Monday, June 25, 2012

Kemenangan Mohamed Morsi Perlukan Doa Kita Semua

(Ibnul Munzir)

Mohamed Morsi
Sayu, gembira dan khuatir semuanya ada di atas kemenangan Dr. Mohammed Morsi (51.73%) dari FJP (Freedom And Justice Party) yang telah diisytiharkan memenangi kerusi Presiden Mesir yang telah menewaskan lawannya  Ahmed Shafik (48.27%), bekas Perdana Menteri rejim Hosni Mubarak.


As-Syahid Hassan Al-Banna
Kemenangan ini mengingatkan kita kepada As-Syahid Al-Imam Hassan Al-Banna yang telah menubuhkan Ikhwanul Muslimin pada Mac 1928 yang telah mencetuskan kesedaran Islam dan gerakan Islam di seluruh dunia. Beliau telah ditembak syahid oleh rejim Mesir yang sama sehingga sekarang cuma berlainan nama dan kepimpinannya.


Kemenangan ini sesungguhnya telah dibayar dengan harga yang mahal dengan menelan korban syahid kira-kira 35 orang dan beratus-ratus lagi cedera semasa demonstrasi di Dataran Tahrir. Keberanian rakyat Mesir yang menolak calon dari rejim Mubarak juga layak menerima pujian meskipun suasana kempen yang cukup tegang dan kritikal, namun mereka celik dan faham bahawa mereka perlukan perubahan dan terus membuat keputusan memilih calon dari Ikhwanul Muslimin.
Ahmed Shafik
Kita yakin inilah juga hasil doa para mujahidin di bumi Palestin yang sejak sekian lama ditindas dan dibunuh. Hari ini bumi Mesir disinari dengan wajah baru yang insyaAllah akan diiringi dengan rahmat Allah yang melimpah sehingga ke seluruh alam.

Percayalah bahawa politik Mesir akan melibatkan kepentingan Israel. Kepentingan Israel akan melibatkan kepentingan Zionis Yahudi dan Amerika. Jadi, mereka tidak akan berdiam diri. Mereka telah menyedari perkara ini dari awal apabila pusingan pertama pilihanraya memperlihatkan tanda-tanda kejatuhan rejim nasionalis Mubarak. Lantas sebelum tertubuhnya kabinet baru, mereka cuba membuat pindaan perlembagaan agar Presiden baru tidak dapat menguasai tentera.

Oleh sebab itu, kita yang berada jauh di Malaysia ini, marilah kita sumbangkan doa-doa yang ikhlas dan tidak putus-putus agar Dr. Mohammed Morsi dan kepimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir akan diberikan kekuatan oleh Allah bagi memimpin Mesir baru yang lebih baik di bawah panji-panji keadilan Islam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...