Tuesday, June 26, 2012

Syuhada Tahrir Antara Faktor Kemenangan Dr. Mohamed Morsi

(Ibnul Munzir)
Ulasan Ibnul Munsir kepada berita di bawah:
Sayu dengan kemenangan itu. Gembira hati tak terluah. Hanya sujud syukur dan rafak doa mampu dipanjatkan moga kemenangan ini merupakan titik tolak kebangkitan Islam dan keadilan untuk seluruh dunia Islam.

Bagi para penentang dan pembenci sistem Islam, kalian bacalah sejarah. Kalian akan dapati bahawa Islam itu adalah keadilan, kebahagiaan, kesejahteraan, kemakmuran, kekayaan, keselamatan, keamanan dan segalanya terdapat pada pemerintahan Islam. Lihatlah sejak zaman Rasulullah SAW, puak-puak Aus dan Khazraj yang berperang selama beratus tahun boleh menjadi saudara yang erat bak kuku dan ruas. Apa teori yang menyebabkan semua itu? Tiada teori. Hanya dengan pengamalan Islam yang sebenar. Bermula dari siapa? Bermula dari pihak penguasa. Siapa dia? Rasulullah SAW. Sekarang Rasulullah SAW sudah tiada? Rasulullah SAW tiada tetapi ajarannya adalah kekal hingga hari kiamat.

Kalau dulu peperangan, pembunuhan, penindasan kaum yang lemah dan para wanita menjadi santapan setiap hari, keganasan mendarah daging dan menjadi suatu ketagihan, namun Islam berjaya mengubahnya menjadi makmur, aman-damai dan sejahtera. Tiada lagi ketakutan, tiada lagi kesengsaraan. Semuanya bebas melakukan aktiviti dan semuanya kembali kepada fitrah insani yang inginkan kebahagiaan.

Begitulah dengan Ikhwanul Muslimin Mesir. Biarlah Dr. Mohamed Morsi membuat pembaharuan. Berikan kepadanya kebebasan. Kita akan melihat dan dunia akan melihat melimpahnya nikmat dan kemakmuran pasti akan berlaku di bumi anbiya' itu. Itulah keyakinan kita.

Kemakmuran itu akan berlaku dengan Islam, bukan sahaja di Mesir, tetapi di seluruh dunia. Oleh itu juka kita inginkan kejayaan hidup di dunia, ia adalah dengan Islam. Dan kalau kita inginkan kebahagiaan hidup yang tiada taranya di akhirat, ia juga dengan Islam.

Oleh itu, marilah kita jadikan Islam sebagai pemerintah. Marilah kita memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja yang ingin memperjuangkan Islam. InsyaAllah, kemenangan itu semakin dekat kita rasakan...

Morsi: Terima kasih 'syahid'


Mohamed Morsi menjadi pemimpin Islam pertama dilantik menjadi presiden Mesir dalam dunia Arab yang padat dengan penduduk dan selepas pertarungan sengit dalam pilihan rayanya.

Morsi, presiden Mesir yang pertama dilantik selepas kebangkitan rakyat menyingkirkan bekas presiden Hosni Mubarak pada Februari tahun lalu.

NONEAgensi berita AFP melaporkan tokoh yang juga bekas jurutera itu menang 51.73 peratus undi berbanding pencabar yang merupakan bekas perdana menteri negara itu, Ahmed Syafiq.

"Saya akan menjadi presiden untuk seluruh rakyat Mesir," kata Morsi dipetik selepas beberapa jam kemenangan beliau diumumkan.

"Saya menyeru kepada kamu, rakyat Mesir yang hebat... supaya menguatkan kesatuan kita," katanya sambil menambah "kesatuan merupakan jalan keluar segala tempoh kesulitan".

Morsi yang meletakkan jawatan dalam Ikhwan Muslimin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang 'syahid' sewaktu kebangkitan rakyat untuk mencapai kemenangan itu.

"Revolusi diteruskan," katanya sambil berjanji untuk menghormati perjanjian antarabangsa.

Mesir merupakan negara Arab pertama mematarai perjanjian keamaanan dengan Israel pada 1979.

Di Dataran Tahrir, kemenangan beliau disambut dengan laungan takbir, sorakan dan kibaran bendera oleh ratusan ribu penyokongnya yang berhimpun.

Di luar Kaherah, mereka melaungkan namanya serta, membunyikan hon kereta sebagai tanda sokongan.
Malaysia Kini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...