Thursday, June 28, 2012

Apa motif 3 Pegawai SPRM nak bunuh Teoh Beng Hock?

 Ibnul Munzir

Ulasan Ibnul Munzir kepada berita di bawah:

Apakah dengan mengenakan tindakan kepada 3 pegawai yang menyiasat boleh menutupi kes di sebalik kematian mendiang Teoh Beng Hock? Mungkin rakyat yang malas berfikir akan percaya bahawa kes itu sudah selesai kerana pembunuh telah dihukum. Meskipun hukuman tatatertib yang diambil itu sangat tidak adil (baca zalim), namun apa yang menjadi persoalan ialah apa motif pembunuhan itu dilakukan oleh 3 pegawai SPRM? Kes berat sangatkah sehingga terpaksa 'membunuh'. Kalaupun terpaksa membunuh, mengapa bunuh tempat terbuka? Bunuhlah tempat yang tersembunyi...

Kalau ya pun 3 orang itu bersalah dengan dijatuhi hukuman, rakyat akan tetap mempersoalkan apakah motif pembunuhan? Apakah ada udang disebalik batu? Apatah lagi hukuman tatatertib saja yang dikenakan?

Semakin banyak persoalan yang akan timbul. Apa yang pasti selagi kerajaan persekutuan tidak ditukar, kezaliman seperti ini pasti tidak mungkin akan terungkai.

Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung kematian Teoh Beng Hock akan mengetahui nasib mereka tidak lama lagi apabila keputusan berhubung tindakan disiplin terhadap mereka diputuskan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, berkata beliau akan mengemukakan syor kepada jawatankuasa aduan SPRM berhubung kes itu sebelum sebarang tindakan tatatertib diambil, berdasarkan cadangan daripada jawatankuasa berkenaan yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
“Kita memutuskan tindakan disiplin yang akan diambil kita akan memaklumkan jawatankuasa aduan pada mesyuarat akan datang,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Laporan Tahunan SPRM kepada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Rasuah, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad di lobi Parlimen, di sini, semalam.
Abu Kassim April lalu berkata tiga pegawai berkenaan diminta memberi penjelasan berhubung pertuduhan itu setelah siasatan mendapati tingkah laku mereka ketika menjalankan soal siasat terhadap Beng Hock, ada yang melanggar peraturan tatatertib.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor di tingkat 14, plaza berkenaan.

Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung kematian Beng Hock, memutuskan mendiang membunuh diri akibat rasa terbeban dan tertekan dengan sesi soal siasat agresif dan berlarutan ke atasnya oleh pegawai penyiasat SPRM. - BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...