(Ibnul Munzir)
Kalau jerung UMNOpun cakap UMNO dah busuk sampai ke usus, apa lagi yang ditunggu oleh ikan-kan bilis? Tinggalakan UMNO masuk PAS. Cuma yang penting, kalian perlu ikhlas dalam perjuangan ini. Masuk PAS bukan sebagai jalan alternatif untuk kalian dapatkan projek. PAS adalah perjuangan dunia akhirat. Kalian akan dapat projek di akhirat nanti. Politik adalah kuasa tertinggi yang diperjuangkan PAS. Tapi PAS bukan meletakakan perjuangan politik sebagai matlamat. PAS menjadikan akhirat sebagai matlamat. Sebab itu PAS tak kisah dengan kekalahan sebab yang penting perjuangan adalah amal yang semuanya akan dapat dinikmati dalam kehidupan abadi di akhirat sana.
Bagi PAS politik penting kerana ia membolehkan Islam ditegakkan. Bila Islam tertegak, negara aman, rakyat sejahtera. Hasil negara diagih-agihkan seadil-adilnya. Sebab semua itu telah termaktub di dalam sistem Islam yang syumul. Pemimpin dalam Islam bukan boleh mengumpul harta. Sebab itu para pemimpin PAS tidak kaya. Pemimpin adalah amanah yang sangat berat. Ia akan disoal di akhirat nanti. Sebab itu dalam PAS susah nak melantik wakil rakyat melainkan mereka akan menolak lantaran beratnya amanah kepimpinan. Setelah mereka istikharah, barulah mereka terima dengan berat hati.
Inilah serba ringkas apa yang perlu difahami oleh rakan-rakan pendokong dan penyokong UMNO sebelum kalian masuk ke dalam jamaah ini.
Saya cukup terharu dengan kenyataan dalam blog Che Det yang menyatakan keadaan UMNO. Biarlah saya copy dan paste semua tulisannya itu di bawah. Bukan saja UMNO, apa saja perjuangan yang tidak berteraskan Islam akan membusuk samada sekarang atau akan datang. Tapi mereka tidak nampak lantaran tidak mahu memahami hakikat Islam.
Hari ini seluruh umat Islam di Malaysia seolah-olah mendapat rahmat apabila mengetahui bahawa UMNO sudah busuk. Busuk tentunya umpama bangkai. Tidak ada yang dapat diharapkan dari bangkai melainkan menyusahkan. Tidak ada yang dapat dibuat dengan bangkai melainkan menjadi makanan lalat dan perlu ditanam segera. Jadi mereka bolehlah memilih alternatif lain untuk perjuangan mereka. PAS adalah landasan terbaik lantaran kita percaya akan akhirat. Lihatlah bagaimana Ikramah bin Abu Jahal yang sangat-sangat membenci Islam sehingga semasa pembukaan kota Mekah sanggup mati melawan tentera Islam. Namun, setelah melihat dan memahami hakikat Islam, beliau menjadi sahabat Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam yang sanggup mati untuk mempertahankan kemuliaan Islam. Akhirnya beliau dianugerahkan kematian dalam kemuliaan yang sangat tinggi sebagai syuhada atas keikhlasannya.
Ayuh... marilah tinggalkan UMNO dan bersama memperjuangkan Islam dan Politik bersama PAS.
Berikut adalah tulisan dalam blog Che Det:
1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).
2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.
3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.
4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.
5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.
6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.
7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.
8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.
9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.
10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.
11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.
12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.
13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.
1 comment:
Salam tuan . Shahnon Ahmad sudah lama memberitahu kita bahwa umno tuuu memang busuk. SHIT!!! sampai pernah diharamkan oleh siapa ya??
Post a Comment