Ibnul Munzir
Hatiku begitu terharu melihat video di bawah apabila bukan Islam dilihat mula yakin dengan hukum Islam malah mengajak umat Islam meyakini akan hukum yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis itu. Inilah apa yang Melayu perlu sedar. Tiada lebihnya bangsa Melayu jika tidak memperjuangkan Islam. Islam tidak rugi jika Melayu tidak memperjuangkan Islam kerana Allah telah menjamin akan kemenangan Islam. Melayulah yang perlukan Islam dan memperjuangkannya demi untuk meraih syurga Allah yang dijanjikan-Nya.
Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. (Al-Maidah:54)
Marilah kita sama-sama menghayati video ini. Penceramah: Dr. B Chandran.
No comments:
Post a Comment