(Ibnul Munzir)
Alhamdulillah, kepimpinan PAS Pusat amat prihatin dengan kuasa blog sebagai elemen penting dalam usaha mencapai kemenangan pada PRU-13 dan telah mengambil langkah pro-aktif untuk mengadakan Konvensyen Blogger PAS 2009.
Saya sedari dulu telah merasakan bahawa blogger-blogger PAS ini perlu dikumpulkan dan diorganisasikan bagi mengawal kebanjiran para blogger yang entah dari mana datangnya. Apa yang saya sedih ialah sesetengah blogger yang dulunya macam penyokong pakatan rakyat, tetapi kini bila traffic dah banyak kat blog mereka, sekarang pagi petang siang malam mempertikaikan kepimpinan PAS.
Kalau mereka melanyak pemimpin PAS tu, senang nak kenal, tapi mereka ni tak melanyak, tapi mempertikaikan dengan soalan-soalan kenapa begitu dan kenapa begini. Sekiranya para blogger PAS ini disatukan di bawah satu payung, kita mudah menguruskan mereka. Rakyatpun kenal sumber mana yang boleh diterima dan sumber mana yang perlu ditolak. Macam suratkhabar lah jugak...
Cuma bagaimana mekanismenya perlu dibincangkan bersama. Mudah-mudahan ia akan mencapai kejayaan.
Daftarlah segera!
3 comments:
Salam. Ketua Penerangan PAS Pusat kenalah mengambil langkah yang cepat.Nanti akan ada lagi isu baru yang akan keluar. Makin banyak orang yang akan merapu.
PAS dah takut pada blogger?
Fenomena ini pernah di rasakan oleh UMNO. Kenapa erk?
Blogger merupakan agen penyampai maklumat terutama kepada generasi muda. Apatah lagi di kala negara kita ini menyekat kebebasan bersuara kepada pembangkang dan menguasai media perdana. Sekiranya parti pembangkang tidak menguasai blogger, maka aset penyampai maklumat yang sangat berkuasa ini akan hilang dan yang tinggal adalah pentas ceramah yang terbatas.
Post a Comment