Petisyen Facebook bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan telah mendapat sokongan daripada 170,000 orang.

Menurut laporan AFP, laman itu berjaya menarik sekitar 300 orang setiap minit yang menekan butang like (suka) dengan sasaran mendapatkan 100,000 penyokong tercapai pada Isnin lalu.

Pada perhimpunan aman empat hari lalu, rakyat yang berhimpun secara aman terpaksa menongkah serangan gas pemedih mata dan menahan dipancut air berkimia daripada meriam air polis.
Ramai yang mendakwa diri mereka dikasari.
"Saya tidak faham mengapa polis perlu memukul dan melepaskan gas pemedih mata,” kata seorang penyokong BERSIH 2.0 Sofie Muhammad di laman itu.

Tidak kurang juga yang menyalahkan Najib atas tindakan polis itu.
"Najib mula hilang pengaruh. Beliau tidak memahami keperitan terkena gas pemedih mata dan kesakitan akibat air berkimia ataupun ketika ditendang dan dipukul pleh polis,” kata Longyao Phang dalam
No comments:
Post a Comment