempen. Menggunakan sekolah, menggunakan balairaya, menggunakan bangunan-bangunan kerajaan dan sebagainya. Tiada dosa pahala, tiada undang-undang bagi mereka... Malangnya sokongan Melayu masih begitu padu. Mereka nampak semua itu harta milik UMNO. Mereka tidak merasa bersalah menggunakan harta awam untuk kepentingan parti.

Kisah Khalifah Umar b. Abdul Aziz yang mematikan lampu di pejabatnya ketika dikunjungi oleh anaknya kerana ia adalah urusan peribadi, ternyata belum dapat menjadi iktibar dan pengajaran kepada kaumku Melayu ini...



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...