(Ibnul Munzir)
"Kita memang nak tumbangkan UMNO-BN, tapi kita bimbang PR lebih teruk dari UMNO-BN!" Kata Azlan sambil berkerut-kerut keningnya meluahkan perasaannya.
"Kenapa takut PR lebih teruk dari UMNO-BN?" Saya bertanya.
"Tengoklah... belum apa-apa lagi dah bercakaran, masing-masing gila kuasa. Di Pulau Pinang habis tanah Melayu diambil oleh kerajaan DAP...bla,bla,bla..." Dia terus membebel.
"Tahu dari mana semua ni?" Saya mengujinya.
"Kat suratkhabar hari-hari ada berita tu..." Katanya...
Mungkin kenyataan Azlan ini juga banyak dikongsi oleh para penyokong PR (Pakatan Rakyat) serta simpatisan PR di seluruh negara. Mereka bimbang bahawa PR akan bersikap lebih teruk dari UMNO-BN apabila memerintah nanti.
Dari sudut positif, mereka ini sebenarnya sayangkan PR. Mereka cintakan keadilan yang telah lama diinjak dan dinodai oleh UMNO-BN. Mereka bimbang rakyat akan lebih derita setelah mereka memberi kepercayaan kepada PR. Namun dari sudut negatifnya mereka ini telah termakan dakyah UMNO-BN melalui media massa mereka dan mengiyakan berita dari lidah musuh itu. Lantas membenci para pemimpin PR dan berazam untuk mengekalkan UMNO-BN sebagai pemerintah.
Mudahnya Melayu ini melupakan sejarah. Apa nak buat... Tetapi bagi para pejuang dakwah dan siyasi... itulah realiti perjuangan di Malaysia. Kalau semasa zaman Rasulullah SAW dahulu baginda terpaksa berhadapan dengan bangsanya sendiri Quraisy, yang biasa dengan keganasan, kezaliman dan membunuh, kini realiti perjuangan di Malaysia pula terpaksa berhadapan dengan bangsanya Melayu yang mudah lupa, cepat melatah dan kurang dayatahan emosi terhadap peperangan psikologi. Perjuangan ini tidak kurang sukarnya. Meskipun tidak berhadapan dengan kematian di medan perjuangan, namun berhadapan dengan kerenah Melayu ini cukup menyakitkan dan memakan masa yang panjang.
Mengapa harus percaya kepada berita dari lidah musuh? Bukankah Allah telah mengingatkan dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Hai orang-orang yg beriman jika datang kepada kamu orang fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaan yang menyebabkan kalian menyesal dengan perbuatan itu.” (Al-Hujurat:6)
Ayat di atas cukup jelas untuk menerangkan apa yang patut dilakukan di zaman ini bagi mengukuhkan kekuatan, tidak goncang keyakinan dalam menggapai matlamat bagi mencapai kemenangan demi mendaulatkan Islam dan keadilan melalui medan siyasi. Jadikan akhbar Harakah, Siasah dan Suara Keadilan semata-mata bagi mendapatkan sumber berita yang berbentuk politik. Jauhkan dari mempercayai sebarang berita negatif melalui apa sahaja saluran komunikasi musuh seperti TV1, TV2, TV3, RTM khususnya dan apa saja saluran TV yang ada.
Bukankah UMNO-BN itu telah terbukti jahat? Mereka penipu, mereka perasuah, mereka perompak harta rakyat, mereka pembunuh, mereka penindas, mereka menolak hukum Allah dan Rasul-Nya dan segala macam bentuk kejahatan yang hampir tak tersenarai ada dalam parti itu. Kejahatannya merosakkan agama, umat dan negara sehingga ada ulama' berpendapat menjahit baju UMNO juga merupakan suatu dosa. Sampai ke tahap itu wahai saudaraku umat Melayu. Lebih 53 tahun mereka menipu dan melakukan segala bentuk kezaliman kepada rakyat Malaysia dengan bukti yang jelas lagi nyata. Kini telah tiba masanya kezaliman itu ditamatkan. Mengapa tiba-tiba kalian masih tidak sanggup menukar UMNO-BN dengan parti lain bagi memerintah negara hanya semata-mata perasaan prasangka kalian?
Kalian merasa takut PR akan berlaku zalim sedangkan kalian telah dizalimi oleh UMNO-BN sejak lebih 53 tahun! Kalian tidak nampak lagi kezaliman PR dan apa yang terbukti ialah PAS mampu memerintah dengan adil dan memakmurkan bumi Kelantan sejak 20 tahun dan memakmurkan Kedah sejak tahun 2008. PKR berjaya memerintah Selangor dengan jayanya. Begitu juga dengan DAP di Pulau Pinang yang jauh lebih baik dan telus sejak diberi mandat pada tahun yang sama. Ini bererti kegusaran kalian tidak berasas sama sekali kecuali ia hanyalah hasil propaganda yang dimainkan oleh lidah UMNO, musuh kalian dan musuh kepada PR.
Oleh itu, saya merayu dan menyeru agar buatlah perubahan sekali untuk melihat bagaimana PR memerintah pada PRU-13 nanti. Orang Terengganu kata "acu ubah sekali". Jika ternyata PR sememangnya lebih teruk dari UMNO-BN, kalian berkuasa memberikan semula pemerintahan ini kepada UMNO-BN. Inilah kelebihan sistem demokrasi. Kalian perlu menjadi lidah kepada perjuangan ini. Kalian perlu menjelaskan mengapa perlu menukar pemerintahan. Bangsa Cina dan India telah berazam untuk menukar pemerintahan UMNO-BN kerana mereka telah sedar dan insaf. Mereka celik isu semasa. Mereka celik isu politik. Kalau mereka yang merupakan bangsa minoriti sanggup membuat perubahan, mengapa kalian sebagai abang kepada mereka tidak sanggup melakukannya?
No comments:
Post a Comment